Isnin, 23 Disember 2019

Tiga Jenis Roti MERONPAN dari FamilyMart yang Mesti Dicuba!

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, haa kali ni cheq nak sembang pasai tiga jenis roti bun Jepun yang cheq pernah beli di kedai FamilyMart pulak. Cheq tak pi Jepun aih, cheq cuma pi terjah FamilyMart yang ada kat KL tu jaa bulan lepas... 😆


Ni cerita bulan lepas di mana cheq berkesempatan untuk singgah FamilyMart dalam masa beberapa hari cheq berada di Keyelle KL dan Selangor. Selain menghadiri kenduri kahwin member, cheq sempat juga terjah ke beberapa kedai makan yang menarik untuk dijadikan bahan review di blog ni... yahuu 😆

Meronpan (Melon Pan) atau 'Melon Bread' ni ialah sejenis roti bun Jepun yang agak terkenal dengan bentuknya yang bulat dan comei macam rupa tembikai susu. Rasanya manis dan ada kalanya diisi dengan inti jem atau pati buah-buahan 😄

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

Melon Pan - RM3

Harga - Pada cheq, harganya sudah berpatutan dengan jenis dan saiz produk makanannya 😎👌🏻

Kelazatan - Cheq bagi markah 3 bintang dari 5 bintang. Tekstur roti bun bahagian luarnya agak berbeza dengan bahagian dalamnya. Luar macam sedikit crumbly dan manis, dalamnya pula agak lembut dengan sedikit inti manis di tengah-tengah. Sedap dan agak mengenyangkan, sesuai makan roti ni sambil pekena kopi ekstra 'kaw' 👍🏻

Keberbaloian - Berbaloi dengan saiz produk serta kesedapan rasanya 😄

Baiklah, calon seterusnya...,

Hokkaido Melon Pan - RM3.50 (Tarikh luput dia 1 Nov sebab ni gambaq lama. Cheq dah pernah makan dah Melon Pan yang hijau ni sebelum ni, sekarang baru nak review... hihi)

Harga - Pada cheq, harganya sudah cukup berpatutan dengan jenis dan saiz produk makanannya 😎👌🏻

Kelazatan - Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang. Intinya cukup special, sedap dan wangi. Rasa intinya tu macam pati buah rock melon, manis dan tidak berair. Tekstur roti bun ni pula lembut saja 😎

Keberbaloian - Berbaloi dengan saiz produk serta kesedapan rasanya 👌🏻✨

Next bun, last but not least...,

Strawberry Melon Pan - RM3.50

Harga - Pada cheq, harganya sudah sememangnya berpatutan dengan jenis dan saiz produk makanannya 😎👌🏻

Kelazatan - Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang. Intinya cukup special dan bukan macam jem strawberry biasa, tetapi ianya lebih kepada pati buah dengan cebisan-cebisan strawberry yang telah dilenyek. Bau roti bun ni cukup wangi dan sedap dengan tekstur yang lembut. Dalam gambar di atas ni nampak macam kemek ja kan? Rupa dia jadi macam tu sebab cheq makan bun ni pada keesokan harinya setelah cheq simpan dia dalam peti ais semalaman... sepatutnya cheq kena letak roti ni kat atas meja ja malam tu 😅

Keberbaloian - Berbaloi dengan saiz produk serta kesedapan rasanya 👌🏻✨ 


Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan tiga jenis roti Jepun Meronpan yang cheq sempat cuba baru-baru ini dari kedai FamilyMart. Cheq akan review produk-produk makanan FamilyMart yang lain pula selepas ini di lain entri. Syukur Alhamdulillah 😄


Jumpa lagi di lain entri!
🙋

22 ulasan:

  1. waalaikumussalam. belum penah makan lagi la roti2 ni, huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau singgah FamilyMart nanti boleh la cuba kalau berminat, sedap nih 👍🏻

      Padam
  2. wah...
    aida kalu ke family mart - eskrem dan oden aje.
    yg lain kurang nak capai.
    mahal!
    ha ha ha ha :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq tak try lagi oden, next time pi FamilyMart baru nak try 😆

      Padam
  3. pernah makan melon pan je..dah jarang ke familymart..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq harap satu hari nanti FamilyMart akan buka cawangan dia sebuah kat Perlih ni 😗

      Padam
  4. Saya pernah try oden dengan aiskrim Family Mart je. Yang lain belum cuba lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq pulak akan try oden dan aiskrim FamilyMart bila ada peluang ke sana lagi 😆

      Padam
  5. anak2 wak sukak mkn roti family mart ni., ;p

    BalasPadam
  6. NAK CUBA CARI JUGA ROTI2 FAMILY MART NAMPAK SEDAP

    BalasPadam
  7. Nanti nak Cuba juga terutama strawberry melon pan.

    BalasPadam
  8. 4 dari 5 bintang? mesti carik ni

    BalasPadam
  9. xpenah lg mkn roti2 kt fam mart ni😊😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya la sebab mem besar suka cheese cake ja 😄

      Padam
  10. penah rasa hokkaido melon tu ja. sedap kan.. yang lain, next trip ke FM lah.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila sila..try la yang strawberry tu pulak, sedap! 😋

      Padam
  11. Tanpa NamaOgos 05, 2022

    ouh,,tak tahu pulak melon pan biasa lagi sedap...sy ingatkan yg manis2 kt luar tu yg lg sedap..nak beli la nnt,haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut selera masing² la cik anon 😄

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤