Ahad, 6 September 2020

Resipi Udang Goreng Butter + Sos Tiram yang Terbaik Baq Hang!

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, siapa kat sini yang belum pernah makan udang masak dengan butter dan sos tiram? Sedap gila baq hanggg... rugi kalau tak cuba resipi nih! πŸ˜‹


Udang. Cheq ni suka makan udang... lagi-lagi kalau dapat udang Harimau atau udang Putih yang mok-mok (gemuk). Cheq ni jugak seorang yang agak particular bab penyediaan udang tu sebelum udang tu kena masak. Kebiasaannya cheq dok nampak udang tu dimasak teruih tanpa dibuang urat najisnya (usus) terlebih dahulu. Iyekkk... cheq cannot. Cheq sedih. Lagi besar saiz udang tu, lagi besar la saiz urat najis kat belakang badan dia tu kan... pulak tu bertambah sadis lagi kalau tengok udang besar yang dimasak tanpa dibersihkan langsung, lengkap semua anatominya dibiarkan tercantum indah untuk dihayati πŸ˜‚

Seriuslah, mohon kopek dan buanglah dulu bahagian mana yang patut dibuang tu sebelum mula memasak udang tu noo... lagi satu, udang ni tak boleh dimasak lama-lama sangat, nanti tekstur dia berubah menjadi keras kenyal macam getah pemadam. Orang putih kata 'rubbery texture'. Paihtu, mula la dok cerita kata udang ni tak sedap... keras la, rasa macam getah la, udang ternak makan pallet ja sebab tu tak elok la apa... πŸ’€ dia, padahai udang tu jadi macam tu sebab ianya telah dimasak dalam kesesatan πŸ˜‚

Baiklah... cheq takmau berletiaq banyak 🀭... berikut adalah bahan-bahan serta metodologinya:


▶ Bahan-bahan:

✎ Udang laut (lebih kurang 250g)
✎ Butter (⅓ bar)
✎ Sos tiram (3 sudu besar)
✎ Bawang putih (4 ulas, dicincang)
✎ Halia (1 sudu besar, dihiris mancis)
✎ Daun bawang (sepokok saiz sederhana, dipotong kasar)
✎ Gula (secukup rasa) 


▶ Cara-cara:

1. Tumiskan bawang putih dan halia di atas api sederhana besar bersama butter sehingga bawang putih dan halia jadi agak lembut, kemudian masukkan sos tiram.

2. Rasa sedikit, kemudian tambahkan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air kalau nak kuah dia jadi cair sikit, kemudian masukkan daun bawang.

3. Masukkan udang yang telah dibersihkan seeloknya (dibuang kepala, kulit dan urat najisnya), dan goreng selama lebih kurang 3 minit. Siap... makanlah masakan udang ni dengan nasi panas-panas πŸ˜‹


Sekian, beginilah caranya cheq memasak udang goreng butter + sos tiram yang mudah, cepat dan semestinya mengikut selera cheq. Maaflah kalau resipi ni tidak mengikut selera hangpa noo... kalau nak bagi ada rasa 'kick' sikit, hangpa boleh buh cili api sebutir dua 🌢πŸ”₯🌢πŸ”₯



Jumpa lagi di lain entri! 
πŸ™‹

23 ulasan:

  1. Senang resipi rupanya.
    Lawak kata dimasak dalam kesesatan. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..kalau nak kata dalam 'kegelapan' pun boleh jugak πŸ˜‚

      Padam
  2. Thanks for your sharing 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks for always dropping by 🌼

      Padam
  3. hahahahha masak dalam kesesatan tu buat ammi gelak besaq..
    boleh try ni..tq kasi idea

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi sama-sama..try jangan tak try πŸ˜†

      Padam
  4. sajaaaa je kan tayang2 kat org yg x leh mkn udang ni hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak....mem kita ni allergic kat udang ka..baru cheq tau πŸ˜…

      Boleh try ganti udang dengan ayam atau daging lembu/kambing πŸ§πŸ€“

      Padam
    2. heheh tp x de laa alergi teruk mn pun still boleh mkn. sebulan sekali je dlm kuantiti sedikit ;-)

      Padam
  5. terasa2 keenakkan nya ditekak ni hehe

    BalasPadam
  6. Tengok dalam gambar pun dah nampak menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah JR cuba resipi ni bila ada plan nak masak udang nanti πŸ€“✨

      Padam
  7. Resepi mudah nie. Boleh masuk dalam koleksi resepi hehehe

    BalasPadam
  8. Sedap tu udang. Besor² saiznya. Tapi ruby belum masak resepi butter + sos tiram. Tq cik sue share. Boleh cuba akan datang.

    Jangan masak udang dalam kesesatan. πŸ˜‚πŸ˜‚

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi betoi tu..jangan masak dalam kesesatan mahupun kegelapan πŸ˜‚

      Padam
  9. Sedapnya lauk udang. Macam sedap je goreng butter sos tiram. Tak pernah jumpa menu macam ni. Boleh cuba kot nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba jangan tak cuba, tak cuba tak tau! πŸ˜†

      Padam
  10. hahaha masak dalam kesesatan???

    btw udang tu nampak sedapnyaaaa!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak dalam kejahilan pun boleh πŸ˜‚

      Padam
  11. Tak pernah rasa lagi yang campur sos tiram. Terima Kasih kongsi2.

    BalasPadam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤