Salam Hari Malaysia semua! 🙋✨
Entri kali ni cheq buka topik makanan. 'Corn dog' adalah sejenis makanan snek yang berasal dari Amerika Syarikat sana. Secara asasnya corn dog ni terdiri daripada sosej (hot dog) yang dicucuk pada kayu pencucuk dan kemudian disalut dengan sebatian tepung bercampur cornmeal yang seterusnya digoreng dalam minyak masak sehingga perang keemasan 🧐
Dan apabila snek ni dah sampai ke Malaysia pula, nama 'corn dog' ni boleh jadi macam agak 'kontroversial' gitu pada sesetengah pihak, maka ada la yang kretip sangat sampai boleh rename dia sebagai 'corn dough' (doh jagung) dan 'corn sej' (jagung sosej). Begitulah tercetusnya nama corndough dan cornsej, sekiranya ada di kalangan hangpa yang tertanya-tanya apakah bendanya corndough dan cornsej itu 😬
![]() |
Frozen Corndog Anak Ramai, pek MIX (Sausage & Cheese), RM10.00 - harga dari Shopee 😋 |
Boleh tahan sedap juga, harganya pun sangat berbaloi. Personal favorite cheq mengikut ranking adalah seperti berikut:
Corndog Cornflakes > Corndog Mee Kering > Corndog Kentang > Corndog Serbuk Roti
![]() |
Kiri digoreng dalam minyak masak kelapa sawit VS kanan dimasak dengan menggunakan air fryer 😀 |
Cheq lebih suka masak frozen corndogs ni guna air fryer berbanding goreng dalam minyak masak. Sebelum cheq air fry depa ni, cheq tak defrost terlebih dahulu pun. Cheq terus susun 3 atau 4 corndogs di atas kertas air fryer dalam bakul air fryer tu, dan masak selama 7 minit pada suhu 180°C. Kemudian, keluarkan dan alihkan setiap corndog dalam bakul air fryer tu dan sambung masak lagi selama 5 minit. Hasilnya, mungkin akan ada yang kejunya mengalir keluar sedikit dari corndog tu, tapi masih boleh diterima pada cheq 👌
Ada banyak jenis corndogs lagi selain yang empat ni, ada yang versi Mini, Montel, Jumbo dan Kayangan lagi. Cornyam dan Corntam pun ada. Kreatif betoi jenama 'Anak Ramai' ni. Hangpa boleh cari Corndog Anak Ramai di Shopee 😋
Jumpa lagi di lain entri!
🙋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤