Isnin, 2 Jun 2025

Tak Suka Makan Nasi Goreng Ikan Bilis, Sebab Ikan Bilis tu Liat?

Salam semua! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

Tudia aih, sudah berbulan lamanya cheq menyepi dari dunia blogging. Bukan apa, cheq kalut sikit lately, tak dan nak "fe-feeling" mengarang blog dan juga blog-walking. Minta maap naa kengkawan bloggers yang dihormati sekalian πŸ₯ΊπŸ™πŸ»

Cheq try restart semula momentum blogging cheq ni dengan topik masakan, subtopiknya 'nasi goreng'. Cheq tak reti buat tiramisiu RM40 tiramisu, jadi cheq nak kongsi cara cheq membuat nasi goreng ikan bilis saja, yang mana ikan bilisnya confirm crispy dan senang dikunyah, langsung takdak rasa liat pun. Ada tau orang yang tak suka makan nasi goreng ikan bilis, sebab katanya ikan bilis tu liat, payah nak kunyah. Yang jadi lagu tu tuu sebab dia biasa dok makan nasi goreng ikan bilis/kampung yang tukang masaknya tak reti teknik yang betoi untuk buat bagi ikan bilis tu jadi crispy dulu sebelum digoreng sekali dengan nasi tuu 😬


▶ Bahan-bahan:

1. Nasi putih sejuk
2. Bawang besar (dipotong kasar)
3. Bawang putih (dihiris kasar)
4. Lobak merah (dipotong mancis)
5. Kentang (dipotong dadu kecil-kecil)
6. Ikan bilis (jenis yang kecil molek)
7. Minyak kelapa sawit 
8. Telur ayam 
9. Perencah nasi goreng
10. Gula perang 

▶ Cara-cara:

1. Masak telur goreng hancur dulu dalam kuali di atas api sederhana besar, 'omputeh' kata make some scrambled eggs. Dah siap, angkat dan letak tepi. 

2. Basuh ikan bilis, kemudian toskan. Dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan lebih kurang 5 sudu besar minyak kelapa sawit, kemudian goreng ikan bilis sehingga garing. Dah siap, angkat dan letak tepi. Cheq suka guna ikan bilis yang kecik-kecik molek tu. 

3. Masih menggunakan kuali yang sama, masukkan kentang dan goreng hingga keemasan, kemudian masukkan pula bawang besar, bawang putih dan lobak merah. Kalau tak suka lobak merah, boleh ganti dengan kacang panjang. Tumis semua sehingga bawang kelihatan agak layu. 

4. Masukkan nasi putih sejuk, perencah nasi goreng dan sedikit gula perang. Goreng dan gaulkan dengan sekata.

5. Setelah nasi goreng kelihatan sudah cukup bagus untuk diangkat, masukkan telur goreng hancur dan ikan bilis goreng yang sedang menunggu di tepi dari tadi. Goreng dan gaulkan dengan sekata. Jangan ambil masa lebih dari 2 minit menggoreng di peringkat akhir ni. 

6. Siap! Tutup api dapur, angkat dan hidangkan dengan apa-apa bahan hiasan tambahan yang hangpa suka πŸ˜„

Sekian, beginilah cara cheq membuat nasi goreng ikan bilis yang mana ikan bilisnya kekal crispy dan mudah dikunyah, mengikut selera cheq. Maaflah kalau resipi ni tidak mengikut selera hangpa noo... kalau nak bagi rasa dia ada 'kick', silalah tambah cabai merah atau cabai burung teruih 🌢πŸ”₯πŸ”₯


Jumpa lagi di lain entri! 
πŸ™‹

8 ulasan:

  1. Jenis ikan bilis yang penting ya untuk tidak liat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya penting, tapi kalau nak pakai ikan bilis saiz besar, boleh juga try cara cheq ni. Liat dia akan berkurang dengan signifikan πŸ€“

      Padam
  2. sy kalau nasi goreng yg ada ikan bilis ni, prefer yg halus sebab malas nak kunyah. yg halus2 ni terus telan je🀣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buleh tu malaih nak kunyah πŸ˜†

      Padam
  3. sedapnya nasi goreng cek

    BalasPadam
  4. Thanks for your sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome and thanks for dropping by 😘

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤