Salam semua! ππ»♀️✨
Ramadhan Kareem! Entri kali ni cheq nak buka cerita pasai chicken chop yang sedap di Fara Bistro π
Chicken Chop (RM13), salah satu hidangan western di Fara Bistro kat Alor Lanchang, Perlis. |
Ini cerita masa sebelum masuk bulan Ramadhan lagi, ada satu petang tu cheq pi jalan-jalan merendek area Alor Lanchang pastu singgah Fara Bistro untuk tapau dinner. Lepas belek-belek menu dia, cheq pun pesan la chicken chop dan nasi goreng cina. Kedai makan ni buka jam 5 petang hingga 12 tengah malam. Cheq dapat tau yang bulan Ramadhan pun depa beroperasi, jadi bolehlah kalau nak berbuka di sini ataupun tapau bungkus juadah berbuka ππ»✨
Pada pendapat tekak cheq, chicken chop dan nasi goreng cina di sini boleh tahan sedaplah, portion pun agak besar dengan harga yang berpatutan... maka penilaian cheq adalah seperti berikut:
Harga - Pada cheq, ianya berpatutan dengan kualiti, kesedapan dan portion size hidangannya π
Kelazatan - Chicken chop dia crispy rangup di luar, lembut moist elok di dalam. Sos gravy dia pun ngam padan elok saja sebab rasa lada hitamnya tak pekat, mild saja gitu. Salad coleslaw dia boleh tahan sedap dan kentang gorengnya pun okay cuma kurang crispy sikit. Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang untuk chicken chop. As for nasi goreng cina (RM7) pula, cheq bagi markah 3¾ bintang dari 5 bintang. Markah 3¾ bintang tu bukanlah bermakna makanan tu tak sedap tau, cumanya cheq pernah makan nasi goreng cina yang lebih sedap daripada yang ni. Rasa nasi goreng cina yang ni ada macam smoky flavor sikit, tapi bila dimakan sekali dengan sup dia, ada improvement la dari segi taste and texture tu. Ni pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana π
Keberbaloian - Berbaloi dari segi harga yang berpatutan dengan portion size hidangan, kesedapan rasa makanan dan juga masa menunggu yang agak singkat, kurang dari 20 minit gitu π€ππ»
Keberbaloian - Berbaloi dari segi harga yang berpatutan dengan portion size hidangan, kesedapan rasa makanan dan juga masa menunggu yang agak singkat, kurang dari 20 minit gitu π€ππ»
Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan chicken chop dan juga nasi goreng cina di Fara Bistro. Syukur Alhamdulillah π
Jumpa lagi di lain entri!
π
π
sedapnya chicken chop... bazar kat sini x de org jual chicken chop. kalau ayam goreng tu ada laa
BalasPadamLebih kurang macam bazar kat sini juga la, ayam goreng mesti ada. Chicken chop ni cheq beli kat kedai makan, Fara Bistro namanya π€
Padamp/s salam ramadan cik suerin✌️
BalasPadamRamadhan Kareem! π✨
Padamsedap sangat rasanya mesti berbaloi harganya
BalasPadamChicken chop ni memang antara yang paling sedap pernah cheq makan π€ππ»
Padamberbaloi dgn harga...sedap pulak tu, makan pun dgn rasa gembira..
BalasPadamBetoi tu KakNO, dapat makan dengan gumbira π
PadamYang penting nak dengar yang berbaloi tu...
BalasPadamYes uncle, berbaloi itu aspek yang sangat penting π
Padampaling penting tang "berbaloi dgn harga" baru puaihh hati makan hehe
BalasPadamBetoi tu π
Padam