Sabtu, 23 Oktober 2021

Nak Buat Apa dengan Ubi Yacon yang Banyak ni? Kimchi?

Salam semua! 🙋🏻‍♀️✨...kenai dak ubi yacon tu macam mana? Siapa kat sini yang biasa makan ubi yacon? 🧐✨

Pertama kali cheq diperkenalkan dengan sejenis ubi yang macam keledek tapi bukan keledek, isinya pula macam sengkuang tapi bukan sengkuang ni... namanya Yacon. Unik sungguh kejadiannya sampai pening cheq dok pikiaq macam mana nak makan ubi yang datangnya dari Cameron Highlands ni. Kakak cheq yang beli ubi nih, tapi dia sendiri tak tau nak buat apa dengan yacon ni semua. Boleh pulak lagu tu noh? 😅🤷🏻‍♀️

Jenuh gugel resipi-resipi yacon yang sesuai dengan selera dan mudah untuk dimasak. Walaupun rupa luarannya macam ubi keledek, tekstur isinya langsung berbeza. Berbeza yang amat! Yacon ni kalau direbus, dia tak akan jadi lembut macam keledek pun. Tekstur isinya tetap rangup crunchy, macam sengkuang yang manis. Dalam banyak-banyak resipi tu, satu pun cheq tak berkenan... sup ayam yacon la, jus yacon la, salad yacon la... ishh, macam tak sesuai ja rasanya. Akhirnya cheq terfikir pasai kimchi. Amacam kalau di-kimchi-kan saja yacon ni semua, bagi jadi macam kimchi lobak putih kkakdugi tu? Mungkin sedap kan? Cheq pun teruslah mencari 'yacon kimchi recipe' kat Youtube. Jumpa satu video (video macik Korea, tanpa English subtitle). Aigooo... hentam sajalahhh 🤷🏻‍♀️😅

Akhirnya, cheq ambil keputusan untuk kimchi-kan saja yacon ni. Cheq modify sikit resipi macik Korea tu dengan memilih untuk bubuh Sos Kimchi Otafuku (beli melalui Shopee) dan juga bawang merah. Cheq tak bubuh daun bawang (sebab takdak dan takmau keluaq pi cari) 😂

Hasilnya? MANTAP! Sedap baqhianggg... sungguh! 5/5 bintang cheq bagi!! 😆👍🏻👍🏻👍🏻

Bahan-bahan:

➤ Ubi yacon (≅ 800g, dipotong kiub)

➤ Sos Kimchi Otafuku (≅ 100ml)

➤ Serbuk cili (≅ 1 sudu besar)

➤ Halia segar (≅ 1 inci, disagat halus)

➤ Bawang putih (3 ulas, disagat halus)

➤ Bawang merah (1 ulas, dirincik halus)

➤ Bijan putih (1 sudu besar)

*Kuantiti bagi setiap bahan boleh diubah suai mengikut citarasa masing-masing naa... 👩🏻‍🍳👌🏻

Kaedah:

1. Basuh dan kupas ubi yacon dengan menggunakan hand peeler. 

2. Potong ubi yacon menjadi kiub-kiub kecil (≅ 1.5㎤), kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang besar.

3. Masukkan sos kimchi, serbuk cili, halia, bawang putih, bawang merah dan bijan ke dalam mangkuk berisi yacon tadi dan gaul sehingga sebati. Siap. Boleh dimakan dah ni 😋

4. Akhirnya, masukkan kimchi yacon ke dalam beg plastik ziplock atau bekas kedap udara untuk disimpan di dalam peti ais (bahagian refrigeration, bukan freezer).

*Lama mana kimchi yacon ni boleh bertahan dan elok untuk dimakan? Setakat ni dah nak masuk 2 minggu kimchi yacon cheq tu dok dalam peti ais (baki yang belum habis dimakan)... masih elok, sedap dan crunchy lagi walaupun warnanya sudah berubah menjadi makin gelap. Bercakap pasai warna gelap ni kan, ubi yacon ni cepat berubah warnanya menjadi coklat gelap setelah disagat. Selain potong kiub, cheq ada juga buat kimchi yacon versi sagat. Saja nak cuba tengok macam mana jadinya kan, maka... hasilnya ialah kimci yacon warna coklat gelap (lebih kurang macam warna kulit dia sendiri) 😂👇🏻

Kimchi yacon versi sagat. Walaupun rupanya tidak seberapa, gelap lagi tidak menarik, namun rasa kimchi yacon sagat ini sangatlah sedap tau! Tak percaya? Boleh cuba buat sendiri nanti kalau berani 🤣

Kimchi yacon ni sedap dimakan bersama nasi, mi goreng, mi segera, buat pajeon, buat kimbap dan bermacam lagi cara yang sesuai untuk menikmati kimchi yang seperti lobak putih (kkakdugi) ni. Kalau nak dibandingkan kimchi lobak putih dengan yacon ni, cheq lebih suka kimchi yacon. Yacon sangat sesuai dan sedap dijadikan kimchi! 👏🏻🤓👍🏻✨

Kimchi yacon cheq, versi sagat dan juga kiub. Sedap baqhianggg... 😋👍🏻✨

Jumpa lagi di lain entri!

🙋

16 ulasan:

  1. Nampak pun sedap, ala ala rojak tapi kuah korea kan ni, macam sengkuang segar bersos, tentu enak. Salam berhujung minggu cheq :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti nak try makan dengan kuah rojak pulak, nice idea 🤓

      Padam
  2. Pertama kali dengan nama ubi Yacon. Kreatif betul CS sampai jadikan kimchi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi timakasih JR, kreativiti datang saat ianya diperlukan 😆

      Padam
  3. Pertama kali tahu ada yacon di Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la kan, macam-macam ada di Cameron Highlands 🤓

      Padam
  4. rasa ubi yacon ni mcm sengkuang jugak ka?
    hebat-hebat...kekoreaan sungguh hang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kurang la macam sengkuang, crunchy juicy camtu 🤓

      Kekoreaan sebab suka tengok channel KBS dan TVN, cheq terpengaruh 😂

      Padam
  5. tak pernah makan ubi ni..suka radish kimchi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau KakNO suka kkakdugi, mesti KakNO akan suka yacon kimchi juga 🤓

      Padam
  6. Belum pernah makan lagi buah ubi yacon ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la WP cuba nanti bila ada kesempatan, makan dengan kuah rojak pun sodappp 🤓👍🏻

      Padam
  7. nampak sungguh menyelerakan tu

    BalasPadam
  8. ada benih pokok ni kah? saya nak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada benih dia 😅
      Cuba cari di Shopee tengok mungkin ada? 😃

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤