Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, ada yang masih berada di dalam mood raya sambil menjamu selera di rumah-rumah terbuka sempena bulan Syawal ini? Cepatnya masa berlalu haa dah pun masuk 17 Syawal kita hari nih. Pada yang berhajat nak berpuasa enam tu, haa eloklah pakat cepat-cepat selesaikannya sebelum Syawal kata "selamat tinggal". Anyway... hangpa dah cuba dessert DOMINO's yang meleleh-leleh kejunya ni belum? Blueberry Cheesecake namanya... ππ§π
Dalam bulan Ramadhan yang lepas, cheq berkesempatan untuk singgah ke DOMINO's PIZZA Kangar sekejap untuk menapau (bungkuih bawak balik) menu terbaru mereka untuk dijadikan juadah berbuka puasa, iaitu Ayam Haseyo (versi baru) selain Ssamjeang Beef Pizza, Blueberry Cheesecake dan Garlic Cheese Onion Rings (akan diulas kemudian di lain entri). Dalam entri ni, kita fokus kat Blueberry Cheesecake Domino's, yang mana sos keju dia meleleh sakaaan... π€€π
Blueberry Cheesecake (Domino's dessert) - RM11.90 |
Dalam bulan Ramadhan yang lepas, cheq berkesempatan untuk singgah ke DOMINO's PIZZA Kangar sekejap untuk menapau (bungkuih bawak balik) menu terbaru mereka untuk dijadikan juadah berbuka puasa, iaitu Ayam Haseyo (versi baru) selain Ssamjeang Beef Pizza, Blueberry Cheesecake dan Garlic Cheese Onion Rings (akan diulas kemudian di lain entri). Dalam entri ni, kita fokus kat Blueberry Cheesecake Domino's, yang mana sos keju dia meleleh sakaaan... π€€π
Sumber: Domino's Pizza Menu Malaysia |
Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:
Harga - Pada cheq, harganya agak kurang berpatutan dengan jenis dan saiz produk makanannya. Rupa paras 'sebenar'nya agak kurang menarik dan tidak seperti apa yang ditampilkan di dalam iklannya π
Kelazatan - Kalau ditanya sedap ka tak sedap rasanya? Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang π Pada pendapat cheq, sos kejunya memang marvelous, dipadankan pula dengan buah blueberry yang agak tidak kedekut kuantitinya. Walaupun rupa kek keju leleh ni kelihatan agak 'kemik' dan 'penyet' tidak 'bersemangat' seperti di dalam iklan promosinya, namun begitu kelazatan kek dan sos kejunya tetap terserlah dan tidak mengecewakan deria rasa cheq ini π... tapi kan, ini cuma pendapat peribadi cheq sajalah ya, personal taste gitu. Pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana noo... π€
Keberbaloian - Kalau terpaksa beratur panjang untuk membeli ini lagi, cheq sanggup beratur tidak lebih dari 10 minit. Berbaloi menunggu sebab sedap (nak buat sendiri tak reti, hihi...) π
Keberbaloian - Kalau terpaksa beratur panjang untuk membeli ini lagi, cheq sanggup beratur tidak lebih dari 10 minit. Berbaloi menunggu sebab sedap (nak buat sendiri tak reti, hihi...) π
OKlah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan Domino's Blueberry Cheesecake. Cheq gembira kerana berkesempatan juga untuk mencuba menu ini. Syukur Alhamdulillah π
Jumpa lagi di lain entri!
π
sejak Ramadhan, tak oder lagi dominos ni.
BalasPadamhu hu hu hu sedapnya.
lom pernah rasa kek gini from dominos.
jarang oder. sebab kalau ke pizza hut baru oder, makan situ, kan...
hu hu hu sedapnya. terasa nak mengoder je Ahad nanti.
Sila sila cuba..rasa dia memang sedap, cuma rupa dia ja yang tak berapa nak sedap dipandang, jauh beza dengan iklan π
Padamboleh try ni, baru ke? klo domino suka banana kaya die..sedap!
BalasPadamCheesecake ni nak dikata baru sangat tu, takdak laa terkini sangat....yang terkini tu Ayam Haseyo Ssamjeang sauce tu π
PadamBanana kaya dia cheq tak try lagi, nanti nak cuba π
ayooo mmg nmpk sedap tp dlm iklan tebal. realiti mcm x tebal
BalasPadamTu la pasal π...tapi rasa dia memang sedap! π
PadamΔ°nteresting good π not here Turkey... Thanks for your sharing π
BalasPadamI'd like to see what Domino's has to offer in Turkey, must be interesting as well π
PadamSaya minat cheese tapi tak minat berry. Kalau saya cuba dessert ni, tak tahulah saya akan suka atau takπ .
BalasPadamKena cuba dulu la ni JR, baru boleh tau suka da dak π
PadamCheq ni pulak memang jenis suka makan buah, semua jenis berries cheq boleh hadap π
tertarik... !
BalasPadamRecommended π
Padam