Ahad, 12 Disember 2021

Ada Burger TomYam dan TomYam Fries pula di Marrybrown

Salam hujung minggu! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

TomYam Burger (single) - RM8.50 & TomYam Fries (R) (single) - RM5.30. Harga dari aplikasi FoodPanda.

Petang tadi cheq terdetik nak pekena burger and fries terbaru edisi TomYam yang ada di Marrybrown tu, maka... apa lagi, FoodPanda sajalah senang cerita... πŸΌπŸ“±πŸ˜†

Baiklah, pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

Harga - Pada cheq, harga TomYam burger ni sudah berpatutan dengan kualiti dan saiznya, serta kualiti servis penghantaran FoodPanda yang cukup baik πŸ‘πŸ»✨

Kelazatan -  Burger ni ada fillet ayam goreng yang berperisa TomYam pedas-pedas manis manja gitu, tak rangup dan tak tebal tetapi sudah cukup sedap dan mengenyangkan pada cheq. Roti bun burger ni pula sedap dan lembut macam biasa, dan kuantiti sayur lettuce serta mayonaisnya juga menepati citarasa cheq. Secara keseluruhannya, cheq bagi markah bintang dari 5 bintang πŸ‘πŸ»✨

TomYam fries tu pun cheq bagi markah 4 bintang juga sebab kerangupan serta kesedapannya adalah seperti yang dijangkakan, pastu kuantitinya juga bersesuaian untuk dianggap regular size πŸ˜Ž

Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana πŸ˜„

Keberbaloian - Berbaloi memesan burger and fries TomYam ni bila ada mai rasa teringin nak pekena fastfood ala Thai flavor, dan juga berbaloi guna servis FoodPanda apabila kita tadak mood nak mask up and drive out pi keluaq semata-mata kerana nak cari bege dan beratoq panjang pada hari hujung minggu. Rider pun sampai tepat dan kadang-kadang lebih awai daripada waktu yang dijangkakan πŸ˜ŽπŸ‘


Okeh, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan TomYam Burger dan TomYam Fries dari Marrybrown cawangan Arau, Perlis. Syukur Alhamdulillah 😊


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

16 ulasan:

  1. Enjoy your meal :) greetings from Turkey...

    BalasPadam
  2. Pertama kali jumpa fries flavour tom yam. Tiba-tiba rasa nak makan tom yam pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali sekala teringin makanan ala Thai pulak πŸ˜‹

      Padam
  3. nampak sedap pula menu baru marrybrown. lama tak order nanti boleh cuba menu burger tomyam ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila sila, tapi kena cepat sebelum habis promosinya πŸ€“

      Padam
  4. wahh..ada burger tomyam..menarik ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum ni fastfood brand semua dok pakat demam Korea ja kan, kali ni tukar selera ke Thailand pulak 😬

      Padam
  5. Dah cuba hari tu. Suka fries tu. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuai perisa TomYam dengan kentang goreng ni πŸ€“πŸ‘πŸ»

      Padam
  6. Teringin pula hendak cuba. Produk Marrybrown memang tidak mengecewakan.

    BalasPadam
  7. Belum cuba rasa lagi burger dan fries tomyam dari Marrybrown. Kalau beli Marrybrown kita aim bubur pedas tu je lah. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bubur ayam dia pun sedap, all time fav tu πŸ˜‹

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤