Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, ada yang masih seronok beraya lagi ka sekarang ni? Cepatnya masa berlalu haa dah pun masuk 10 Syawal hari nih... anyway ada yang sudah mencuba menu DOMINO's yang agak terbaru - Ayam Haseyo (versi baru) ni? Sensasi menu ayam goreng ala Korea nampaknya telah muncul kembali di DOMINO's PIZZA... ππππ
Dalam bulan Ramadhan yang lepas cheq berkesempatan untuk singgah ke DOMINO's PIZZA Kangar sekejap untuk menapau (bungkuih bawak balik) menu terbaru mereka untuk dijadikan juadah berbuka puasa, iaitu Ayam Haseyo (versi baru) selain Ssamjeang Beef Pizza, Garlic Cheese Onion Rings dan Blueberry Cheesecake (akan diulas kemudian satu per satu di lain entri). Iklan promosinya telah berjaya mengusik perasaan ingin tahu cheq untuk mencubanya π
Ayam Haseyo (Chicken Wings Haseyo) - RM14.90 |
Dalam bulan Ramadhan yang lepas cheq berkesempatan untuk singgah ke DOMINO's PIZZA Kangar sekejap untuk menapau (bungkuih bawak balik) menu terbaru mereka untuk dijadikan juadah berbuka puasa, iaitu Ayam Haseyo (versi baru) selain Ssamjeang Beef Pizza, Garlic Cheese Onion Rings dan Blueberry Cheesecake (akan diulas kemudian satu per satu di lain entri). Iklan promosinya telah berjaya mengusik perasaan ingin tahu cheq untuk mencubanya π
Sumber: Domino's Pizza Menu Malaysia |
Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:
Harga - Pada cheq, harganya agak kurang berpatutan dengan kualiti dan kuantiti produk makanannya π€
Kelazatan - Cheq bagi markah 2.5 bintang dari 5 bintang. Pada pendapat cheq, versi Ayam Haseyo Domino's kali ini kurang 'kick' jika dibandingkan dengan versi Ayam Haseyo Domino's yang dulu. Versi yang ini kurang menyelerakan dan warnanya juga kurang menarik jika dibandingkan dengan versinya yang dahulu. Mungkin juga sos Ssamjeang ni tidak mempunyai rasa yang cukup menarik pada tekak cheq. Ini cuma pendapat peribadi cheq sajalah ya, personal taste gituu... pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana noo... π€
Keberbaloian - Kalau terpaksa beratur panjang untuk membeli ini lagi, cheq tidak sanggup menunggu dah. Cheq akan pi balik rumah dan buat ayam goreng Korea sendiri ja ikut RESIPI SAYS INI π
Keberbaloian - Kalau terpaksa beratur panjang untuk membeli ini lagi, cheq tidak sanggup menunggu dah. Cheq akan pi balik rumah dan buat ayam goreng Korea sendiri ja ikut RESIPI SAYS INI π
OKlah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan DOMINO's Ayam Haseyo (versi sos Ssamjeang). Apa-apa pun cheq gembira kerana berkesempatan juga untuk mencuba menu ini. Syukur Alhamdulillah π
Jumpa lagi di lain entri!
π
π
baru makan mlm tadi, pedas jg..versi dulu x ingat mcmana rasanya..huhu..
BalasPadamHihi..pada cheq, versi yang dulu lagi 'kaw' pedasnya dan lagi menawan warna merahnya π¬
PadamDominos; soslu tavuk... Her ΓΌlkede deΔiΕik Γ§eΕitleri bulunmakta sanΔ±rΔ±m :)
BalasPadamYes I think so too. Domino's have differing menus and promotions according to each country π
PadamPart warna tu memang setuju sangat.. kurang menarik.. harga dan kuantiti pun kurang ok..
BalasPadamKannn....cuba sekali cukup la hihi π¬
Padambetul tu.. cukuplah sekali..
Padamkerap juga kan Domino ni bawa menu baru berkit dgn Korea. sbb populariti kot? or marketing hehehe
BalasPadamMarketing rasanya ni....org M'sia ramai suka anything Korean hihi π¬
PadamBaru juga makan hari tu. Saya tak ingat yang dulu tu pedas macam mana tapi yang ni punya pun boleh tahan juga pedas dia. Saya pun setuju yang ayam dia agak mahal.
BalasPadamYang dulu warnanya merah gelap dan rasa lagi mengancam, mahal sikit pun cheq tak kisah sangat kalau memang sedap. Tapi yang kali ni punya macam quite a let down laa huhu.. π
Padamkreatif betul dominos ni. ayam haseyo pun boleh haha nampak sedappp
BalasPadamBanyak pengaruh Korea sekarang ni kan..π
Padamfollowed here #50
BalasPadamTQ! Favor returned π
PadamBelum cuba taste lagi nie...
BalasPadamBoleh la cuba mana tau kot-kot boleh suka π
Padambelum cuba lagi!!!!
BalasPadamhu hu hu hu... teringin nyerrrrr...
Boleh la dicuba ni, mana tau kena dengan taste π
Padam