Ahad, 13 Jun 2021

PANDA Datang dengan Membawa Spaghetti Carbonara dari PizzaHut

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, bersambung lagi PKP 3.0 nampaknya noo, bertabahlah... huhuu 😷

Okeh, cheq nak sembang pasai makan-makan lagi nih... selain pizza, spaghetti pun ada di PizzaHut tu tau, sedap pulak tu! 🍝😋

Creamy Carbonara Spaghetti dari PizzaHut - RM13.52 (harga dari aplikasi FoodPanda)

Minggu lepas cheq rasa teringin nak pekena spaghetti carbonara dari PizzaHut tapi malaih pulak nak keluaq, maka... jalan penyelesaian yang paling mudah ialah, FoodPanda ja laa 😂

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, harganya berpatutan dengan kualiti dan portion makanannya yang agak besar serta kualiti servis penghantaran FoodPanda yang cukup baik 👍🏻✨

Kelazatan - Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang. Gabungan rasa keju yang padu dan hirisan chicken roll, bawang besar, bawang putih dan cendawan butang yang sedap berserta sos carbonaranya yang so creamy itu cukup padan dan sesuai dengan spaghetti. So tasty! Semestinya cheq akan pesan ni lagi bila teringin nak makan spaghetti carbonara 🤤👍🏻

Keberbaloian - Berbaloi bila tadak mood nak make-up mask-up and drive pi keluaq semata-mata kerana nak pi PizzaHut dan beratoq untuk tapau makanan. Rider FoodPanda pun selamat tiba pada waktu yang dijangkakan. Cheq terima makanan dalam keadaan panas-panas berasap lagi. Terbaiklah 😎👍 


OKlah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan Spaghetti Carbonara dari PizzaHut melalui aplikasi FoodPanda ni. Syukur Alhamdulillah 😊




Jumpa lagi di lain entri!
🙋

16 ulasan:

  1. Saya tak pernah cuba lagi spaghetti dari Pizza Hut sebab selalunya beli piza je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la JR try spaghetti pula nanti ni, recommended 🤓👍🏻

      Padam
  2. dapnya cabonara licius

    BalasPadam
  3. fuhhh sedap panas2 tu yg best tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semestinya..alhamdulillah syukur 🤲🏻🤓

      Padam
  4. Boleh pesan lagi.

    BalasPadam
  5. selalu beli bolognese je...boleh try nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq memang suka carbonara ja, bolognaise tak berapa nak layan sangat 🤓

      Padam
  6. Berbaloi beli bila kena dengan selera. Tak pernah try spaghetti ada hirisan chicken roll.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap spaghetti carbonara ni, recommended! 🤓👍🏻

      Padam
  7. xpenah try mana2 spagetti kalau g PH ni selalu beli pizza je. bolehlah cuba nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila sila cuba, recommended 👍🏻

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤