Salam semua! 🙋🏻♀️✨
Sebelum ni, cheq dah pernah merasa bihun sup ayam dari restoran Sri de Orkid yang agak glamer kat Arau ni, kali ni cheq terpanggil untuk mencuba bihun sup daging pula... 🤤🤓
Bihun sup daging lembu (RM9) dan ABC biasa (RM6.75) dari restoran Sri de Orkid - harga dari aplikasi foodpanda 📱🐼 |
Pada petang Ahad yang cuacanya agak tak menentu kelmarin, cheq takdak mood nak drive keluaq pi tapau dinner sendiri, maka cheq pun buka sajalah aplikasi foodpanda kat smatpon dan teruih cari restoran Sri de Orkid untuk order bihun sup daging dan juga ABC dia satooo... bahang cuaca panas di Perlis sudah mula menyengat kembali sekarang ni, maka ais kacang kelihatan sangatlah menarik la niii 🤤🍧
Baiklah, cheq kupas pasai bihun sup daging lembu depa dulu. Bihun yang depa guna ialah bihun kuning yang biasanya menjadi pilihan para peniaga bihun sup utara. Sup daging lembu depa ni boleh tahan padu dan 'rich' rasa dia, dagingnya lembut betoi dan banyak pulak tu... langsung tak liat. Baguih depa ni memang tak kedekut daging dalam sup ni. Cheq pilih sambal cabai hitam untuk gu dengan bihun sup ni, boleh tahan ganaih pedas mengaum dia, pedas tahap pedih bibir, tapi sedap! Tak lengkap rasa bihun sup ni kalau tak bubuh cabai hitam tu. Bagi yang tak tahan pedas, buh separuh peket ja cukup dah. Cheq ni konpiden terlebih pi hentam bubuh semua sepeket sambal cabai hitam tu, maka mendapatlah cheq kepedasan yang melampau. Nasib baik ada order ABC juga, pengubat kepedasan yang very the effective 😂
Cheq bagi markah 4½ bintang per 5 bintang untuk bihun sup daging. Portion pun agak besar, sup tak kedekut, sedap dan berbaloi betoi dengan harganya 😎
Item seterusnya, ABC. Dia punya rasa tu memang betoi-betoi ais kacang yang real la, bukan yang style hipster apa benda tu. Rasa sirap dan susu dalam ABC ni cukup ngam lagi menggamit nostalgia. Portion pun cukup memuaskan, berbaloi dengan harga serta kesedapannya. Kacang tanah bakar depa bubuh hat sebiji-sebiji tu tau, bukan hat style ABC yang bubuh kacang tumbuk hancur yang merapu tu. Ini barulah kena gayanya, ABC kenalah ada kacang tanah bakar yang whole, so takda la orang nak terbatuk-batuk masa makan ABC disebabkan oleh kacang tanah hancur yang mengusik tekak. Selain pemilihan versi kacang tanahnya yang tepat, bahan-bahan lain yang best yang ada termasuklah cincau (lengkong), hirisan buah pala, nata de coco (sari kelapa), jagung, sagu dan biji selasih. Cheq bagi markah 4¾ bintang dari 5 bintang 😎
Baiklah, setakat ini sahaja entri food review cheq buat kali ini. Alhamdulillah. Ini pendapat personal tekak cheq saja naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana. Lain masa nanti cheq nak cuba depa punya nasi ayam panggang dan cendol pulut pulak 😎✨
Jumpa lagi di lain entri!
🙋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤