Jumaat, 24 Mei 2019

Aiskrim Campur Jelly Jadinya Apa?

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, hari ni sudah pun masuk hari ke-19 kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini... begitu cepatnya masa berlalu kan... πŸ€“⌚⏳

Okeh, cheq nak bercakap pasai makanan lagiii (warning siap-siap ni)... bagi yang tengah berpuasa tu mohon bersabaq dan jangan hangin dengan cheq pleaseee, masuk waktu berbuka nanti bolehlah pakat pi singgah ke cawangan KFC yang paling hampir untuk order aiskrim special yang cheq nak review ni: KFC Jelly ICE CREAM... πŸ¨πŸ˜ŽπŸ˜‹

KFC Jelly ICE CREAM - RM2.90

Ni sebenarnya cerita sebelum masuk bulan Ramadhan lagi, sekarang ni baru cheq terhegeh nak buat review πŸ˜‚

Produk ni nak dikata baru atau terkini sangat pun, takdak la terkini sangat... cuma cheq ja yang baru nak merasa aiskrim jelly KFC nih. Aiskrim berperisa vanilla dipadankan dengan jelly berperisa strawberry yang dihidang di dalam bekas serupa dadih. Macam menarik saja kan kombinasinya... πŸ€”πŸ˜—

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

Harga - Pada cheq, harganya sudah berpatutan dengan jenis dan kuantiti produk makanannya. Nampak macam kecil saja saiz hidangan aiskrim ni tapi jenuh juga cheq nak menghabiskannya tau... memang puas la makan aiskrim vanilla campur jelly strawberry ni (pendapat cheq saja naa...) πŸ˜„

Kelazatan - Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang. Aiskrim vanillanya terasa agak padu dengan perisa vanilla, dan tekstur aiskrimnya pun cukup lembut berkrim (creamy). Strawberry jelly pun rasa nice and smooth, dan perisa strawberrynya juga dapat dikenalpasti sebagai perisa strawberry - masam-masam manis fruity flavor (bukan sirap ros ya, walaupun warna merahnya ada macam sirap ros) 😬

Keberbaloian - Kira alright la tahap keberbaloiannya. Dah boleh kenyang makan aiskrim jelly ni saja tau. Segelas milo ais KFC saja pun sudah jauh lebih mahal dari aiskrim jelly ni, tahuuu??... πŸ˜‚


OKlah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan KFC Jelly ICE CREAM. Syukur Alhamdulillah 😊




Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

14 ulasan:

  1. nampak mcm best. almaklum laa org suka aiskrim kan😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best melayan aiskrim macam ni sekali sekala, rasa macam nak order lagi next time pi kepci πŸ˜‹

      Padam
  2. Tak pernah lagi mencuba aiskrim kfc ni. Nampak macam sedap. Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bebudak mesti suka aiskrim jelly ni, mak budak pun boleh tersuka juga rasanya πŸ˜†

      Padam
  3. Walaupun selalu pergi makan kat KFC, tapi tak pernah tahu pun ada aiskrim ni. Tak pernah pun beli dessert kalau ke KFCπŸ˜….

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serius lah JR tak pernah beli apa2 dessert kat kepci? Desserts kat kepci biasanya not bad juga tau πŸ‘πŸ»✨

      Padam
  4. 4/5..terbaik..jelly perisa buah mmg sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betoi tu KakNO, jelly perisa buah memang terbaik πŸ˜‹✨

      Padam
  5. sedap sedap. even aiskrim tu saja dah sedap hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali makan akan teringat-ingat πŸ˜‹

      Padam
  6. Ada nampak tapi tak cuba lagi.. Baca review nie buat teringin pula nak rasa.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni memang sedap. Cheq rekemen! πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»

      Padam
  7. yummy!!!
    tq for sharing, suerin.
    aida sejak sebelum Ramadhan tak masuk fastfood.
    dok makan kat umah jer.
    rinduuuuuu kfc :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aida rajin memasak la ni...tak macam cheq ni haa jarang nak bagi dapoq berasap hihi 🀭

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤