Ahad, 1 September 2019

Ayam Terhangat Sensasi Korea Marrybrown Kembali Lagi Buat Seketika Cuma

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, Korean Sensasi Ayam Terhangat Marrybrown kembali lagi pada tahun ini! Fuhhh... sipi-sipi saja cheq hampir terlepas nak kejar menu Marrybrown yang ini... πŸ˜†πŸ—πŸ—


Petang tadi cheq berkesempatan untuk singgah ke Marrybrown Kangar sebentar semata-mata kerana ingin mencuba menu Sensasi Korea Ayam Terhangat mereka (yang dah nak habis promosinya ini) iaitu kombo Kepak Ayam Terhangat dan kombo Burger Ayam Terhangat. Burger tu nanti cheq review kemudian di lain entri πŸ˜†

Set kombo Kepak Ayam Terhangat Sensasi Korea MB (tahun 2019) yang berharga RM15.90 (take-away) ini mengandungi 6 ketul ayam goreng Korea (bahagian kepak), kentang goreng biasa (jumlah sederhana) dan segelas minuman ringan berais (cheq pilih Mango Peach) πŸ‘

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, ianya berbaloi dengan kualiti serta kuantiti produk makanannya πŸ˜„

Kelazatan - Cheq bagi markah 3¾ bintang dari 5 bintang. Sebelum ini cheq sudah pernah mencuba ayam goreng pedas Korea dari Marrybrown juga (versi tahun lepas), kemudian dari Domino's Pizza Malaysia (Ayam Haseyo) dan KFC (Spicy Gochujang Crunch). Menurut tekak cheq, kelazatan menu ayam goreng Korea Marrybrown ni telah mengatasi kelazatan Ayam Haseyo dari Domino's Pizza dan Spicy Gochujang Crunch dari KFC, namun begitu... ianya tidak dapat mengatasi kelazatan versinya sendiri yang dari tahun lepas punya (ya, ayam goreng Korea Marrybrown versi tahun lepas tu lebih mengancam berbanding versinya yang terkini...πŸ˜…). Versi yang kali ini macam agak terlebih madu lalu menyebabkan sensasi pedas hangatnya yang unik itu tenggelam dan agak susah hendak timbul semula (paham ka dak ayat nih? πŸ˜‚). Ini pendapat tekak cheq sajalah, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana. Makanan yang serupa ini elok dimakan cepat-cepat, perlu pantas dan tangkas bertindak membaham ayam goreng bersos Korea ni setelah membelinya. Tak boleh nak simpan terperam lama-lama dalam kotak tu sebab kerangupannya akan beransur hilang dek kerana sos Korea yang menyelaputi ayam goreng tersebut boleh bertindak sebagai agen pelembap... πŸ˜…

Keberbaloian - Kalau terpaksa beratur panjang untuk membelinya lagi, cheq sanggup beratur kurang dari 15 minit saja. Kalau perlu beratur lebih dari 15 minit, cheq tak sanggup tunggu dah. Cheq akan pergi beli gochujang, madu dan ayam goreng frozen dari Giant Hypermarket, lepas tu balik dan bikin ayam goreng pedas Korea sendiri yang memang sudah ternyata marvelous lagi fantastic (iyalah, sebab boleh ubahsuai bagi betul-betul kena dengan selera sendiri...) πŸ˜‚

Info tambahan: Ada orang tak kenal bahagian kepak ayam. Dia ingat kepak ayam tu setakat bahagian yang ada macam rupa kepak/sayap burung tu saja. Bahagian 'bahu' ayam yang dah terpotong dan terpisah dari bahagian 'kepak' atau 'sayap' tu pula boleh dikatanya 'peha' ayam... 🀭😬

Ada ka di antara hangpa ni yang jenis macam tu juga, dok ingat bahu ayam tu peha ayam (yang bersaiz mini)? πŸ˜‚

Okeh, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan kombo Kepak Ayam Terhangat Sensasi KOREA dari Marrybrown. Gembira cheq sempat juga menikmati menu item yang seketika cuma hadirnya ini. Syukur Alhamdulillah 😊

Support Marrybrown, support our local brand πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»



Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

12 ulasan:

  1. I did'nt hear this food 😊 thanks for your sharing 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome πŸ˜„
      Is there a Marrybrown franchise available in your country? πŸ˜€

      Padam
  2. kalau part bijan nmpk xkedekutπŸ˜†

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taburan bijannya meriah sekali πŸ˜†

      Padam
  3. haish...saya tekak melayu...suka ayam goreng kunyit je..hihihi...tapi kalau pergi Marry brown... saya suka mi kari dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq tak pernah cuba lagi mi kari Marrybrown, nanti nak try la sekali πŸ˜„

      Padam
  4. wow bestnye ayam tu.. huhu tak sabar nak cari merybrown sekarang... done follow sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..semoga sempat membeli sebelum menu ni habis waktu promosinya πŸ˜…

      Tq for following back! 😎

      Padam
  5. Balasan
    1. Semoga sempat sebelum habis waktu promosinya πŸ˜…

      Padam
  6. Balasan
    1. Mungkin tertumpah terlebih sikit secara tak sengaja πŸ˜‚

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤