Sabtu, 13 Jun 2020

Menikmati Street Art 2020 di Kangar Perlis

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam PKPP dan selamat menjalani kehidupan dengan terus mengamalkan penjarakan sosial serta langkah-langkah berjaga-jaga yang lain agar kita terus terhindar dari dihinggapi COVID-19, InshaAllah... 😎🀲🏻


Awal pagi Rabu yang lepas, cheq ada pi ke pejabat pos Kangar untuk memperbaharui lesen memandu. Selepas selesai urusan di pejabat pos, cheq pun melenconglah sat ke kawasan belakang bangunan CIMB bank untuk meninjau Street Art yang ada di situ. Dapatlah juga cheq merasa macam ada pergi 'melancong' sikit dalam tahun 2020 ni kan... hari pertama PKPP (10 Jun 2020) disambut dengan aktiviti meninjau Street Art 2020 Kangar secara solo, bersama-sama dengan sekumpulan merpati πŸ˜‚

Lukisan tangga ni pula dilukis di atas lantai. Kalau ada member cheq sekali waktu ni, cheq dah minta dia ambilkan gambaq cheq berlakon konon-konon nak naik tangga ni. Yang ada kat sini cuma sekumpulan burung merpati saja... depa tak boleh nak tolong ambilkan gambaq πŸ˜‚
My personal fav. Cheq paling suka lukisan yang ini. Nostalgik sangat rasanya ❤

Fuhhh... haa tudia, selesai cheq menangkap gambaq semua lukisan yang ada di situ. Alhamdulillah, semua lukisan mural berjaya ditangkap gambarnya tanpa ada sebarang gangguan visual atau 'photo bomb' dari mana-mana individu tidak dikenali yang biasanya dok seronok berlalu-lalang serta ber'posing' di kawasan ini. Terasa betapa berharganya entri cheq yang ini tau, puas hatiku ini... πŸ€£πŸ˜‚

Tahniah kepada semua pelukis hebat yang telah terlibat bertungkus-lumus dalam menjayakan program Kangar Street Art 2020 ini. Semoga semua hasil lukisan mereka terus terpelihara dan kekal ceria di Kangar ini 🀲🏻😊

Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

16 ulasan:

  1. Betu-betuk tiada gangguan waktu ambil gambar.

    BalasPadam
  2. Cantiknya untuk tangkap gambar. Tak pernah tahu pun tentang tempat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada peluang mai Perlih nanti JR jenguk la street art sini 😎

      Padam
  3. ada 3D jg..tak nmpk ada orang lain..best mcm ni..hehe..

    BalasPadam
  4. subhanallah cantik nya ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hasil lukisan para pelukis yang power 😎

      Padam
  5. kalau saya ke perlis nanti boleh singgah ni....

    BalasPadam
  6. wow cantik very colourful.. tergugat street art penang cemni hehe..
    yang best tu xdak orang habis pkp ni pakat kena serbu la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..tu la, habih pkp ni tadak chance dah rasanya nak merasa ambik gambaq tanpa ada kelibat orang lain kat sini πŸ˜‚

      Padam
  7. First time tahu Perlis pun ada street art. Cantiknya <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la..tak ramai sangat orang tau pasai street art kat Kangaq ni sebab masih agak baru lagi πŸ˜ƒ

      Padam
  8. cantik2 belaka... tangan2 pelukis yg hebat dan berseni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, memang hebat depa ni πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤