Rabu, 30 Disember 2020

Halau dan Halang Burung Ciak Rumah dari Mengotori Harta Benda Anda?

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, dah pakat bersedia untuk masuk tahun baru 2021? Bersedia ka tidak, kita kena tempuh juga naa... Fighting! πŸ’ͺ🏻😷

Baiklah, dalam entri ni cheq nak merungut berkongsi cerita sikit pasai haiwan perosak/pengacau selain dari hat yang lebih normal tu (macam tikus, lipas, cicak, lalat dan lain-lain yang lebih common tu). Ya, burung Ciak Rumah (matsalleh kata sparrow) pun termasuk dalam kategori haiwan perosak ni sebab dia boleh berak di atas kereta, hinggap di ruang veranda rumah dan berak sana sini, hinggap pada kain baju bersih yang kita penat-penat sidai di ampaian lepas tu berak sakan kat atas kain baju yang tak bersalah tu, curi dan kotorkan makanan orang yang terdedah di atas meja dan juga buat sarang pada ruang belakang sisir tingkap. Eeeeh geramnya. Kuajaq sungguh! 😀😠




Kalau dah 'ramai' dan sakan sangat jumlah burung Ciak Rumah yang ada di sekitar kawasan rumah hangpa tu, dok berak-berak dan buat onar sana sini, hangpa boleh la cuba kaedah macam yang kat dalam video di atas tu, kot-kot la menjadi kan... cheq dah try gantung beberapa keping CD lama di sekeliling kawasan ampaian kain baju. Mula-mula tu kira macam berjaya juga la taktik ni kan, hasil sidaian yang pertama tu 100% bebas najis burung. Tapi, selepas beberapa hari berlalu, burung-burung Ciak ni mula mai tunjuk berani semula. Haihhh, penatlah lawan dengan haiwan tak paham bahasa ni 🀦🏻‍♀️πŸ’†πŸ»‍♀️

Hasil carian Google dan Youtube, cheq jumpa beberapa kaedah lain yang konsepnya lebih kurang sama saja dengan gantung CD ni, dan hasilnya lebih kurang sama juga. Burung-burung pengacau ni akan kembali membuat onar di kawasan yang sama setelah beberapa hari depa tak buat hal. Burung-burung gedik ni akan membiasakan diri mereka juga dengan pantulan dan kilauan cahaya yang terhasil dari permukaan CD yang berputar di bawah sinaran matahari tu. Cerdik noo depa ni... sebab bukannya laser merbahaya ka apa pun yang dok kena badan depa tu kan, cuma sekadar pantulan cahaya yang bergerak-gerak saja. Apa de hal? Takut apa kan?? πŸ˜‚πŸ™ƒ

Mungkin cheq nak kena beli dryer agaknya... πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ™„

Hangpa ada idea atau kaedah lain yang lebih berkesan dak untuk menghalau burung-burung Ciak Rumah yang suka membuat onar ni? Habaq mai sat kat cheq di ruangan komen... πŸ™πŸ»πŸ₯Ί


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

16 ulasan:

  1. Tidak sangka burung ciaq pun buat hal.
    Maaf tidak dapat tolong hal ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Burung-burung ciaq utara ni ganaih πŸ˜…

      Padam
  2. Balasan
    1. Selamat menempuh tahun baru 2021 juga KakPI..πŸ’ͺ🏻😷

      Padam
  3. selamat tahun baru Cik Sue..

    takde idea..kena lapik ampaian nampak gayanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Err.....lapik ampaian tu macam mana KakNO? Lapik sekali dengan kain baju ka? Tak kering la kain baju jawabnya..mungkin cheq nak kena consider sidai baju dalam bilik ja, on kipas sampai kain baju kering..πŸ˜…

      Selamat tahun baru KakNO..πŸ’ͺ🏻😷

      Padam
  4. alamak... maaf laa x dpt nk bantu

    btw selamat thn baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhu takpa mem Anies, pest problem ni memang complicated 😷

      Selamat tahun baru 2021 πŸ’ͺ🏻😷

      Padam
  5. Dulu pernah ada masalah yang sama. burung layang layang. Dah bermacam cara, tetap datang gak. gigih hari hari halau. Lama lama dia tak datang dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuu..baguih la dah tak datang dah. Ni burung ciak ni memang steady ja dia suka buat kacau kat rumah orang..huuuu..😞

      Padam
  6. Hmmm tak pernah pula ada pengalaman macam ni. Maaf Cik TK tak dapat nak bantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. It's OK Cik TK, memang complicated pun masalah burung Ciak ni huhuhu..😷

      Padam
  7. Saya pun hadap benda yg sama. Jenuh dah buat cara nk halau burung..tahan sehari dua.last2 ramai balik...stress betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabaq sajalah kita ni noo.. kalau tahan perangkap rentang jaring burung satgi orang kata kita kejam pulak πŸ˜“πŸ˜ž

      Padam
  8. Sembelih je burung ,panggang ,geng dia tengok memang tak datang dah...takut kena tangkap...pernah buat...ok tak datang daahh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tudiaak.. ganaih sangat kot ni, risau kot satgi ada jiran viralkan pulak, tak pasai-pasai kena kecam satgi πŸ˜…πŸ˜‚

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤