Sabtu, 16 Mei 2020

Makaroni Bakar Berkeju Mudah Cara Cheq

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam hujung minggu dan juga selamat menjalani PKPB dengan tenang. Entri memasak lagi kali ni, biasalah kan bulan puasa. Hangpa semua dah pakat ada oven kan kat rumah tu? Dengar cerita oven tu antara hot items yang laris dijual semasa musim PKP ni. Jom kita buat makaroni bakaq pulak! ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‚
Gambar no.1: Bahan-bahan masakan. Gambar no.2: Makaroni direbus. Gambar no.3: Sos Prego dipanaskan bersama sosej ayam dan butter. Gambar no.4: Makaroni digaulkan bersama sos Prego. Gambar no.5: Makaroni dalam talam sebelum dibakar. Gambar no.6: Makaroni dalam talam siap dibakar. Gambar no.7: Makaroni bakar siap dipotong.

Inilah caranya cheq membuat makaroni bakar style mudah dan cepat siap, kuantiti 1 talam saiz sederhana besar ๐Ÿ˜†


▶ Bahan-bahan:

✎ Makaroni kering (lebih kurang 200g)
✎ Sos Pasta Tomato Tradisi Prego (lebih kurang 150g/separuh tin)
✎ Sosej ayam (3 batang, dihiris nipis)
✎ Butter (1 sudu besar)
✎ Serbuk secukup rasa Maggi (1 sudu kecil)
✎ Serbuk lada putih (secubit)
✎ Air (secukupnya untuk merebus makaroni)
✎ Garam (separuh sudu kecil)
✎ Minyak kelapa sawit (1 sudu kecil)
✎ Telur ayam (3 biji gred C)
✎ Tomato (1 biji saiz sederhana, dihiris nipis)
✎ Daun oregano kering (satu sudu kecil, dikisar)
✎ Gula kasar (separuh sudu kecil)
✎ Keju Cheddar (3 keping)


▶ Cara-cara:

1. Panaskan air dalam pan yang dalam dan besar sehingga mendidih. Masukkan sedikit minyak masak dan garam. Masukkan makaroni dan masak selama lebih kurang 5 minit di atas api sederhana besar.

2. Tutup api, toskan makaroni. Ketepikan.

3. Panaskan sedikit air (lebih kurang 3 sudu besar) di dalam kuali yang dalam dan besar, kemudian masukkan butter, sos Prego, sosej ayam, lada putih dan serbuk secukup rasa Maggi. Masak sehingga kuah mendidih.

4. Tutup api. Masukkan makaroni yang telah ditos tadi ke dalam kuah ini dan gaulkan sehingga sebati. Curahkah separuh sebatian telur ayam yang telah dipukul tadi, dan gaul sehingga sebati.

5. Sapukan butter pada permukaan talam, kemudian masukkan dan ratakan makaroni tadi di dalam talam tersebut.

6. Susun hirisan-hirisan tomato di atas permukaan makaroni dan seterusnya susun kepingan-kepingan keju Cheddar.

7. Curahkan baki sebatian telur ayam tadi ke atas makaroni dengan sekata.

8. Taburkan sedikit gula kasar dan daun Oregano kering yang telah dikisar.

9. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama lebih kurang 35 minit.




Sekian, beginilah caranya cheq membuat makaroni bakar mengikut selera cheq. Maaflah kalau resipi ni tidak mengikut selera hangpa noo... kot nak lagi special, hangpa boleh guna daging lembu kisar (minced beef) bagi menggantikan sosej ayam ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜‹


Jumpa lagi di lain entri!
๐Ÿ™‹

14 ulasan:

  1. Thanks for your sharing ๐Ÿ˜Š happy Ramadhan ๐Ÿ˜Š

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks for dropping by ๐Ÿ˜„
      Ramadan Kareem ๐ŸŒท

      Padam
  2. Balasan
    1. Rasa dia pun sedap hihi. Makasih ✨

      Padam
  3. Tetiba rasa nak buat ikut versi saya pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Versi macam mana tu? Vegetarian? ๐Ÿค“

      Padam
    2. Letak cili api.

      Padam
    3. Ganaih tu ๐ŸŒถ๐Ÿ”ฅ

      Padam
  4. Bila tengok post ni baru perasan yang saya tak pernah masak mac & cheese sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq pulak dah lama tak buat mac & cheese, nak diet punya pasal konon ๐Ÿ˜‚

      Padam
  5. sedapnya !! lama tak makan pasta2 ni.
    awal2 mco ritu ade la buat ala kadar guna apa je yg ada. spageti cincai =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cincai-cincai pun mesti sedap gak tu kan hihi ๐Ÿ˜‹

      Padam
  6. bila nk buatkan utk sy pulak? hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila mem Anies ada mai Peghelih nanti kot? Hihi ๐Ÿ˜„

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤