Rabu, 15 September 2021

Dapat Hadiah Bertih Jagung SUPREMEO Mentega Karamel dan Coklat

Salam semua! 🙋🏻‍♀️🌼

Baru-baru ni ada seorang sahabat baik dunia akhirat cheq hadiahkan beberapa peket popcorn yang sangat sedap dari janama SUPREMEO. Bukan sepeket, bukan dua peket... tetapi empat peket popcorn dia bagi kat cheq. Tiga peket popcorn bersalut caramel butter, sepeket lagi popcorn bersalut dark chocolate. Pertama kali cheq makan bertih jagung dari jenama SUPREMEO ni, teruih jatuh berkenan. Sedap baqhiang... 😆👍🏻

Berkenan punya pasai, cheq pun selongkarlah Shopee untuk selidik lagi berkenaan produk popcorn sedap dari jenama yang cheq baru kenai ni. Harga bagi sepeket SUPREMEO POPCORN (60g) ini berada dalam lingkungan RM2 ke RM3, bergantung pada ketetapan para penjualnya. Seriuslah, popcorn yang sedap, bertekstur rangup-rangup lembut, tidak liat dan berkualiti bagus macam ni boleh dapat dengan harga yang sangat-sangat menarik 🤓❤ 

Pada pendapat cheq, produk popcorn keluaran syarikat tempatan Holistic Food Sdn Bhd yang beroperasi di Selangor ini mampu bersaing dengan jenama-jenama bertih jagung lain yang bajet premium dan semestinya lebih mahal mencekik daripada SUPREMEO POPCORN ni. Rasa macam makan premium popcorn dengan harga yang tidak premium 😬👍🏻

Jumpa lagi di lain entri!

🙋

18 ulasan:

  1. Very interesting:) thanks for your sharing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks for dropping by my humble blog ❤

      Padam
  2. Bahagianya dapat hadia ni..hidup kena memberi dan menerima

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, kami memang suka saling memberi, menerima dan menghargai pemberian masing-masing 😄

      Padam
  3. Sedap ek Cik Sue. Pernah try yang karamel butter tapi jenama lain la. Boleh tahan jugakla rasanya bila di transform macamtu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq suka popcorn yang butternya lebih daripada caramel 🤓👍🏻

      Padam
  4. nampak sedap ja popcorn bulat2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best popcorn ni KakPI, rangup-rangup lembut 🤓

      Padam
  5. Nampak sedap popcorn tu, CS.

    BalasPadam
  6. sedap je nmpk.. blh usya kat shopee ni..

    BalasPadam
  7. Murahnya. Guna biji jagung jenis cendawan. Puas makan dapat 4 bungkus.

    BalasPadam
  8. premium popcorn nih..sedapnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Premium popcorn dengan harga yang mesra alam 😆

      Padam
  9. nak cari juga laa buat kudap kudapan di hujung minggu hehehe

    BalasPadam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤