Ahad, 26 April 2020

Panda Datang Membawa Kebab dan Roti John dari Taman Tembusu

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam Ramadhan di hari ke-3 dan juga selamat menjalani PKP fasa ke-4 dengan hati yang cekal. Hangpa suka makan kebab dan roti John dak? Haa... dalam entri kali ni izinkan cheq untuk berkongsi dengan hangpa semua kat mana boleh beli kebab dan roti John daging dan ayam yang boleh tahan sedap jugalah rasanya dalam negeri Perlih nih... πŸ˜‹

Roti John daging (RM6), kebab gulung daging (RM7) dan kebab wrap ayam (RM7) dari Kebab & Rojak Bang Non (harga dari aplikasi FoodPanda).

Cerita cheq berbuka puasa dengan kebab dan roti John ni kisah petang kelmarin. Dok ushar dan belek-belek aplikasi FoodPanda pastu ada ternampak kebab. Order teruih laa... πŸΌπŸ“±πŸ˜†


Roti John daging (RM6) dan kebab wrap ayam (RM7).

Harga - Pada cheq, harganya berpatutan dengan kualiti dan saiz produk makanannya yang memuaskan serta kualiti servis penghantaran FoodPanda yang laju menepati masa πŸ‘πŸ»✨


Kelazatan -  Roti John daging ni just nice saja pada cheq. Kuantiti serta rasa daging kisar dan telur ayam dia memang elok-elok saja. Sos dia pun tidak overwhelming pada cheq. Begitu juga dengan kebab wrap ayam ni di mana inti ayam dan sayur yang ada di dalam kebab ni cukup memuaskan. Sos dia pun tidak overpowering. Ada keseimbangan serta kesinambungan rasa di situ. Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang untuk kedua-duanya. Ini pendapat tekak cheq saja naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana πŸ˜„

Keberbaloian - Berbaloi jugalah memesan roti John dan kebab ni melalui aplikasi FoodPanda. Rider pun sampai beberapa minit lebih awal dari jangkaan πŸ˜ŽπŸ‘

Kebab gulung daging (RM7).

Harga - Pada cheq, harganya kurang berpatutan dengan kualiti dan juga rasa produk makanannya yang tidak menepati citarasa cheq, namun kualiti servis penghantaran FoodPanda laju menepati masa πŸ‘πŸ»✨


Kelazatan -  Kuantiti intinya yang terdiri daripada daging kisar dan sayur sudah cukup memuaskan, namun rasa sosnya yang terlalu kuat dan overwhelming itu telah menjatuhkan kualiti kebab ni pada cheq. Cheq bagi markah 2½ bintang dari 5 bintang. Ini pendapat tekak cheq saja naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana πŸ˜„

Keberbaloian - Kurang berbaloi la pada cheq disebabkan oleh rasanya yang agak jauh menyimpang dari julat citarasa cheq πŸ˜…

OKlah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan Roti John daging, kebab wrap ayam dan juga kebab gulung daging dari Kebab&Rojak BangNon, Perlis. Syukur Alhamdulillah 😊




Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

17 ulasan:

  1. Suka kebab letak pada roti pita.
    Roti john dan kebab ni sesuai dimakan beramai-ramai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebab roti pita pun sedap juga kan πŸ˜‹

      Padam
  2. perghh..meleleh ailio tengok 3 jenis ni..kebab gulung tu guna wrap juga ke..
    kebab & roti john ni kena sos/mayo banyak baru best kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya KakNO, hat gulung tu pun spesis wrap juga tapi gulungannya lebih mampat 😬
      Pada cheq ni, kalau buh sos banyak sangat tu nanti kebab jadi cepat benyai dan lembik, tak best πŸ˜…

      Padam
  3. Hehe 1st berbuka dah roti John Kami nih..bantai 3 bijik lak tu 2 owg mkn hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi bersemangat tu berbuka dengan roti John sorang sebijik setengah πŸ˜†

      Padam
  4. Saya dah lama tak order makanan guna Food Panda sebab kat Pahang tak banyak kawasan diaorang buat delivery.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh ya Pahang tu luas kan...kalau Grab Food ok dak kat sana JR? πŸ˜—

      Padam
    2. Tak pastilah. X pernah cuba lagi. Sbb area Kuantan yg ada food delivery mcm ni. Saya tinggal kat daerah lain. Kenal food panda pun sebab belajar kat MelakaπŸ˜‚.

      Padam
  5. hye salam kenal org kg ... ^_^ done follow #84 . ni kebab yg bertentang kedai rm2 tu ka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai orang Perlih! 😎
      Haa betoi la tu, hat tu laa πŸ˜„

      Makasih follow, cheq dah follow kembali 🎈

      Padam
  6. Belum jumpa lagi roti john bulan pose taun nie. Biasanya roti john antara juadah feberet masa buka pose. Nnti boleh usha kat Foodpanda hehehe

    BalasPadam
  7. fuhhh,..tgh puasa nmpk plak post ni hahaha, sy teringin mkn shawarma kat kg pandan tu=masyaAllah sedao betul..tp pkp xboleh la kesana kesini,..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shawarma kat Kg Pandan sedap? Uihh boleh la cheq pi cuba nanti bila dah boleh ke sana 😎

      Padam
  8. adoiii
    hari ni terlepas sahur
    terus lapar tengok
    hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak..tak dapat nak nolong πŸ˜…

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤