Ahad, 7 Disember 2025

Pekena Daily Coffee punya Cappuccino 3 in 1 Kopi Segera

Salam hujung tahun semua! πŸ™‹
 
Tempat hangpa kena banjir besar dak baru-baru ni? Kawasan kediaman cheq terjejas juga la kat Perlis ni dalam minggu keempat bulan lepas, tapi Alhamdulillah la tak teruk mana pun kat sini, kami tak perlu pi PPS pun. Ayaq bah masuk rumah sikit ja kena kat area ruangtamu selama 3 hari. Sekarang ni tengah dalam fasa pembersihan kawasan laman rumah saja, kutip cuci dan susun balik barang-barang yang berselerak merata keliling rumah πŸ’ͺπŸ‘€

Kesian sungguh laa kat depa-depa yang berada di kawasan-kawasan yang terjejas teruk sampai ada yang kena pi dok di PPS berhari-hari masa tu, tak tau cheq nak kata apa πŸ˜žπŸ˜”
 
Daily Coffee (local brand) Classics Cappuccino 3 in 1 Instant Coffee (RM19.90) - harga dari Shopee πŸ˜€

Harga - Pada cheq, RM19.90 untuk 25g x 10 peket stik cappuccino segera Daily Coffee ni kurang berbaloi sebab rasa kopinya agak lemah dengan aromanya yang tidak begitu menonjol. Weak coffee la kiranya. Mild coffee taste but very creamy, with non-dairy creamer πŸ˜€
 

Kelazatan - Trick dia ialah kena bancuh pekat-pekat kalau nak pekena instant cappuccino yang macam ni. Kalau nak bancuh sepeket saja, minumlah dalam cawan. Kalau nak minum dalam gelas 450mil tu, bancuh la 2 peket terus. Pekat macam ni barulah dapat rasa 'cappuccino' dia tu. Cheq bagi markah 3 per 5 bintang. Adakah cheq akan repeat order lagi cappuccino segera dari jenama Daily Coffee ni? Kebarangkaliannya adalah agak rendah 😬
 
 
Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹ 

14 ulasan:

  1. sedapnya cappucino hilang dahaga carilah yg rasi dgn selera

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq kena teruskan pencarian lagi 😬

      Padam
  2. Alhamdulilah kawasan rumah Cuya takde banjir. Mungkin sebab kawasan tinggi. Cappuccino kalau rasa tak menyengat..tk kick r hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawasan-kawasan tinggi kat sini memang selamat dari banjir tapi depa ada masalah lain pula, which is gangguan bekalan air paip yang kerap. Sengsara gak tu πŸ˜”
      Cappuccino kalau rasa tak kick memang mengecewakan, kena modify sendiri tambah lagi kopi lain pula πŸ₯²

      Padam
  3. 3 per 5 tu kira bagus la...
    Dalam cawan lagi berseni... boleh hirup sikit-sikit... hehhee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la uncle, 3 per 5 tu actually not bad tapi not very good lah kiranya 🀭

      Padam
  4. Assalamualaikum.
    Bw.
    Allahumma solliala Sayyidina Muhammad

    BalasPadam
  5. tempat Ana kat area Selatan Perak kwsn Kuala Slim ada terkesan gak air banjir naik dalam jugak kesian depa nak kena bersih rumah & brg2 semua basahhh lokoihhhhh kena ayaq banjir :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama pakat pasrah saja dan redho dengan ujian dunia masing-masing huhuu πŸ₯ΊπŸ˜ž

      Padam
  6. kebarangkalian nak beli lagi tu... nmpk nya rasa tak menepati selera yaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq ni memang jenis yang suka strong coffee walaupun dalam keadaan latte atau mocha 🀭

      Padam
  7. 2 peket lagi umphhh utk 450ml...akk selalu bancuh dlm mug je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pekena 2 peket teruih sebab nak top up dengan ais cubes sampai penuh gelas πŸ˜†

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤