Khamis, 9 April 2020

Bersenam di Rumah Saja Sepanjang Tempoh PKP/RMO/MCO

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, pahabaq dah hangpa di hari PKP yang ke-23 ini? Berapa kali dah hangpa bersenam sepanjang tempoh pergerakan terkawal ni? 🀸🏻‍♀️πŸ’ͺπŸ»πŸ˜†

Pilih jangan tak pilih... pilih mana yang sesuai dengan hangpa kemudian install dan eksesaisss... πŸ˜‚πŸ€ΈπŸ»‍♀️

Dalam banyak-banyak jenis fitness applications yang ada di Google Playstore tu, cheq pilih untuk install dan explore yang kat bawah ni πŸ‘‡πŸ»πŸ‘πŸ»


Baguih betoi aplikasi fitness ni tau, takda la cheq rasa bosan atau macam terseksa lagi terpaksa dok exercise sorang-sorang sebab aplikasi ni memberi personal guidance gitu untuk cheq bersenam dengan baik dan berkesan. Rasa macam ada personal fitness instructor sendiri tau, suara dia pun sedap ja bagi guide nak exercise macam mana... haa kelasss kau Sue, tak payah bayar mahal-mahal pun... hihi πŸ˜ŽπŸ’πŸ»‍♀️

Cheq selalu pilih sesi 10-minute Full Body Workout. Lepas selesai satu sesi workout ni, memang confirm badan akan berpeluh sakan... kemudian cheq akan rasa segar dan bertenaga. Mula-mula tu memang cheq ada rasa macam jenuh jugak laa nak ikut rentak dan timing yang ditetapkan dalam exercise routine ni, tapi lama-kelamaan badan ni jadi makin cergas dan boleh adapt dengan setting serta jenis senaman yang disyorkan oleh aplikasi ini. Dan yaa... satu lagi benda penting yang kita perlu ada untuk membolehkan kita exercise dengan lebih berkesan dan selamat ialah benda yang diberi nama 'Yoga Mat' atau 'Exercise Mat' ni... πŸ˜ŽπŸ‘‡πŸ»

Yoga/exercise mat cheq, beli dari Shopee ja... ada diskaun kaw-kaw masa tu jadi cheq dapat beli ni dengan harga RM15.33 saja. Material dia cukup selesa dan lembut pada tangan, belakang dan lutut πŸ‘πŸ»✨

Selain dapat memberi exercise guidance yang berkesan, aplikasi fitness ini juga ada menyediakan laporan peribadi yang menjejak perkembangan aktiviti senaman cheq dan juga memberi anggaran jumlah kalori yang telah berjaya dibakar sepanjang tempoh penggunaan aplikasi ni. Best kan? Baru la bersemangat untuk cheq meneruskan 'perjuangan' membakar lemak degil serta memastikan badan ni kekal cergas dan tidak lemau! πŸ’ͺ🏻😎πŸ”₯

Okeh, sekian dahulu ulasan pendapat cheq berkenaan aplikasi female fitness yang boleh dimuat turun secara percuma saja dari Google Playstore. Tak kena bayaq apa pun, tinggal rajin atau tak rajin saja untuk kita bersenam selalu. Percayalah, kesihatan adalah nikmat yang paling berharga. Let's keep our bodies fit and healthy, okay? πŸ’ͺ🏻😊✨


#StayHealthy
#StaySafe
#StayAtHome
#FightCOVID-19


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

10 ulasan:

  1. Ada orang pilih nak bersenam, memasak,naik turun tangga, berkebun waktu PKP.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua aktiviti ni pun cheq ada buat juga 😎

      Padam
  2. Thanks for your sharing 😊 have a lovely day...

    BalasPadam
  3. alamak alamakkkkk alamakkkk..part ni kite lari dulu la =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya SYM, berlari juga merupakan satu aktiviti kecergasan yang baik..🀣

      Padam
  4. Byk pilihan..bagus ada apps ni..

    akk cuma buat stretching & strength exercise..itu pun kdg2, tk consistent..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok dah tu KakNO, ada juga aktiviti senamannya πŸ’ͺπŸ»πŸ˜„

      Padam
  5. hai jemput dengr lgu sy...hehe

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cun..boleh dengaq sambil eksesais ni πŸ˜†

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤