Sabtu, 20 Jun 2020

Pazzta Maggi pun Sedap juga Rupanya

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, entri review produk makanan datang lagiii (ya, topik makanan ni memang menarik 😂😋). Siapa kat sini yang sudah mencuba produk keluaran Maggi - Pazzta Mushroon Penne yang agak baru ini? 😋👍🏻

Maggi Pazzta Mushroom Penne - RM3.50 (harga dari kedai serbaneka U-Station)

Baru-baru ini cheq berkesempatan untuk mencuba produk pasta segera keluaran Maggi. Produk ni kiranya produk yang agak baru dikeluarkan jugalah. Dah agak bosan rasanya dok selalu pulun mee segera saja, jadi cheq pun berminatlah nak cuba produk pasta Maggi ni pula... nak tau juga macam manalah rasanya pasta segera keluaran Maggi ni kan... 😄

Pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq berkenaan Maggi Pazzta Mushroom Penne adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, ianya sedikit up berbanding kuantiti produk makanannya 😅

Kelazatan - Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang. Rasa perencahnya ada la sedikit iras-iras perencah Maggi mee segera perisa ayam. Bagi mereka yang gemar makan mee segera Maggi perisa ayam tu, cheq rasa mungkin depa akan suka produk ni 😄

Keberbaloian - Kurang berbaloi dengan harganya sebab kuantitinya yang agak kecil. Dari segi convenience tu memang agak baguslah sebab nak masak ni mudah saja dan cuma mengambil masa 5 minit saja. Dari segi kuantiti pula memang terus-terang cheq cakap, tidak mengenyangkan 😅


Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan pasta segera keluaran Maggi ni. Apa-apa pun cheq gembira kerana berkesempatan juga untuk mencuba produk ini. Syukur Alhamdulillah 😊


Jumpa lagi di lain entri!
🙋

17 ulasan:

  1. Ada produk pasta Maggi baru rupanya.

    BalasPadam
  2. Memang nampak sikit dalam gambar. Kalau nak makan sekali-sekala bolehlah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali-sekala boleh la bila teringin kan 😆

      Padam
  3. Thanks for dropping by 🎈

    BalasPadam
  4. Belum pernah cuba..bertukar selera sekali sekala..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasta segera, sekali sekala ok juga 😄

      Padam
  5. assalamualaikum... hi everything! ;-) sihat ke tu? maaflah... baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi... err malaslah nak cakap hahaha... tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2... jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha...see ya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'slm mem besar, aiish lain macam ja bunyi ni? 😅
      Cheq sihat alhamdulillah. Harap mem kita ni pun sihat dan sejahtera sentiasa naa..😎

      Padam
  6. waa simple ny..ummi belum cuba.. nt ummi cube.. heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan cuba ni waktu tengah lapar, nanti buleh kuciwa sebab kecik ja portion pazzta ni 😬

      Padam
  7. dah beberapa kali pegang ms g pasaraya sudahnya tak beli juga hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak cukup mengusik curiosity noo..hihi 😬

      Padam
  8. saya daaa rasa dah hehe hari tu bawak p travel. beli few packs sbb nak rasa and okayla sedap. senang nk masak dan mudah nak buat bekal p jalan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuai bawak sebagai bekal untuk pi jenjalan selain mee segera la noh..😎👍🏻

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤