Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, pernah dengar masakan yang diberi nama Kuetiow Kungfu dak? Haaa... dalam entri kali ni izinkan cheq untuk berkongsi dengan hangpa semua kat mana ada juai Kuetiow Kungfu yang sedap di dalam negeri Perlih nih... 😋
Kuetiow Kungfu dari restoran Zainonfetry di Jalan Seri Lanchang, RM6 sebungkoih. Power baqhang... 👍✨ |
Petang Jumaat yang lepas, terdetik di hati cheq untuk singgah ke restoran Zainonfetry yang ada di jalan Seri Lanchang, Mata Ayer demi menapau Kuetiow Kungfu dan Nescafe ais sebungkus. Sudah beberapa kali cheq pernah singgah ke sini sebelum ni, cuma kali ni baru teringat nak buat review 😎
Kedai makan Zainonfetry di Jalan Seri Lanchang, Mata Ayer, Perlis. Selain ada Kuetiow Kungfu yang sedap, menu lain yang menarik termasuklah ais kacang, roti canai, burger, laksa dan bihun sup 👍 |
Senang sungguh nak parking kereta kat sini tau, luas juga kawasan parking di depan kedai ni. Pemandangan pun mendamaikan, sawah padi yang kering di bulan Februari 😎 |
Baiklah, selesai sudah bermain di bendang yang kering 😂, penilaian cheq adalah seperti berikut:
Harga - Pada cheq, harganya berpatutan dengan kualiti dan kuantiti produk makanannya pada masa sekarang 👌
Kelazatan - Kuahnya ada banyak sayur-sayuran dengan kuantiti daging ayam yang secukupnya. Kuetiownya disalut dengan sebatian telur ayam seeloknya sebelum digoreng, garing di luar dan lembut di dalam. Padanan kuetiow goreng dengan kuah yang separa likat ini memang cukup cantik! Itulah dia Kuetiow Kungfu. Cheq bagi 4.5 bintang dari 5 bintang. Ini pendapat tekak cheq saja naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana 😄
Keberbaloian - Cukup berbaloi. Dengan lokasi kedainya yang menarik lagi memudahkan para pengunjung untuk memakir kenderaan, menu makanan yang sempoi, kondisi restoran yang bersih ditemani pemandangan sawah padi yang mendamaikan, boleh pi jalan-jalan sambil menangkap gambar sawah seluas mata memandang lagi di belakang kedai ni... memang syioklah! Kalau hangpa ada kawan-kawan dari luar yang teringin sangat hendak bergambar sambil berlari-lari dalam sawah padi yang kering pasca musim menuai, cheq recommend la hangpa mai jenguk sini ja... makanan sedap pun ada, pemandangan sawah padi yang cantik seluas mata memandang pun ada... 😎👍✨
Keberbaloian - Cukup berbaloi. Dengan lokasi kedainya yang menarik lagi memudahkan para pengunjung untuk memakir kenderaan, menu makanan yang sempoi, kondisi restoran yang bersih ditemani pemandangan sawah padi yang mendamaikan, boleh pi jalan-jalan sambil menangkap gambar sawah seluas mata memandang lagi di belakang kedai ni... memang syioklah! Kalau hangpa ada kawan-kawan dari luar yang teringin sangat hendak bergambar sambil berlari-lari dalam sawah padi yang kering pasca musim menuai, cheq recommend la hangpa mai jenguk sini ja... makanan sedap pun ada, pemandangan sawah padi yang cantik seluas mata memandang pun ada... 😎👍✨
Kuetiow Kungfu (RM6) dan Nescafe ais (RM2.50) yang ditapau. Cukup sedap lagi mengenyangkan... 😋👍♥ |
OKlah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan Kuetiow Kungfu di restoran Zainonfetry. Syukur Alhamdulillah 😊
Jumpa lagi di lain entri!
🙋
🙋
Kalau musim padi masak, mesti lawa view..berbaloi mkn di sini, masakan sedap, view cantik..
BalasPadamBetoi sangat tu KakNo, kalau mai sini waktu padi tengah masak menguning tu lagi syiok nak bergambaq 😆👍
Padamtiba2 rs nk cr kuehteaw kungfu pasni😆
BalasPadamCari jangan tak pi cari 😋
PadamSedapnya😋. Lama dah tak makan kuetiow kungfu.
BalasPadamMemang sedap! Kalau rajin memasak boleh buat sendiri ni, tak susah sangat pun nak buat kuetiow kungfu ni sebenarnya hihi 😀
PadamYang goreng-goreng tu, ayam ke?
BalasPadamYang goreng-goreng tu kuetiow. Kuetiow tu dicelup dalam sebatian telur ayam dulu kemudian digoreng dalam minyak masak sampai rupa dia jadi macam filet ayam goreng..rangup di luar, lembut di dalam 😂
PadamCantiknya awan & sedapnya kuetiow kungfu tu.
BalasPadamLast saya ke Perlis ialah 15 tahun dulu... huhuhu
Perlis tengah panas dan kering sekarang ni, cuaca yang agak ekstrim..😵😓
Padamnanti nak pi Perlis gi.. selalu gak p rumah sepupu kat Beseri.
BalasPadammana tau lajak sini boleh cuba =D
Mai jangan tak mai, makanan kat sini orait dan harga pun OK 👍
Padam