Ahad, 19 Januari 2020

Manis, Sejuk, Pedas, Panas, Semuanya Ada di Sushi King

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, jom kita sembang pasai makanan lagi kali ni... ya... blog ni memang suka kupas topik makanan... (mesti ada di antara hangpa yang dok ingat tuan blog ni tembun orangnya, kan?) 😂😬

Matcha Doughnut Ice-cream - RM4.90

Ni sebenarnya cerita bulan Disember tahun lepas, sekarang ni baru cheq kalut nak buat review. Biasalah tu... 😂

Aiskrim ni nak dikata menu item yang baru atau terkini sangat pun, takdak la terkini sangat... cuma cheq ja yang baru nak merasa aiskrim Matcha atas donat di Sushi King kat Perlih nih. Aiskrim berperisa teh Matcha yang smooth dipadankan dengan donat ala-ala Big Apple ni memang macam memanggil-manggil ja orang suruh order dia, melambai-lambai gitu dari dalam buku menu (imaginasi terlebih)... 😆😬

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

Harga - Pada cheq, harganya sudah berpatutan dengan jenis, kualiti dan saiz produk makanannya. Nampak macam kecil saja saiz hidangan aiskrim ni tapi ambil masa juga la cheq nak menghabiskannya 😄

Kelazatan - Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang. Aiskrim ni rasanya agak padu dengan perisa Matcha yang pahit-pahit manis, dan tekstur aiskrimnya pun cukup smooth lagi berkrim (creamy). Donatnya pula lembut dan agak mirip dengan Big Apple punya donat. Biskut wafer yang terpacak kat atas tu rangup dan sesuai sangat dicicah dengan aiskrim yang smooth ni. Sebuah gabungan tekstur serta flavor yang mantap lagi memuaskan 😎👍🏻

Keberbaloian - Semestinya berbaloi. Dah boleh kenyang makan aiskrim Matcha ni saja tau, siap ada donat ala-ala Big Apple dan wafer rangup lagi tu 😋


🍨🍩🍨🍩


Baiklah, item seterusnya... yang pedas dan panasnya pula,

Spicy Yaki Don (Nasi dengan daging lembu stir-fry yang pedas) - RM7.50

Harga - Pada cheq, ianya sudah berpatutan dengan kualiti serta kuantiti hidangannya. Berkhasiat serta cukup mengenyangkan 👌🏻

Kelazatan - Cheq bagi markah 3¾ bintang dari 5 bintangMarkah ni boleh naik lagi sekiranya ada hirisan jeruk halia Jepun ditambah sekali. Hidangan nasi dalam mangkuk sederhana besar ni ada beberapa hirisan daging lembu yang digoreng stir-fry dan dipadankan dengan pati cili yang special. Kobis celur yang agak banyak kuantitinya itu membuatkan cheq tersenyum suka sebab cheq memang suka makan sayoq. Nak bagi lebih menarik lagi rasa hidangan ni, bolehlah tambah sedikit wasabi dan Nitsume (sos manis Jepun), kemudian gaul sampai sebati. Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana 😄

Keberbaloian - Cukup berbaloi dengan kesedapan, kualiti makanan dan servis pelanggan di sini. Jangan lupa download aplikasi Sushi King, muat turun aplikasinya dari Play Store dan install kat smartphone, lepas tu register dan bolehlah hangpa redeem Smile Points bila mai makan kat sini lagi nanti. Bertambah lagilah keberbaloian untuk makan-makan lagi di sini lepas nih! 😆👍🏻


OKlah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan aiskrim Matcha berdonat dan juga nasi berlauk daging pedas yang boleh didapati di Sushi King. Syukur Alhamdulillah 😊


Jumpa lagi di lain entri!
🙋

18 ulasan:

  1. Datang sushi king makan sushi je. Belum cuba menu lain lagi.
    Ada rezeki akan cuba menu lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba jangan tak cuba..ada banyak benda lain lagi selain sushi dalam buku menu tu 😋

      Padam
  2. Nampak pun aiskrim tu... Sedap. Terliur pulak tengok. Fiza tak pernah lagi mencuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la FL cuba nanti bila ada kesempatan 😄

      Padam
  3. aiskrim matcha kt restoran jepun mmg best..pernah makan di suki-ya, mmg padu, authentic jepun..

    byk sayoq tu yg best..teringin lak nak makan..hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betoi tu KakNO, authentic matcha memang padu 😋👍🏻

      Padam
  4. Tak pandai makan sushi... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada banyak lagi benda lain selain sushi kat dalam buku menu tu 😄

      Padam
  5. Waalaikumussalam. Wah memang berbaloi2 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yezza....pi time bonanza atau members' day lagi la berbaloi-baloi 😎

      Padam
  6. Looks delicious foods 😊 thanks for your sharing 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome and thanks for dropping by this blog 😄

      Padam
  7. Sampai sekarang saya tak pernah lagi cuba makanan di Sushi King.

    BalasPadam
  8. lamanya tak makan kat sushi king. sedap !!
    ok je harga dia kan untuk kualiti makanan yang kita dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betoi tu SYM, harga dia memang dah OK dengan kualitinya 😎

      Padam
  9. agaknya kalau sy msk sini sy mkn ais krim je kot hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi berlauk daging stir-fry pedas pun mem besar tak layan ka..😅

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤