Selasa, 25 Ogos 2026

Ada Pokok Pandan, Serai dan Halia Tumbuh Subur di Laman Rumah?

Kita boleh buat apa dengan 3 jenis tumbuhan tu? πŸ‘€❔

Kita buat nasi lemak la! πŸ˜‹πŸ‘

Salam Maulidur Rasul! Kali ni cheq nak buka cerita pasai resipi nasi lemak versi yang mak cheq suka. Nasi lemak versi ni ada 10 bahan. 3 daripadanya cheq boleh dapat free of charge sebab boleh pi petik saja dari laman rumah. Alhamdulillah. Pandan, serai dan halia ni antara tumbuh-tumbuhan yang senang nak hidup dalam iklim Malaysia kita ni, maka rugilah kalau hangpa takmau tanam. Dalam pasu saja pun dah boleh hidup subur depa 3 ni, tau? 😎

Nasi lemak versi resipi cheq ni lebih kurang macam dalam video youtube @nithicooks23 kat bawah ni ja, cuma cheq ada tambah halba dan minyak masak sikit. Cara masak dia memang hampir 100% serupa dah, kiranya satu kebetulan yang cukup marvelous πŸ˜€πŸ‘


▶ Bahan-bahan (resipi cheq):

1. Beras (2 cawan)
2. Bawang merah (2 labu, dipotong kasar)
3. Halia (lebih kurang 2cm³, dipotong kasar)
4. Daun pandan (2 helai, diikat simpul)
5. Serai (1 batang, dibelah sikit di bahagian hujung)
6. Santan (satu kotak kecil)
7. Minyak kelapa sawit (2 sudu besar)
8. Air (secukupnya dengan kuantiti beras, sukat guna jari)
9. Halba (1 sudu kecil)
10. Garam (separuh sudu kecil) 


▶ Cara-cara:

1. Masukkan beras ke dalam periuk nasi, kemudian basuh dan bilas 2 kali. Masukkan santan, kemudian tambahkan air secukupnya. Guna kaedah sukat jumlah air masak nasi pakai jari telunjuk dan ibu jari. Paras air yang disukat dari permukaan beras mestilah sama tinggi dengan paras beras (kalau terlebih sikit dalam 3mm pun okay lagi, jangan terkurang sudah). Ada yang tak reti masak nasik guna kaedah turun-temurun ni ka? πŸ˜…

2. Tambahkan bawang merah, halia, serai, daun pandan, halba, garam dan minyak kelapa sawit. Kacau seeloknya, kemudian masukkan periuk nasi ke dalam rice cooker dan seterusnya tutup periuk tu. Jangan lupa tekan suis ON! πŸ˜‚

3. Apabila suis rice cooker dah terbidas ke mode 'keep warm', buka penutup periuk nasi dan kacaukan nasi lemak guna senduk dengan cara macam orang tengah gembur-gemburkan tanah dalam pasu sebelum nak tanam biji benih atau anak pokok di dalam pasu tu πŸ˜‚

4. Tutupkan periuk semula dan biarkan 'keep warm' selama lebih kurang 10 minit lagi. Lepas tu, dah boleh cedok dengan gumbiranya dan makanlah nasi lemak ni dengan lauk-pauk kegemaran pilihan hangpa πŸ˜‹


Cheq gu nasi lemak ni dengan 2 jenis lauk simple, iaitu telur bistik sempoi dan masak sardin saja πŸ’
 
Sekian, beginilah cara cheq membuat nasi lemak, mengikut selera cheq dan juga ibu tersayang. Maaflah kalau resipi ni tidak mengikut selera hangpa noo... πŸ˜™πŸ˜¬
 

Jumpa lagi di lain entri! 
πŸ™‹ 

14 ulasan:

  1. Nanti boleh cuba resipi ini pula :)

    BalasPadam
  2. sedapnya menu cek salam maulidur rasul

    BalasPadam
  3. Eh, uncle suka je... nak-nak sadin tu... yummeh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sardin ni masak style buh bawang banyak, pastu tambah sos cili, sos tiram dan gula sikit, memang yummeh 🀌✨

      Padam
  4. Minggu ini memang kerap makan nasi lemak.
    Salam Maulidur Rasul.😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang satu juadah santapan identiti Malaysia ni, sesuai dengan mood merdeka πŸ˜†
      Salam Maulidur Rasul ✨

      Padam
  5. sedap nasi lemak tu. sy tanam pandan n serai cuma halia tu beli di kedai lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada halia lebih tu better 'disimpan' dalam tanah lagi daripada dalam peti ais untuk kekalkan kesegarannya. Bila nak guna ja, baru pi potong sikit dari dalam pasu. Try it out cikgu! πŸ€“

      Padam
  6. dah boleh buka medai dah ni
    resepi dah mantapπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak sangat dah saingan kat sini, kalau cheq pindah pi oberseas ka satu hari nanti, boleh gak la nak bukak bisnes nasi lemak 🀭

      Padam
  7. Mewah kat kampung ada daun pandan, halia, serai. Nak guna ambil je. Dapat guna yang fresh pulak tu kan.
    Rare tu nasi lemak makan dengan lauk sardin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak cheq ni memang taste dia suka pekena nasi lemak macam ni dengan lauk sardin dari dulu lagi, maka juadah ni dah jadi satu kebiasaan pada kami πŸ˜„

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤