Salam semua! ππ»♀️✨
Entri makan-makan kali ni cheq nak sembang pasai lauk pauk yang cheq pesan baru-baru ni dari restoran Wallaya Jejawi, Perlis π
Kebiasaannya cheq dok order nasi goreng dan satu jenis lauk untuk dinner dari
Wallaya ni, tapi kali ni cheq pesan 4 jenis lauk pauk sahaja pula untuk dimakan
dengan nasi kismis yang dimasak oleh mak cheq π
Pada pendapat tekak cheq, lauk pauk dari Wallaya Jejawi ni memang sedap dan berbaloi dengan
harganya, maka penilaian cheq adalah seperti berikut:
Harga - Sudah cukup berbaloi dengan kualiti serta kelazatannya. Foodpanda selalu ada offer code diskaun selain diskaun yang diberi oleh restoran itu sendiri. Harga di atas tu ialah harga selepas diskaun yang diberi oleh restoran ππ
Kelazatan - Telur bistik. Bistik? Perkataan 'bistik' ni mai dari mana agaknya? Cheq dok pikiaq perkataan ni berasal dari bahasa Inggeris for 'beefsteak'. Betoi dak? Betoi la kan? π Maka telur bistik ni ialah sejenis masakan telur ayam yang digoreng leper yang kemudiannya dipadankan dengan kuah pekat special yang ada rasa masam, pedas dan manis. Kiranya telur goreng ni dibuat seperti daging lembu steak yang dipadankan dengan kuah gravy yang ada rasa savory gitu, seperti hidangan beefsteak yang typical. Kreatif kan orang yang mula-mula came up with juadah ni? Boleh tahan sedap telur bistik Wallaya ni, cheq bagi skor 4 per 5 bintang π
Sotong goreng tepung. Memang sedap. Portion dia pun cukup memuaskan. Kelazatannya tidak boleh nak dinafikan. Rangup crispy di luar, lembut dan sedikit kenyal di dalam. Cantik hasil gorengannya, dan sotongnya pun rasa segar, boleh agak ni bukan stok sotong yang terbiar frozen lama di dalam peti ais. Sos cili yang diberi sekali pun sedap, tak pedas sangat dan tak begitu manis. 4½ per 5 bintang cheq bagi untuk sotong goreng tepung π
Ayam masak kicap depa ni style dipotong kecil-kecil ayamnya, boneless, senang nak makan macam ni. Cheq suka. Ada lobak merah lagi, bertambah sukalah cheq. Tak pedas dan tak masin, kena dengan takak cheq. 4 per 5 bintang cheq bagi π
Daging lembu masak lada hitam ni ada rasa smokey, dan black pepper dia tak rasa begitu overwhelming. Just nice gitu. Hirisan dagingnya cukup lembut, mudah dikunyah, langsung tak rasa liat. Ada fe-feeling macam makan hidangan daging lembu yang mewah di situ, pastu ada kobis bunga lagi. 4½ per 5 bintang cheq bagi π
Ini
pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak
pastilah macam mana. Lagi satu, ini bukanlah entri berbayar. Depa
pun tak tau pasai kewujudan blog cheq ni rasanya. Cheq punya reviews semua setakat ni hanya sekadar content
untuk cheq berblog saja naa, mana yang cheq puji tu memang cheq rasa
patut dipuji, mana yang cheq rasa biashe-biashe ja tu cheq tak puji pun
π
Keberbaloian - Cukup berbaloi dari segi harga dengan kelazatan juadahnya. Restoran Wallaya ni agak terkenal juga kat Perlis ni. Selain di Jejawi, kat Arau dan Kuala Perlis pun depa ada. Bab servis foodpanda pula, macam biasa, selalu cheq rasa berbaloi. Ada semakin banyak discount codes sekarang dan riders pun selalu sampai on time π§
Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan lauk pauk pilihan cheq dari restoran Wallaya Jejawi, Perlis. Alhamdulillah π
Jumpa lagi di lain entri!
π
π
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤