Salam Oktober Semua! π✨
Okeh, cheq nak sembang pasai topik makanan lagi, kali ni kita fokus pada produk aiskrim pula. Apa pasai laa cheq tak pernah perasan pun aiskrim tiub Yogo Ice ni selama ni? Punyalah sedap, murah pulak tu. Local product lagi... π₯Ή π₯²
Aiskrim tiub gebu ala-ala slurpee ni rasanya akan kekal menjadi aiskrim favorite cheq
selama beberapa bulan akan datang. Serius la, fruity dan nyaman betul rasanya ππ
So, macam mana cheq boleh tahu pasai kewujudan aiskrim Yogo Ice ni? Ceritanya macam ni... ada sekali tu cheq tengah scroll cari pudding jelly dalam Shopee Supermarket, lepas tu ternampak la produk Cocon Yogo Ice ni ada sekali dalam hasil carian tu. Curious punya pasai, cheq pun add to cart sajalah, sebab nampak menarik! π
Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:
Harga - Pada cheq, harganya sudah cukup murah lagi berbaloi untuk 15 batang aiskrim tiub yang bersaiz comel dengan pelbagai perisa buah-buahan pada zaman sekarang ni. Kualiti serta kelazatannya pun begitu terserlah sekali π
Kelazatan - Cheq bagi markah 4¾ bintang per 5 bintang. Tekstur dia gebu dan ada feel macam slurpee sedikit, slushie-like gitu, manis dan very fruity. Budak-budak for sure akan suka ni rasanya, yang separa tua macam cheq ni pun boleh tersuka juga π
Keberbaloian - Berbaloi-baloi sudah. Kalau nak try buat sendiri ni jenuh juga, perlu kisar halus ketulan-ketulan ais dengan air yogurt buah rasanya untuk dapat tekstur yang macam tu π€ π₯Ή
Keberbaloian - Berbaloi-baloi sudah. Kalau nak try buat sendiri ni jenuh juga, perlu kisar halus ketulan-ketulan ais dengan air yogurt buah rasanya untuk dapat tekstur yang macam tu π€ π₯Ή
Jumpa lagi di lain entri!
π
π
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤