Isnin, 14 Oktober 2024

Pekena Burger Daging Special dan Nasi Goreng dari BIG TREE Western Court

Salam semua! πŸ™‹πŸ»β€β™€οΈβœ¨

Kalau hangpa dok kat negeri Perlis, hangpa tau dak yang hangpa boleh order macam-macam jenis burger, sandwich, macaroni, spaghetti, chicken chop, ikan siakap, bihun goreng, nasi goreng, kuetiow Kung-fu dan lain-lain jenis makanan lagi dari warung BIG TREE Western Court, warung makan ala food court yang ada di Kangar kat jalan Pangkalan Asam tu? Cheq pun baru tau ni sebenarnya, hihi... 🀭😬

Nasi goreng biasa (RM9.50), burger daging special (RM10) dan kentang goreng (RM8.60) dari BIG TREE Western Court, Kangar Perlis - harga dari aplikasi foodpanda πŸΌπŸ“±

Lewat petang kelmarin cheq rasa macam teringin nak makan burger daging dan kentang goreng untuk makan malam, nasi goreng pun teringin gak (selera hantu tetiba πŸ˜‚)... tapi macam tak ada mood pulak nak keluaq pi cari burger dan nasi goreng pada waktu hujung minggu yang cuacanya tidak menentu ni, maka cheq pun ushar dan belek-belek selongkar aplikasi foodpanda sajalah, cari restoran mana yang boleh masak burger dan juga nasi goreng sekali. Scroll punya scroll, maka timbul la kedai makan dengan nama BIG TREE Western. Menu dia perghhh... very diversified gitu, macam-macam jenis makanan ada baqhanggg... πŸ€“πŸ‘πŸ»βœ¨

Harga - Pada cheq, harganya agak berpatutan dengan kualiti dan saiz/portion produk makanannya serta kualiti servis penghantaran foodpanda yang cukup baik πŸ‘πŸ»βœ¨

Kelazatan -  Burger daging special dia ada telur goreng ala Pattaya, beef patty Ramly burger, hirisan timun dan tomato, coleslaw kobis, mayonis dan sos cili yang tak pedas. Quite the typical Malaysian street burger gitu. Overall rasanya sedap dan cukup mengenyangkan, 4 per 5 bintang cheq bagi. Fries dia pula dari jenis shoestring yang agak crispy dan langsung tak soggy atau lembik, cantik hasil gorengannya. Saiz pun lebih besar dari typical fastfood chain punya fries. Sos yang diberi rasa macam sos tomato, ada rasa masam-masam buah sikit dan juga pekat. Cheq bagi markah 4 per 5 bintang juga untuk kentang goreng dia. Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana πŸ˜„



Item terakhir ialah nasi goreng biasa. Boleh tahan sedap rasanya, ada rasa smoky flavor dan portion dia pun cukup memuaskan. Rasa sup dia pun okay, padan lagi serasi dengan nasi goreng ni. Dalam nasi goreng biasa (yang agak mewah) ni ada beberapa ketulan daging ayam, telur ayam, lobak merah, sawi, kobis dan bawang. Sangat mengenyangkan. Cheq bagi markah 3ΒΎ dari 5 bintang πŸ‘πŸ»βœ¨


Keberbaloian - Berbaloi memesan burger, fries dan nasi goreng ni melalui aplikasi foodpanda. Kali ni cheq dapat guna voucher diskaun RM9. Rider pun tiba pada waktu yang dijangkakan πŸ˜ŽπŸ‘


Okeh, sekian dulu ulasan pendapat tekak cheq berkenaan burger daging special, kentang goreng dan juga nasi goreng biasa dari warung BIG TREE Western Court yang ada di Kangar, Perlis. Syukur Alhamdulillah 😊


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

14 ulasan:

  1. Balasan
    1. Thanks for dropping by my humble blog πŸ’–

      Padam
  2. fuhhh terus lapar sy tgk pg2 niπŸ˜€πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Breakfast pekena nasi goreng pun best kan, mem Anies? πŸ˜‹

      Padam
    2. mmg best. cuma sy kalau breakfast nasi goreng, make sure tu nasi baru. bkn nasi perangat. kalau x sy kompem akn mengantuk😁

      Padam
    3. First time ni cheq baca komen ada orang boleh rasa mengantuk kalau makan nasi perangat, kalau mengantuk sebab makan ketupat pulut tu biasa la πŸ€“

      Padam
  3. meriah sos burger tu nampak menyelerakan.

    BalasPadam
  4. dapnya berger n nasi goreng mana satu nk makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan kedua-duanya pun boleh πŸ˜†

      Padam
  5. Teringin nak try makan situ kalau ada kesempatan. Terima kasih Cik Suerin share port makan di Kangar.πŸ˜ŠπŸ‘πŸ»

    BalasPadam
    Balasan
    1. Situ buka petang sampai ke lewat malam, pagi dan tengah hari depa katup 🀭
      SamaΒ² PokNaa πŸ’–

      Padam
  6. Burger tu nampak meriah.. Terliur habis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Burger dia tak kedekut sos dan mayo πŸ˜†

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❀