Ahad, 30 Ogos 2020

S.O.S Sensasi Ohsem Smokey BBQ Mb yang Hitam Burgernya!

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, apa habaq? Seronok ka cuti-cuti di kala PKPP sempena menyambut ulangtahun hari kemerdekaan Malaysia yang ke-63 ini? Pakat-pakat prihatin la kita noo, kita jaga kita πŸ€“✨

Petang kelmarin cheq merendek jalan-jalan ke Kangaq sekali dengan sepupu cheq. Kami ada singgah ke Marrybrown Kangar setelah selesai membeli-belah barangan keperluan di Giant Hypermarket. Memang tengah mood nak makan burger ayam kelmarin jadi cheq pun otomatislah ajak beliau ke Marrybrown untuk tapau makan malam teruih. Tengok-tengok ada promosi hot items yang baru... ada burger SOS BBQ kaler hitam! Haa memanglah nak kena cuba nih! πŸ˜†πŸ§

SOS BBQ BURGER Mb (single, takeaway) - RM10.20

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, boleh dikatakan harga burger ni berpadanan dengan kelazatan serta saiz produk makanannya 😎

Kelazatan - Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang. Saiz burger ni sudah cukup memuaskan pada cheq. Fillet ayam gorengnya gemuk dan besar, isinya lembut moist di dalam, rangup di luar. Kuantiti sayur iceberg lettuce dia boleh dikatakan agak mewah, ngam betul dengan selera cheq yang sukakan sayur. Roti bun dia pun lembut dan tidak kering walaupun warna dia hitam πŸ˜†. Sos BBQ dia? Haa... ni yang special nih, memang ada rasa smokey BBQ flavor yang jelas dan agak pedas. Pedasnya ni boleh bagi perut rasa panas sikit, tapi takdak la sampai menyengat. Overall, sedap! Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana πŸ˜„

Keberbaloian -  Berbaloi dengan harganya sebab memang sedap dan cukup mengenyangkan. Rasa macam nak repeat order lagi ni selagi boleh πŸ˜‹


Okeh, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan burger SOS BBQ Marrybrown. Gembira cheq dapat menikmati burger ayam yang memang ngam dengan selera cheq. Syukur Alhamdulillah 😊

Support Marrybrown, support our local brand πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»



Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

20 ulasan:

  1. Rupa pun nampak sedap. Tak pernah cuba lagi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesedapan dia berpadanan dengan rupa, memang sedap burger ni πŸ˜‹

      Padam
  2. teruih rasa lapaq...bun dia agak scary..haha..waa..nmpk ayam goreng dlm gambaq..mcm ayam goreng korea noo..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hitam tu elegant apa..πŸ˜‚
      Ayam goreng tu kalau buh bijan memang ada rupa macam ayam goreng korea πŸ€“

      Padam
  3. 4 dari 5 bintang, ok sangat dah tu :)

    BalasPadam
  4. Güzel bir inceleme olmuş 😊 teşekkürler paylaşım için...

    BalasPadam
  5. Sedapnya tengok burger dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap dan mengenyangkan! πŸ‘πŸ»

      Padam
  6. sedapnyaaa tengok pun dah terliur dah ni

    BalasPadam
  7. Selalu kita beli nasi je kat MB. Nanti nak try burger jugaklah. cam nampak sedap tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi lemak dia wangi sungguh kan? πŸ˜„
      Burger dia pun sedap jugak, paling cheq suka Hotouch burger πŸ‘πŸ»

      Padam
  8. sampai terkeluar ayamnya ya ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu yang berbaloi dengan harga tu, sedap pun sedap! πŸ‘πŸ»

      Padam
    2. yg penting sedap. x sedap, hang bako je mb ni hahahahahahahah

      Padam
  9. Menariknya. Dah lama tak makan Marrybrown. Nanti boleh try.

    BalasPadam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤