Isnin, 22 Julai 2019

Barang Apa Paling Susah Nak Jumpa Bila Hakak Nak Beli?

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, haa tudia tudiaa berjela semacam saja kan tajuk entri cheq kali nih?? Ni entri nak mencarut merungut dan mengeluh sikit, atau dalam bahasa omputihnya "rant" ... πŸ˜£πŸ˜€πŸ˜«

Merujuk kepada tajuk entri di atas, to me la kan... barang yang paaaling susah nak jumpa bila hendak dibeli selepas hati dah tangkap cintan kat si barang itu ialah.....

KASUT! Yes, kasut. Shoes... lebih spesifik lagi, kasut wanita dalam kategori heels atau tumit kasut yang mana tingginya 2"-2½", dan gaya fesyen kasut itu kelihatan tidak terlalu skema atau formal dan tidak pula nampak macam terlalu santai seperti hendak pergi membeli-belah di Pavi, pergi dating ke mana-mana cafe hipster atau pun berdansa di kelab. Sebab apa kasut dalam kategori ini menjadi spesies barang yang paling rare dan susah hendak dibeli? Masalah apa yang menjadi faktor utama yang menyumbang kepada permasalahan ini?? πŸ‘½πŸ˜΅πŸ”Ž

Jawapannya ialah.... SAIZ KASUT! Saiz kasut cheq selalunya, SELALUNYA... out of stock. Ramai sangat wanita yang mempunyai saiz kaki yang sama dengan cheq ni agaknya di dunia ini, dan selera fashion kasut heels mereka juga serupa benar dengan cheq. Sebab apa cheq kata "di dunia ini" dan bukan setakat "di Malaysia", atau pun "di Perlis" sahaja? Sebab, dah penat cheq cari di beberapa kedai kasut dan supermarket yang ada di Perlis ni kan, lepas tu ada laa cheq jumpa beberapa yang berkenan di hati yang lara ni tapi, macam biasa lahhh... saiz kasut cheq dah sold out belaka-laka. Hamboiii, yamboi-yamboiii..... tangkasnya kaum wanita yang mempunyai kaki sama saiz dengan cheq ni merembat kasut-kasut heels berkenaan kaaan... πŸ™πŸ‘ πŸ‘ 

Musykil sangat cheq ni memikirkannya. Maka, cheq pun beralihlah perhatian ke online shopping pula, di mana cheq boleh mencari dan memilih kasut heels dari seluruh pelusuk dunia. Sesi menyelongkar Shopee dan Lazada pun bermula. Belek punya belek, scroll punya scroll.... jumpa la dua pasang yang sangatlah padan dengan kriteria kasut heels yang cheq dambakan itu. Hati yang sedang berbunga dengan harapan tiba-tiba terus berubah menjadi pilu berserta guruh campur kilat apabila cheq nak pilih saiz kasut cheq di laman web membeli-belah tersebut. SOLD OUT juga jawapannya..... wow, WOW sangat. Apa itu nurakaaa (What the helll)... πŸ’’πŸ’₯


Saiz 6 (Euro 37) ialah saiz kasut bagi kebanyakan orang wanita dewasa agaknya... agaknyalah πŸ™„


Aduhhh..... option seterusnya ialah cheq cuba booking sajalah sepasang kasut heels tu dengan online seller berkenaan melalui aplikasi chat di Shopee tu. Cheq harap dia dapat inform cheq nanti bila dia sudah ada stok baru bagi kasut heels yang cheq berkenan tu (itu pun kalau ada stok baru laa). Cheq sudah pun 'like' kasut-kasut tu dan 'follow' online shop berkenaan di Shopee. Harap-harap nanti sempat juga laa cheq merembat sepasang. OK.... keluhan cheq berakhir di sini. Sekali sekala nak juga up entri keluhan, mengeluh kat blog... πŸ’†πŸ΅πŸƒ


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

20 ulasan:

  1. ha ha ha ha sabo jer lah, cik suerin.
    saiz kaki saiz hot lah ni ekk :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hotttz la sangat, terbakar ni... memang hot πŸ‘ΉπŸ’’

      Padam
  2. Hahaha ni bukan hot sis.ni 1 spesis..kikikiki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. I hot as in hot terbakar gitu, bukan hot mengancam satu dalam sejuta yang asyik nak selpie ja hari2..🀳🏻

      Padam
  3. Saya pun selalu juga ada masalah nak cari kasut. Biasanya kasut saya saiz 5 atau 6. Memang frust kalau dah minat kasut tu tapi tak ada saiz. Dah lah saya minat kumpul kasut selain daripada buku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kurang la saiz kaki kita ni JR, welcome to the majority club. Persaingan sengit dalam merebut kasut..πŸ™„

      Padam
  4. nampak cantik kasut tu :) patutla sold out

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik, selesa dan elegant gitu 😒

      Padam
  5. Great post dear thanks for sharing :)

    BalasPadam
  6. yer...cari kasut yang sesuai di kaki, berkenan di hati memang susah.

    BalasPadam
  7. hahaha... bertabahlah😊😊

    BalasPadam
  8. In shaa Allah, ada rezeki utk Cheq..

    ni kasut raya haji ke..hehe..jgn mare..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kasut ni untuk apa-apa occasion separa formal yang bersesuaian πŸ˜„

      KakNo.....'cheq' tu bukan nama panggilan cheq, tu cuma kata ganti nama diri pertama yang orang utara biasa dok guna. Nama panggilan cheq ialah Sue, atau pun CS πŸ˜„

      Padam
  9. Sama CS, saiz 5 dgn 6 ni sokmo sold out. last2 pakai kasut sekolah p kerja. hahahaha nasib lah kerja bukan office attire. hihi bos dah pelik, ni mak orang ke budak sekolah.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi..ok juga idea pakai kasut sekolah tu, hihi 😬

      Padam
  10. ahahah betul2. time nak beli kasut time tu paling seksa. da jumpa yang berkenan tetiba kaler tu xde size la or last pair. hampeh tol..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaaan....hampeh sangat rasanya 😞

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤