Selasa, 13 Ogos 2024

Ada MIXUE rupanya kat Perlis ni

Salam bulan Merdeka semua! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

Ada rasa nak pekena aiskrim sundae sedap sambil minum teh special dengan harga yang marhaen? Jom pi singgah MIXUE Ice Cream & Tea. Kat negeri Perlis yang cinoni ni, MIXUE ada cawangannya di Arau dan juga Kangar baqhanggg... 😎🍦

Bila kami sampai kat MIXUE cawangan Kangaq tu, kami tengok ada orang beratoq sampai keluaq kedai tu weiii... waktu tu lunch hour, weekday. Boleh tahan popular jugak noo MIXUE kat Perlih ni rupanya πŸ˜—

Cheq makan apa di MIXUE? Member baik cheq insist nak belanja menu item favorite dia, iaitu Cookie Sundae, dan cheq ada order juga satu minuman sejuk Peach Oolong Tea 🀀

Baiklah, cheq kupas pasai Cookie Sundae dulu, iaitu aiskrim susu penuh berkrim ditabur dengan biskut Oreo hancur. Aiskrim sini memang rasa fresh dan tak manih melecaih, tahap kemanisan dia just nice saja, tak melampau. Seriuslah aiskrim MIXUE ni rasanya cukup premium, smooth gitu... tapi harganya langsung tak premium πŸ˜š

Item seterusnya, Peach Oolong Tea. Minuman teh buah pic yang sejuk lagi menyegarkan dan tak begitu manis juga, sangat sesuai dengan tekak cheq. And surprisingly, teh buah pic ni sangat serasi dipadankan dengan aiskrim Cookie Sundae tu. Cheq makan aiskrim tu berselang-seli dengan minum teh buah pic ni, pastu dok rasa kagum yang amat dengan keserasian rasa teh dan aiskrim tu. Member baik cheq pun tersengih saja tengok reaksi member dia ni, sambil menghirup teh lemon aisnya πŸ˜†

Baiklah, setakat ini sahaja entri makan-makan free dengan bestie cheq di MIXUE branch Kangar. Alhamdulillah. Next time cheq pula nak belanja dia bila kami keluar lunch sama-sama lagi πŸ˜Ž✨ 


Jumpa lagi di lain entri! 

πŸ™‹

19 ulasan:

  1. Tak pernah merasa lagi mixue ni. Duk banyak tengok orang review je. Macam best je ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best betoi, macam tak percaya ja harga dia murah macam tu dengan kualiti aiskrim dan minuman yang boleh tahan premium πŸ˜€

      Padam
  2. Great option for summer season , thanks for your sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome and thanks for dropping by, Cam 🍦🍧

      Padam
  3. syok laaa dpt mkn sundae selaluπŸ˜€mixue sini asik Q pnjg je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau takmo hadap que, order Foodpanda pun bulehhh πŸ˜†

      Padam
  4. Mixue nih kat mana pun mesti kena beratoq kan hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laku betoi kan jenama ni, produk bagus dengan harga yang mesra semua πŸ‘πŸ»✨

      Padam
  5. tak pernah try ice-cream cookie ni..selalu beli mango sundae...yummy!! nanti boleh try cookie pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila try ni KakNO, memang sedap πŸ‘πŸ»✨

      Padam
  6. Balasan
    1. Sedap dan berbaloi-baloi πŸ¦πŸ‘πŸ»

      Padam
  7. Balasan
    1. Sedap dan harganya pun murmur πŸ¦πŸ‘πŸ»

      Padam
  8. Kelihatan sungguh menyelerakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menyelerakan dan berbaloi-baloi πŸ€“

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤