Jumaat, 9 September 2022

Aiskrim Mochi Boba ni Sedap ka?

Salam semua! 🙋🏻‍♀️✨

Salam September dan salam cuti sekolah dah nak habis... jom sembang pasai aiskrim viral yang sudah mendapat pelbagai reaksi dari warganet kita, iaitu aiskrim Mochi Boba, keluaran Nestle. Sudah beberapa bulan aiskrim makanan 'Jepun kacuk Taiwan' ni berada dalam pasaran tempatan kita, cuma cheq saja yang baru berkesempatan nak merasa 😋😆


So, sedap ka aiskrim Mochi Boba ni? Sedaplahhh... aiskrim ni rasanya akan menjadi aiskrim kedua favorite cheq (pertama di hati ialah aiskrim Nescafe cappuccino) selagi ianya wujud di pasaran. Rata-rata reviews dari warganet kita, ada yang kata rasanya tak sedap, ada yang kata okay, ada yang kata gabungan tak kena langsung, ada yang kata sesuai ja no problem, dan ada yang kata sedap sangat... reaksi yang pelbagai nampaknya 🤭😬

Pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

Harga - Pada cheq, RM3.50 tu sudah berpatutan dengan kualiti produk aiskrim yang unik dan berperisa inovatif macam ni. Pembungkusan dia pun cantik dan cukup kemas demi menjaga kualiti produk agar tidak mudah mendapat cela 🧐🤏🏻

Kelazatan - Cheq bagi markah 4½ bintang dari 5 bintang. Sedap maa... konfeksi sejuk beku perisa gula perang dengan pastri beras pulut (mochi) dan bebola mutiara (boba) perisa gula perang. Kiranya ini ialah aiskrim kacukan (fusion) antara makanan Jepun dan Taiwan, dan hasilnya... quite marvelous pada cheq. Tekstur kuih mochi yang lembut dan kenyal dipadankan dengan aiskrim gebu serta boba kenyal yang manis dengan gula perangnya, fuhhh... tang mana yang tak sedapnya tu? Hihi well, masing-masing punya citarasa yang berbeda 🤭😬

Keberbaloian - Berbaloi. Berbaloi dengan secebis kebahagiaan yang hadir menjelma di kalbu, walaupun untuk seketika cuma hadirnya. Tapi... boba ni tak boleh dimakan selalu ya, difahamkan yang boba (tapioca pearls/balls) sebenarnya tidak begitu mesra sistem penghadaman, jadi makan sikit saja sudahlah naa, sekali-sekala takpa 😳🤭


Okeh, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan aiskrim Mochi Boba, keluaran NestleSyukur Alhamdulillah 😊 




Jumpa lagi di lain entri!
🙋

10 ulasan:

  1. Rasa nak cuba aiskrim ni lepas baca review CS.

    BalasPadam
  2. teringin ni...hehe...jarang makan boba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wajib cuba ni kalau dah teringin tu KakNO 😆

      Padam
  3. tengok bambar dia macam pau pun ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pau inti aiskrim dan boba.. haa tu bakal jadi idea baru nanti uncle 😆

      Padam
  4. sedap ya? sy dah nmpk byk kali tp x beli2 jg hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak cukup menarik pada mem besar la tuu 😂

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤