Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, pahabaq dah hangpa di permulaan minggu ke-3 RMO/MCO ni? Masak apa hari ni? Kali ni cheq nak kongsi resipi yang unik ala-ala kuetiow Kungfu, tapi tak pakai kuetiow. Cheq gantikan kuetiow tu dengan lempeng nasi yang digoreng rangup ππ
Biasanya kalau masih ada nasi dalam periuk nasi tu yang masih banyak berbaki tidak dijamah, apa yang hangpa selalu buat dengan nasi lebih tu? Buat nasi goreng? Buat bubur nasi? Buat nasi himpit? Buat nasi kepal Jepun? Bagi ayam ja yang makan (kalau ada menternak ayam)?... atau pun, buang saja? Huhuhu... jangan la dibuang nasi tu kalau masih elok keadaannya. Sedih tau tengok pembaziran makanan ni, lagi-lagi di kala waktu 'mencabar' corona coroni macam sekarang ni. Jadi, mai cheq nak kongsi satu lagi option atau resipi yang boleh dipilih sekiranya hangpa terlebih masak nasi lagi... πππ©π»π³
▶ Bahan-bahan:
✎ Nasi putih sejuk (secawan)
✎ Minyak kelapa sawit (secukupnya untuk deep-frying)
✎ Air (lebih kurang 500ml)
✎ Tepung jagung (satu sudu besar, dilarutkan dalam sedikit air)
✎ Serbuk Maggi 'secukup rasa' (1 sudu kecil)
✎ Kicap manis (1 sudu besar)
✎ Kubis (1 cawan, dipotong kasar)
✎ Kubis bunga (1 cawan, dipotong kasar)
✎ Lobak merah (½ cawan, dipotong mancis)
✎ Sosej ayam (3 batang, dipotong serong)
▶ Cara-cara:
1. Panaskan pan besar yang mempunyai permukaan yang lebar dan rata dengan api sederhana besar. Tuangkan 1 sudu kecil minyak masak di atas pan tersebut.
2. Leperkan nasi sejuk di atas pan panas tu dengan menggunakan sudip yang sesuai (cheq guna sudip kayu). Setelah lebih kurang 1 minit, kalih atau terbalikkan (flip) lempeng nasi tu supaya permukaan yang belum masak tu dapat dipanaskan juga. Setelah lebih kurang 1 minit, angkat lempeng nasi tu dan potong kepada beberapa bahagian dengan menggunakan gunting makanan.
3. Panaskan minyak masak secukupnya untuk tujuan deep-frying di dalam kuali. Kecilkan api terlebih dahulu sebelum hangpa nak mula menggoreng lempeng nasi tadi.
4. Masukkan kepingan-kepingan lempeng nasi tadi ke dalam kuali dan besarkan api ke sederhana besar. Goreng sehingga warnanya kelihatan kekuningan. Angkat keluar dari minyak dan ketepikan.
5. Panaskan sebuah periuk bersaiz sederhana yang mengandungi 500ml air. Masukkan lobak merah, kubis, kubis bunga, serbuk Maggi 'secukup rasa' dan kicap manis. Kacau dan masak selama lebih kurang 5 minit (sehingga lobak merah dan kubis bunga jadi agak lembut), kemudian baru masukkan sosej ayam dan air tepung jagung. Kacau dan masak sehingga kuah menjadi agak likat. Tutup api, siap!
Hidangkan lempeng nasi rangup tadi bersama sayur berkuah ini dan makan macam hangpa makan kuetiow Kungfu ππ€
Sekian, beginilah cara cheq membuat Lempeng Nasi Rangup Kungfu yang agak mudah dan semestinya mengikut selera cheq. Maaflah kalau resipi ni tidak mengikut selera hangpa noo... kalau tak suka sosej, boleh diganti dengan bebola ikan, daging ayam atau udang mahupun sotong, paihtu sayoq pun boleh guna macam-macam jenis lagi mengikut kesukaan hangpa. Buh la bayam ka, cili benggala atau badek jagung ka, brokoli pun elok juga... uihh, sedap tu! πππ»✨
Jumpa lagi di lain entri!
π
Bagus guna bahan lebih. Tak fikir nasi tu boleh masuk dalam kuah kungfu tu.
BalasPadamBoleh la NA try resepi ni nanti, mana tau kot boleh tersuka π
PadamNampak sedaplahπ. Tak pernah terfikir pun nak masak macam ni.
BalasPadamIdea lempeng nasi rangup ni datangnya dari negara China, tapi tak pasti la dari wilayah mana π
Padamsangat unik ni. biasa guna kuew teow atau bihun. menarik juga idea ni.
BalasPadamCuba la nanti bila ada nasi lebih π
Padam
BalasPadamsalam
teman org utara jgak
taiping perak
Salam! Makasih sudi jenguk dan follow sini π
Padamwow memang rare ni.. tak pernah dengar o tengok lagi. hehe..
BalasPadamIdea masakan ni mai dari negara China π✨
PadamMcm2 boleh buat dgn lebihan nasi..ada yg buat cekodok nasi..yg ni tak pernah tengok lg..terbaik π
BalasPadamAsalkan dapat kurangkan pembaziran makanan dengan sebaik mungkin π©π»π³π
Padam