Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam pertengahan Zulhijah dan salam kembali semula ke sekolah buat mereka yang terlibat, cuti sekolah dah habis... π¬π
Entri cheq kali ni ialah berkenaan mi segera Korea dari jenama yang sangat glamour tu, apa lagi kalau bukan SAMYANG kan, tapi yang ni versi yang tak pedas langsunglah... yang ni SAMYANG perisa Kimchi. Dah pernah cuba belum? π€€π
Entri cheq kali ni ialah berkenaan mi segera Korea dari jenama yang sangat glamour tu, apa lagi kalau bukan SAMYANG kan, tapi yang ni versi yang tak pedas langsunglah... yang ni SAMYANG perisa Kimchi. Dah pernah cuba belum? π€€π
Setakat ni, mi segera favorite cheq ialah SAMYANG Kimchi Ramen. MAGGI Kari dah jatuh ke tempat kedua, manakala tempat ketiga pula dimiliki oleh RUSKI TomYam... hihi π¬✨
▶ Bahan-bahan:
✎ SAMYANG Kimchi Ramen (1 peket)
✎ Air untuk membuat kuah (400ml)
✎ Telur ayam (1 biji)
✎ Daun bawang (dipotong kasar, satu sudu besar)
✎ Kobis (dipotong kasar, setengah cawan)
✎ Bawang putih (dihiris, 2 ulas)
✎ Bijan putih (secukup rasa)
✎ Lada putih (secukup rasa)
✎ Kobis (dipotong kasar, setengah cawan)
✎ Bawang putih (dihiris, 2 ulas)
✎ Bijan putih (secukup rasa)
✎ Lada putih (secukup rasa)
▶ Cara-cara:
1. Panaskan 400ml air di dalam sebuah periuk saiz sederhana, kemudian masukkan bawang putih, kobis, daun bawang (separuh sudu besar) dan serbuk perisa Kimchi SAMYANG. Selepas lebih kurang 5 minit, tutup api dan tuangkan kuah yang dah siap dimasak tu ke dalam mangkuk.
2. Sekarang kita mula buat telur onsen. Panaskan air sehingga mendidih dan menggelegak di dalam sebuah periuk kecil, kemudian tutup api. Masukkan sebiji telur ayam ke dalam periuk kecil tersebut dan pastikan telur tenggelam sepenuhnya di dalam air panas tu. Biarkan selama 5 - 7 minit.
3. Sekarang kita nak merebus mi segera pula. Panaskan air secukupnya di dalam sebuah periuk saiz sederhana besar sehingga mendidih, kemudian masukkan mi segera SAMYANG.
4. Selepas merebus mi segera selama lebih kurang 3 minit, tutup api dan singkirkan air rebusan yang keruh tu di singki. Masukkan mi segera tu ke dalam penapis, dan bilas mi tersebut sekali lalu di bawah air pili yang mengalir, kemudian masukkan mi yang sudah dibilas tu ke dalam mangkuk yang berisi kuah mi tadi (rujuk pada gambar kedua di bawah langkah No.1).
5. Pecahkan telur ayam yang sudah puas berendam di dalam air panas (onsen) selama 5 - 7 minit tadi tu ke dalam mangkuk yang berisi mi segera yang dah siap dimasak tadi. Hiaskan hidangan dengan lebihan daun bawang yang ada, bijan putih dan lada putih. Siap! π✨
Jumpa lagi di lain entri!
π
Samyang for me too pedas.. tapi yang suka makan pedas tu mesti suka hehe.. siap ade telur tu menggoda sangat =D
BalasPadamThis Kimchi Samyang not pedas at all tauuu....serius tak pedas langsung π€
Padambelum pernah mkn kimchi ramen..telur onsen tu mcm telur separuh masak..buh kicap mmg ummmph..
BalasPadamTelur onsen ni lebih kepada suku masak ja, lebih lembik dari separuh masak..nyam nyam sangat π
Padamok why am i hungry now?
BalasPadamπ€π
Padamhahhaa ray dah lama x makan ramen ni. terliur tgk
PadamTelur separuh masak ye.. sedap tu makan dengan kicap.. Samyang tu pedas tak?
BalasPadamSamyang yang ni langsung tak pedas, betul ni cheq tak muhong π
Padammata sy nmpk telur je sbb xmkn samyangππ
BalasPadamBoikot Samyang ka huhuu π
Padam