Salam semua! Anneyeonghaseyo! ππ»♀️✨
|
THINK Q CAFE - Beef Bibimbap (RM14.10), Kimchi Bokkeumbap Cheese (RM15.90) & Cheesy Fries (RM8.50). Harga dari aplikasi FoodPanda. |
Baru-baru ni, cheq rasa teringin sangat nak pekena makanan Korea. Dah dok rajin tengok cerita Korea kan, ada banyak pula adegan makan-makan dalam cerita-cerita Korea tu... bibimbap la, gimbap la, pajeon la, bulgogi la... terlioq cheq. Usya FoodPanda app., tengok-tengok ada kedai makan yang jual makanan Korea di Kangaq! THINK Q CAFE namanya. Halal ka? Ehhh... mestilah! π§π
Baiklah, penilaian cheq adalah seperti berikut:
Harga - Pada cheq, harganya sedikit up berbanding kualiti dan rasa makanannya. Kualiti servis penghantaran FoodPanda pula sudah sememangnya baguih ππ»✨
Kelazatan - Nasi Campur Daging (Beef Bibimbap): Cheq bagi 3½ bintang dari 5 bintang.
Meriah rupa nasi campur Korea ni, ada macam-macam bahan. Ada daging lembu, lobak merah, kimchi kobis panjang, cendawan, bayam, telur mata lembik dan sambal Korea. Bau minyak bijannya 'harum semerbak' bila cheq buka penutup bekas dia. Cheq suka. Rasa 'sambal' cilinya tidak pedas mana dan agak sesuai dengan tekak cheq, tapi dagingnya agak liat. Portion bibimbap ni besar jugalah, boleh dikongsi dua orang. Cukup mengenyangkan. Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana kennn... π€
Nasi goreng Kimchi + Sos Keju (Kimchi Bokkeumbap Cheese): Not so bad, yang ni cheq bagi 3 bintang dari 5 bintang.
Nasi goreng kimchi ni ada isi ayam di dalamnya. Agak pedas menyengat rasanya tetapi dengan adanya sos keju yang sangat creamy tu, kepedasannya dapat diatasi dengan berkesan. Portion agak besar, boleh dikongsi dua orang. Cukup mengenyangkan π§
Kentang goreng berkeju (Cheezy Fries): Yang ini cheq bagi 2½ bintang dari 5 bintang.
Kentang goreng dah lembap disebabkan oleh sos kejunya yang banyak tu sudah siap dicurah ke fries ni... erk, awatlah sos keju dia tidak disediakan di dalam peket yang berasingan...? Maka, ini tidak begitu kena dengan selera cheq, tapi bolehlah ku gagahi jua π
Keberbaloian - Berbaloi memesan bibimbap saja la dari cafe ni, yang lain tu agak out. Nanti cheq nak cuba menu items dia yang lain pula, tengok OK ka dak. Berkenaan FoodPanda delivery pula, memang berbaloi-baloi. Rider FoodPanda tiba beberapa minit lebih awal daripada waktu yang dijangkakan ππ✨
Okeh, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan bibimbap daging, bokkeumbap kimchi berkeju dan kentang goreng berkeju dari THINK Q CAFE. Syukur Alhamdulillah π
Jumpa lagi di lain entri!
sedapnya nasi goreng korea
BalasPadamSekali skala pekena nasi goreng kimchi okeh la, kalau selalu boleh jadi jemu π¬
PadamRindunya nak makan bibimbap. Tapi tak ada restoran yang jual makanan Korea berdekatan.
BalasPadamNanti ada la tu, JR π€
PadamSepatutnya sos keju tu depa bubuh dalam bekas plastik comei dan buat dipping sauce ja kan, bukan siram teruih camtu untuk takeaway π
BalasPadamTu la pasai uhuhuu..π
PadamSedap nampak makanan korea, menarik hidangannya.. Macam nak try jugak..
BalasPadamSila sila π€✨
PadamWah nampak sedap..! lama tak layan makanan korea
BalasPadamSekali sekala teringin π
Padamtak pernah sekalipun makan makanan korea... sebab tekak MY agak memilih sikit...hihihi.. payah nak terima benda baru
BalasPadamAlaa MY cuba la dulu sekali, mana tau kot2 buleh berkenan kan? Try la kimchi, pedas2 masam gitu rasa dia π€
Padambibimbap tu nampak sedap..
BalasPadamBoleh tahan sedap dia π€ππ»
Padam