Isnin, 4 Mei 2020

Spaghetti Carbonara Cendawan dalam 2 Keadaan, Bentuk dan Rupa

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam Ramadhan hari yang ke-11 dan juga selamat menjalani PKPB bagi negeri-negeri yang terlibat. Okeh, entri memasak pulak kali ni. Ada yang tak suka makan spaghetti ka? Cheq bukanlah di kalangan orang yang tidak suka makan spaghetti. Segala jenis pasta cheq balun saja... makaroni, spaghetti, lasagna, semua pun cheq boleh makan dengan hati yang gumbira dan berbahagia sekali, janji HALAL saja cheq pun ON! πŸ˜‹πŸ˜‚

Gambar no.1: Bahan-bahan masakan. Gambar no.2: Spaghetti direbus. Gambar no.3: Spaghetti ditos. Gambar no.4: Sos carbonara cendawan dipanaskan bersama daging ayam kisar dan cendawan. Gambar no.5: Spaghetti digaulkan bersama sos carbonara. Gambar no.6: Spaghetti carbonara cendawan siap dimasak.

Inilah cara cheq memasak spaghetti carbonara cendawan cara mudah dan cepat siap πŸ˜†


▶ Bahan-bahan:

✎ Spaghetti kering (separuh peket)
✎ Daging ayam cincang beku (separuh peket)
✎ Sos carbonara cendawan Prego (1 tin)
✎ Cendawan butang dalam tin (1 tin, setiap cendawan dipotong 4)
✎ Serbuk secukup rasa Maggi (1 sudu besar)
✎ Air (secukupnya untuk merebus spaghetti)
✎ Garam (separuh sudu kecil)
✎ Minyak kelapa sawit (1 sudu kecil)

▶ Cara-cara:

1. Panaskan air dalam pan yang dalam dan besar sehingga mendidih. Masukkan sedikit minyak masak dan garam. Masukkan spaghetti dan masak selama lebih kurang 10 minit di atas api sederhana besar.

2. Tutup api, toskan spaghetti. Ketepikan.

3. Panaskan sedikit air di dalam pan yang dalam dan besar, kemudian masukkan sos carbonara cendawan Prego, daging ayam kisar, cendawan dan serbuk secukup rasa Maggi. Masak sehingga kuah mendidih.

4. Masukkan spaghetti yang ditos tadi ke dalam kuah carbonara dan gaulkan sehingga sebati di atas api yang kecil. Tutup api dan hidangkan.


Okeh, apa yang boleh dibuat dengan spaghetti carbonara cendawan ni kalau ada banyak lebihannya yang tidak termakan? Kalau ada lebih, kita buh dia dalam bekas tertutup, kemudian simpan dalam peti sejuk tu di bahagian chiller (bukan freezer). Esok tu kita buat ni pulak πŸ˜‚πŸ‘‡πŸ»

Spaghetti bakar cara cheq, tanpa keju (...versi diet konon) πŸ˜†

▶ Bahan-bahan:

✎ Spaghetti carbonara cendawan (lebihan dari semalam)
✎ Susu tepung (2 sudu besar)
✎ Butter (⅓ bar)
✎ Garam (secubit)
✎ Air (untuk melarutkan susu tepung)
✎ Telur ayam gred C (4 biji, dipukul)
✎ Gula kasar (separuh sudu kecil)
✎ Daun Oregano kering (1 sudu kecil - dikisar)
✎ Serbuk bawang putih (separuh sudu kecil)

▶ Cara-cara:

1. Panaskan sedikit air dalam pan bersaiz sederhana besar dan dalam. Masukkan susu tepung, butter dan garam. Kacau sehingga susu menjadi larut dan kuahnya mendidih.

2. Tutup api. Masukkan spaghetti carbonara cendawan ke dalam pan dan gaulkan dengan kuah ini sehingga sebati. Masukkan separuh sebatian telur ayam dan gaul sehingga sebati.

3. Sapukan butter pada permukaan talam, kemudian masukkan dan ratakan spaghetti tadi di dalam talam tersebut. Curahkan baki sebatian telur ayam tadi ke atas spaghetti di dalam talam.

4. Taburkan sedikit gula kasar, serbuk bawang putih dan daun Oregano kering yang telah dikisar.

5. Bakar spaghetti di dalam ketuhar pada suhu 170°C selama lebih kurang 35 minit. 


Sekian, beginilah cara cheq membuat spaghetti carbonara cendawan (dalam dua keadaan, bentuk dan rupa) tanpa keju (versi diet la konon) yang mengikut selera cheq. Maaflah kalau resipi ni tidak mengikut selera hampa noo... πŸ˜‚πŸ€£


Jumpa lagi di lain entri! 
πŸ™‹

26 ulasan:

  1. Wow spaghetti bakar. Resipi luar biasa. Macam bingka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni kira macam satu spesies dengan makaroni bakar ja, tapi guna spaghetti πŸ˜†

      Padam
  2. Ok spaghetti bakar tak terfikir plak nak wat macam tu hihi. Dia macam mac n cheese baked tapi versi spaghetti hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya VS..ni namanya baked carbonara spaghetti w/o cheese πŸ˜‚

      Padam
  3. Bijak la spagethi bakar, hahah 1st time dengar..kreatif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Janji tak membazir lebihan makanan yang masih elok 😬

      Padam
  4. menarik ni, boleh buat 2 masakan..sepjg Ramadan ni belum pernah masak pasta, selalu makan nasi shj..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti kalau ada teringin nak berpasta boleh la KakNO cuba buat ni πŸ˜„

      Padam
  5. Tak pernah cuba lagi spaghetti bakar. Saya pun peminat spaghetti juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la JR cuba buat ni nanti, tabur la cheese untuk hasil yang lebih 'oomph' πŸ˜‹

      Padam
  6. first time tengok orang buat macam ni. ahah. apa pun suka spaghetti =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mau membazir punya pasal..πŸ˜‚

      Padam
    2. ahaha. betul2, inovasi. hikss

      Padam
  7. fuh
    nasib tengok waktu sahur
    hahahaha

    BalasPadam
  8. Wah saya senang mendapat resep spagheti carbonara di post ini. Makanan ini sedang digemari kalangan muda di negara saya, kak. Saya juga kemarin memesannya.
    Sekarang ada resepnya disini, jadi bisa dipraktekkan pembuatannya dirumah.
    Terimakasih resepnya, ya πŸ™

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama pak, saya cuma guna sos carbonara Prego saja di sini. Mudah dan cepat πŸ˜„

      Padam
    2. Siap kucatat nama saosnya 😁.
      Semoga saja mudah diketemukan di supermarket.

      Padam
    3. πŸ€“πŸ‘πŸ»

      Padam
  9. Spaghetti bakar tu kena try nanti. Terliur aiih posa2 nihπŸ˜†

    BalasPadam
  10. yang jenis bakar tu x penah try lagi.. tapi jadi macam
    macaroni bakar juga la sikit kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betoi tu SYM, adik-beradik baked mac juga jadinya πŸ˜‹

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤