Isnin, 13 Januari 2020

Cerita Mengopi Kopi Tupai dan Nescafe Lebih Kaw

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, hari ini sudah pun nak masuk dua minggu kita berada dalam tahun 2020... begitu cepatnya masa berlalu kan, ada yang sudah mula merealisasikan azam tahun baru masing-masing ka...? ๐Ÿค“⌚⏳

Okeh, cheq nak bercerita pasai kopi pulak kali ni... ada sesiapa kat sini yang pernah minum produk minuman kopi segera 3-in-1 cap Tupai Special? ☕๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜‹

Tupai Special 3-in-1 Mini White Coffee (20g x 4 sachets) - RM2.10 (harga dari kedai NT)

Ni sebenarnya gambaq yang cheq tangkap sewaktu kita masih berada dalam tahun 2019 lagi, sekarang ni baru cheq nak buat review ๐Ÿ˜†

Kopi Tupai ni nak dikata baru atau terkini pun, takdak la terkini sangat... cuma cheq ja yang baru nak merasa kopi cap Tupai Special ni bila ada sorang member baik cheq tu hadiahkan ni pada cheq dalam bulan November yang lepas. Kopi ni nama dia saja yang ada perkataan 'tupai' naa, tiada kaitan langsung dengan tupai sebenar yang hidup melompat-lompat dari pokok ke pokok tu naa (ini BUKAN adik-beradik kepada kopi luwak tu tau...) ๐Ÿ˜‚

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

Harga - Pada cheq, harganya cukup murah jika dibandingkan dengan kualiti dan kuantiti produk minumannya yang cukup memuaskan ๐Ÿ˜„

Kelazatan - Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang. Rasa Mini White Coffee 3-in-1 ni mengingatkan cheq pada INDOCAFE 3-in-1, manis dan sedap diminum panas-panas mahupun sejuk ๐Ÿ˜‹

Keberbaloian - Berbaloi dengan harga, kualiti serta kuantiti produk minumannya ๐Ÿ˜„๐Ÿ‘Œ๐Ÿป

☕☕☕

Mengikut selera tekak cheq berkenaan kopi la kan, setakat ni... belum ada lagi brand kopi segera apa-apa yang boleh challenge NESCAFE CLASSIC Dark Roast. Lebih "kaw" baq hang... paling sedap pada cheq ๐Ÿ˜†๐Ÿ‘๐Ÿป

NESCAFE CLASSIC Dark Roast (50g) - RM5.60 (harga dari Giant Hypermarket)

Harga - Pada cheq, harganya sudah berpatutan dengan kualiti produk minumannya yang cukup "kaw" dan lazat ๐Ÿ˜„๐Ÿ‘๐Ÿป

Kelazatan - Cheq bagi markah 4¾ bintang dari 5 bintang. Rasa produk Nescafe yang ni punya la 'kaw' dan memuaskan, paling sedap pada cheq apabila dipadankan dengan COFFEEMATE dan gula perang. Terbaik apabila diminum sejuk, bancuh pekat-pekat kemudian curah ke dalam gelas berisi ketulan-ketulan ais yang besar ๐Ÿ˜™๐ŸงŠ๐Ÿฅค

Keberbaloian - Berbaloi dengan kelazatan kopinya yang cukup 'umph' dan penuh 'kick'. Selain sedap, minuman ini memberikan cheq tenaga dan semangat untuk kekal ceria dan tidak mengantuk hampir sepanjang hari ๐Ÿ˜„๐Ÿ‘Œ๐Ÿป


OKlah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan minuman popular dalam kategori kopi segera niSyukur Alhamdulillah ๐Ÿ˜Š


Jumpa lagi di lain entri!
๐Ÿ™‹

24 ulasan:

  1. Belum pernah cuba lagi kopi tupai special tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la WP cuba nanti bila ada kesempatan ๐Ÿ˜„

      Padam
  2. Saya memang suka kopi Indocafe. Cap tupai tu nak cari Kat mana eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Member cheq kata dia beli kopi ni dari kedai 'NT', dekat area Dengkil di Selangor tu ๐Ÿ˜€

      Padam
  3. Tรผrk kahvesi de denemelisin ๐Ÿ˜Š teลŸekkรผr ederim bu gรผzel inceleme yazฤฑsฤฑ iรงin ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome ๐Ÿ˜„
      Ya..saya juga berharap saya dapat cuba kopi Turki suatu hari nanti ☕
      Thank you for dropping by ๐Ÿ˜Ž

      Padam
  4. kopi tupai first time dengar ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kurang popular nampaknya kopi Tupai ni ๐Ÿ˜…

      Padam
  5. sha kalau minum kopi ni esok tu baru boleh tidur haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhh bahaya tu, better Sha minum teh saja la kalau macam tu..๐Ÿ˜…

      Padam
  6. assalamualaikum... selamat tahun baru 2020... maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni... insya allah sy akan kembali fokus sm mcm sebelum ni.... harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'slm dan selamat tahun baru 2020 buat mem besar juga ๐Ÿ–๐Ÿป๐Ÿ˜„

      Uish..lain macam ja komen nih ๐Ÿ˜…, takpa ja mai komen sekali sekala pun..biasa lah tu, blogging ni benda sampingan ja pun..๐Ÿ˜„

      Padam
  7. waalaikumussalam. dah 12 tahun tinggalkan kopi 3 in 1 ni. dulu memang ketagih yakmat T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq la ni pun dah jarang minum kopi 3-in-1, lebih suka minum neskepe pure lepas tu tambah sendiri gula dan coffeemate atau susu ๐Ÿ˜„

      Padam
  8. pertama kali dengar kopi tupai ni..nescafe sedap..suka2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Neskepe ni susah untuk dikalahkan..unggul betoi ๐Ÿ˜ฌ

      Padam
    2. ha'ah..dari dulu2 lg dah ada..

      Padam
  9. sis JM tak boleh minium nescafe nanti sakit kepala..kopi O tak pe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi sesetengah orang boleh pening kalau pekena neskepe ๐Ÿ˜ฌ

      Padam
  10. Belum try lagi...tapi hencik suami mesti suka ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la promote kopi tupai ni pada beliau ๐Ÿ˜ฌ

      Padam
  11. mak kadang2 minum nescafe gak tapi yang mild.
    boleh suruh dia cuba dark roast tu hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh suggest yang ni pulak kalau memang dah biasa minum neskepe ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ‘๐Ÿป

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤