Salam semua! ππ»♀️✨
Cheq punya kagum dengan menu warung BIG TREE Western Court ni belum habih lagi dari weekend minggu lepas. Macam-macam ada baqhanggg... Ahad minggu lepas cheq order burger daging special, kentang goreng dan nasi goreng biasa. Petang Ahad baru-baru ni pula cheq try order burger daging biasa tambah keju, kentang goreng lagi, Nasi Goreng Cina dan minuman kopi ais pula π€π¬
Burger daging biasa tambah cheese (RM9.40), kentang goreng (RM8.60), Nasi Goreng Cina (RM11.50) dan minuman kopi ais (RM3.99) - harga dari aplikasi foodpanda πΌπ± |
Harga - Pada cheq, harganya boleh dikatakan sudah berpatutan dengan kualiti dan saiz/portion produk makanannya yang boleh tahan besar, serta kualiti servis penghantaran foodpanda yang cukup baik ππ»✨
Kelazatan - Burger daging biasa dia (cheq pilih tambah cheese as extra) ada beef patty Ramly burger, hirisan timun dan tomato, shredded cabbage, Cheddar cheese, mayonis dan sos cili yang pedas-pedas manja. Roti bun dia lembut, ada bijan putih dan hitam. Overall rasanya sedap dan cukup mengenyangkan, 4½ per 5 bintang cheq bagi π✨
Kelazatan - Burger daging biasa dia (cheq pilih tambah cheese as extra) ada beef patty Ramly burger, hirisan timun dan tomato, shredded cabbage, Cheddar cheese, mayonis dan sos cili yang pedas-pedas manja. Roti bun dia lembut, ada bijan putih dan hitam. Overall rasanya sedap dan cukup mengenyangkan, 4½ per 5 bintang cheq bagi π✨
Fries dia adalah dari jenis shoestring yang agak crispy dan langsung tak soggy atau lembik. Elok hasil gorengannya, lebih kurang sama macam yang minggu lepas. Saiz kentang goreng dia lebih besar dari typical fastfood chain punya fries. Sos yang diberi rasa macam sos tomato, ada rasa masam-masam buah sikit dan juga pekat. Cheq bagi markah 4 per 5 bintang untuk kentang goreng dia πππ»
Item seterusnya ialah Nasi Goreng Cina. Boleh tahan sedap rasanya, light and neat gitu flavor dia, tak rasa heavy macam nasi goreng biasa. Portion dia pun agak besar, macam untuk dua orang makan. Dalam nasi goreng cina ni ada beberapa ketulan daging ayam, telur ayam, lobak merah, lada putih, daun sup dan bawang. Cukup mengenyangkan. Cheq bagi markah 4 dari 5 bintang ππ»✨
Keberbaloian - Berbaloi memesan burger, fries, nasi goreng dan minuman kopi ais dari warung BIG TREE Western ni, dan juga berbaloi guna aplikasi foodpanda. Rider selalu tiba pada waktu yang dijangkakan, kadang-kadang lebih awai sampainya πππ»
Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat tekak cheq berkenaan burger daging biasa (tambah keju), kentang goreng, Nasi Goreng Cina dan kopi ais dari warung BIG TREE Western Court yang ada di Kangar, Perlis. Syukur Alhamdulillah π
Jom kita pakat support local businesses dengan lebih kencang! πͺπ»π✨
Jumpa lagi di lain entri!
π
π
kalau sedap mesti repeat kan. boleh cuba menu lain pulak.
BalasPadamMacam² ada dalam menu dia, rambang mata cheq nak pilih. Nanti nak try chicken chop pulak π
Padamsedap menunya sbb tu p ulang lagi
BalasPadamBetul² membuka selera π
Padamsedap laa kan sebab tu CS boleh repeat tu hehe :)
BalasPadamSedap dan berbaloi, convenient lagi sebab boleh order burger dan nasi goreng sekali dari satu tempat kedai makan saja π€ππ»
PadamFuuuu! Tengok kopi ais tuuuu... terus rasa dahaga!
BalasPadamBanyak ais depa bagi, dan kopi tak rasa cayaq... mantap! ππ»
Padam