Khamis, 30 Mei 2019

Berbuka dengan Domino's Ssamjeang Beef Pizza

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, pejam celik pejam celik, sibuk-sibuk kalut sana kalut sini, dah pun masuk hari ke-25 kita berpuasa di bulan Ramadhan ni noo... lagu hari raya pun semakin rancak dimainkan sini sana... 🎼🎡🎢

Okeh, cheq nak sembang pasai makan-makan lagi nih (warning siap-siap ni)... bagi yang tengah berpuasa tu mohon bersabaq dan jangan hangin dengan cheq naa, nanti masuk waktu berbuka nanti bolehlah pi singgah ke cawangan DOMINO's PIZZA yang paling hampir untuk order menu yang cheq nak review ni: Ssamjeang Beef Pizza... πŸ•πŸŒΆπŸ˜‹

Domino's Ssamjeang Beef Pizza (regular size with New York crust) - RM35.40

Baru-baru ni cheq berkesempatan untuk singgah ke Domino's Pizza di Kangar, lepas tu cheq pun pesan la Ssamjeang Beef Pizza..... dan Ayam Haseyo, Garlic Cheese Onion Rings serta Blueberry Cheesecake (akan direview kemudian satu per satu di lain entri) πŸ˜‚

Gambar iklannya telah berjaya mengusik perasaan ingin tahu cheq untuk mencubanya, ada hirisan daging lembu bergulung-gulung haa... dihiasi dengan sos cili Korea yang diberi nama Ssamjeang. Hai macam mana laa rasanya kannn... kena try nih! πŸ˜†

Sumber: Domino's Pizza Menu Malaysia

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, harganya agak sedikit up dan kurang sepadan dengan jenis dan kuantiti produk makanannya. Kalau dilebihkan lagi jumlah hirisan daging, tomato ceri dan cendawan di atas pizza ni, mungkin baru boleh jadi OK laa kot (pendapat cheq saja naa...) πŸ˜„

Kelazatan - Cheq bagi markah 3 bintang dari 5 bintang. Rasa pedasnya dah cukup OK (kalau tak cukup lagi boleh tambah emping cili kering yang dia bagi dalam peket kecik tu 🌢). Tapiii... rasa masin pizza ni agak ter-over sikitlah pada cheq, dan topping pun agak kurang (agak jauh lari/beza dari rupanya dalam iklan πŸ˜‚). Kalau dikurangkan lagi kemasinan dan di'meriahkan' lagi toppingnya (tambah lagi hirisan daging, tomato ceri dan cendawan), mungkin markah akan dapat dinaikkan lagi sebanyak 1 bintang lalu menjadikannya 4/5 bintang 😬

Keberbaloian - Tidak begitu berbaloi pada cheq. Cukuplah cheq mencuba menu ini sekali saja demi memuaskan curiosity semata-mata. ... πŸ˜‚


OKlah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan Domino's Ssamjeang Beef PizzaApa-apa pun cheq gembira kerana berkesempatan juga untuk mencuba menu ini. Syukur Alhamdulillah 😊




Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

12 ulasan:

  1. Buat mkn sahur pn sedap pizza

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga la kalau lalu nak makan pizza waktu sahur πŸ˜„

      Padam
  2. İnteresting 😊 Domino's in Turkey has a tradinatonal taste...

    BalasPadam
    Balasan
    1. I would love to give it a try if I ever get to visit Turkey one day 😎

      Padam
  3. uiiii kawan cheq ni tekak omputeh walaupun di bulan puasa hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tekak cheq nih sebenaqnya tekak yang cukup harmoni tiada rasis mahupun prejudis 😬

      Padam
  4. bestnya..berbuka dgn pizza yg pedas, dapat yg panas2 mmg layan..
    biasalah kan yg real x sama mcm dlm iklan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam iklan dia nampak meriah betoi toppingnya hihi 😬

      Padam
  5. Yang kali ini tak beli..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpa tak rugi pun tak cuba yang ni, biasa2 ja rasa dia 😬

      Padam
  6. hamboi.
    menggugat jiwa bila blogwalking sini pagi ni.
    dominos aje diceritakan :) ha ha ha ha...
    da la kita ni lama jugak tak oder pizza dominos yg confirm lazat-lazat tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada lagi satu item Domino's yang cheq nak review nih! Lepas ni cheq bukak topik lain pulak 😬

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤