Ahad, 23 Mei 2021

PANDA Datang dengan Membawa Nasi Kandar dari Marrybrown

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam Syawal 1442H! Selamat beraya dalam PKP buat semua πŸ˜·πŸ™‚

Nasi Kandar Mb (1 pc - Single) - RM13.10 (harga dari aplikasi FoodPanda)

Nasi Kandaq Mb ni bukanlah menu item yang baru, cuma cheq ni saja yang baru rasa nak mencubanya. Tak ada mood nak drive keluaq pi beratoq kat Mb yang ada di Kangaq mahupun yang di Arau, maka cheq pun carilah nasi kandaq dalam menu Mb yang ada dalam aplikasi FoodPanda saja... voucher pun ada yang boleh dipakai ni, elok sangatlah digunakan segera πŸ˜†πŸΌπŸ“±

Baiklah, pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

Harga - Pada cheq, harganya berpatutan dengan kualiti dan kuantiti nasi kandaqnya yang bersesuaian serta kualiti servis penghantaran FoodPanda yang cukup baik πŸ‘πŸ»✨

Kelazatan - Cheq bagi markah 4½ bintang dari 5 bintang. Kuantiti nasi dia cukup banyak dan mengenyangkan pada cheq, dan kuah kari dia pun serius mantap. Ayam gorengnya (Spicy Hotouch) sedap dan rangup di luar, lembut di dalam macam biasa. Kacang panjang rebus dan popadom goreng pun ada. Telur rebus dapat sebiji. Baru sekarang cheq sedar yang nasi kandar Mb ni boleh tahan sedap rupanya, awat entah selama ni tak pernah nak order pun. Nanti cheq nak order ni lagilah πŸ˜†πŸ‘πŸ»

Keberbaloian - Cukup berbaloi nak guna servis FoodPanda ni lagi-lagi pada "zaman PKP" sekarang ni... cepat, selamat serta menjimatkan masa πŸ‘πŸ»


Okeh, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan Nasi Kandar dari Marrybrown. Syukur Alhamdulillah 😊

Support Marrybrown, support our local brand πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»




Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

12 ulasan:

  1. Greetings from Turkey:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Cam for dropping by πŸ˜„

      Padam
  2. tak pernah try lagi makan nasi kandar marrybrown. nampak sedap..boleh cuba nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila silalah cuba πŸ‘πŸ»✨

      Padam
  3. Wow 4.5 bintang makna hampir sempurna rasa dan sangat sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap ni πŸ€“πŸ‘πŸ»

      Padam
  4. nasi kandaq menyandaq seap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pekena nasi kandaq sampai kenyang tersandaq πŸ˜†

      Padam
  5. Salam Syawal Cik Suerin..

    nasi kandar ni kuah dia yg buat sedap..tak pernah try yg MB..RM13.10 berbaloi dgn harganya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Syawal KakNO πŸ€πŸ»πŸ§•πŸ»

      Betoi tu, kuah dia tak boleh fail πŸ€“

      Padam
  6. ada saham dggn panda ke ni? selalu guna nampaknya hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tadak aih, saja ja cheq suka boh tajuk lagu ni.. bagi lain dari yang lain sikit πŸ˜‚

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤