Isnin, 2 November 2020

Kepok Ikang KAKMU yang Mari dari Ganu Kito

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, entri review produk makanan datang lagiii (ya, topik makanan ni memang menarik 😂😋). Siapa kat sini yang suka makan kepok ikan yang rangup 'krup krap' tu? 😋👍🏻

KEPOK KAKMU (RM16/500g) serta coleknya (RM4.50) - harga dari aplikasi Shopee (seller - mizyima)

Baru-baru ini cheq dok rasa macam teringin sangat nak pekena kepok ikan yang rangup 'krup krap' tu kan, jadinya cheq pun cari saja kepok ikan segera di Shopee. Ya Shopee, jalan paling mudah untuk cari apa saja produk pada zaman sekarang ni la katakan... "Jangan main-main, beli di Shopee, tak payah lain-lain", bak kata Phua Chu Kang 😂😆


Baiklah, pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq berkenaan Kepok Kakmu adalah seperti berikut: 

Harga - Pada cheq, ianya berpadanan dengan kesedapan, kualiti serta kuantiti produk makanannya 👍🏻 

Kelazatan - Cheq bagi markah 4½ bintang dari 5 bintang. Sedap, nipis dan rangup 'krup krap' betoi! Rasa ikannya terserlah dalam keropok ni, memang betul-betul 'mari dari Ganu' la kiranya. Bagi mereka hok yang gemar 'makang' kepok 'ikang' tu, cheq rasa mungkin depa akan terpikat dengan KEPOK KAKMU ni 😄

Keberbaloian - Berbaloi dengan harganya sebab rasanya sedap serta teksturnya rangup memenuhi ekspektasiku. Pembungkusannya pun baguih, bubble wrapped dalam kotak untuk memelihara keadaan produk dengan seeloknya. Confirm la cheq akan repeat order ni lagi nanti bila ada mai rasa teringin nak 'krup krap' kepok ikang dari Ganu lagi 😆


Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan Kepok Kakmu yang cukup marvelous niSyukur Alhamdulillah 😊




Jumpa lagi di lain entri!
🙋

32 ulasan:

  1. Kudapan sedap. Kena goreng berkali kali ni. sekali hadap habis terus. Itulah kan, sekarang ni shopee semua ada. order je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hat ni tak payah goreng dah, bukak peket dia paihtu ngap teruih ja..layannn 😋👍🏻

      Padam
    2. senang tak payah goreng dah. kita suka yang bersira sambal pedas tu kalau kopok gini :)

      Padam
    3. Hat bersira tu kekadang cheq layan juga 😋

      Padam
  2. Alhamdulillah ikut selera Cik Suerin.
    Mesti hati berbunga-bunga apabila makan keropok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, memang terasa nikmatnya dapat makan kepok ikan yang sedap di depan TV sambil melayan K-drama 😂

      Padam
  3. macam sedap je...ni sambil tengok tv tak sedar habis ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu yang cheq beli 1kg teruih tu..lambat sikit nak habih 😂

      Padam
  4. Waalaikumussalam.
    Sedapnya kepok ikang wat kudap-kudap. Makan dengan nasi pun sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betoi tu! Makan dengan nasi kerabu ni sedappp 😆

      Padam
  5. Saya pun suka makan ni. Cuma sos colek susah nak dapat yang sedap. Sos cili biasa je la layan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try la sos colek kepok ni, boleh tahan sedap sos colek dia 👍🏻✨

      Padam
  6. Nampak sedap. Keropok ikan ni salah satu makanan favourite.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap kepok ni JR, sila cuba 😆

      Padam
  7. mmg layan makan kepok ni..yang dah sira sambal tu pun sedap gak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang dah sira tu cheq tak berapa nak layan sangat, sebab dah tak brapa nak rangup 😬

      Padam
  8. sedap tu kopok ikang ganu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap kepok ni KakPI, cuba la 😆

      Padam
  9. Wahhh sedap ni. Nak order jugakla. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila sila, authentic rasa kepok Ganu ni..😋

      Padam
  10. terima kasih untuk info ni. klau ada di shopee senang lepas ni, hoder saja... hoder.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shopee memang best nak hoder apa-apa barang pun hihi, banyak free shipping vouchers dok ada ni 😆

      Padam
  11. Senang bila semua ada ada di hujung jari. Tinggal order je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada banyak offer diskaun dan free shipping lagi..huiii 😆

      Padam
  12. Sedap keropok ikan macam ni. Yang bersira sambal tu pun sedap juga. Makan tak boleh nak stop. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap dia bagi ketagih..bahaya jugak tu 😂

      Padam
  13. kepok ni ralittt ni kalau dapat.. makan sambil tngk tv..
    sedapp.. suka jenis nipis garing. cicah sos pulak.. ades..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ghalit sungguh dok krup krap sampai habih 😆

      Padam
  14. Saya suka keropok ni!! Ya Allah nampak sedapnya... Sabar je lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shopee, Shopee..jangan main-main, beli di Shopee, tak payah lain-lain 🎵😂

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤