Ahad, 14 April 2019

Daun Mulberi Goreng Tempura Sedap Sangat!

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, pernah makan daun Mulberi goreng celup tepung dak? Hangpa kenai dak pokok Mulberi tu macam mana? πŸ˜‹πŸ˜‚

Dari kiri ke kanan - Daun Mulberi yang dipetik kemudian dibasuh | Tepung tempura serbaguna cap Double Swallow | Daun Mulberi dicelup dalam bancuhan tepung tempura kemudian digoreng dalam minyak kelapa sawit | Daun Mulberi Tempura siap dimasak dan dihidang

Rezeki cheq datang bergolek lagi kelmarin apabila ada orang bagi beberapa ranting pokok Mulberi hasil cantasan (atau pemangkasan) dari pokok Mulberi beliau yang semakin membesar dan meninggi itu. Daripada dia buang begitu saja ranting-ranting yang lebat berdaun tu, lebih baik dan lagi afdhal jika diberikan pada orang yang tahu menghargai daun Mulberi ni sebagai lauk yang istimewa, kan? Rezeki jangan ditolak 😬✨


▶ Bahan-bahan:

Daun Mulberi (secukupnya)
Tepung Tempura Serbaguna (setengah cawan)
Air (lebih kurang 200ml)
Minyak kelapa sawit (secukupnya untuk deep-frying)


▶ Cara-cara:

1. Petik daun dari rantingnya dan basuh setiap helaian di bawah air paip yang mengalir.
2. Bancuh tepung tempura serbaguna dengan air secukupnya (jangan bagi jadi pekat, cair sikit tak apa). Celupkan setiap daun di dalam sebatian tepung tempura ini dengan sekata.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali di atas api sederhana besar, kemudian gorengkan setiap daun Mulberi yang telah dicelup tepung tadi dengan berhati-hati. Setiap daun cuma akan mengambil masa beberapa saat saja untuk mengeras dan menjadi rangup. Angkat keluar dari minyak apabila minyak sudah tidak bising dan marah-marah 😬




Sekian, beginilah cara cheq membuat DAUN MULBERI GORENG TEMPURA yang mudah, cepat dan semestinya mengikut selera cheq. Maaflah kalau resepi ni tidak mengikut selera hangpa noo... cheq recommend hangpa makan ni dengan nasi panas-panas atau bubur nasi, atau pun oatmeal. Buat cicah sos cili dengan mayonais pun layannn.. πŸ˜‹πŸ‘πŸ»✨


Jumpa lagi di lain entri! 
πŸ™‹

18 ulasan:

  1. Daun mulberi celup tepung. Huhu... Rangup² cicah mayonis plus sos... Sedap tu. Tapi tak pernah lagi try.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serius sedap! Cuba la nanti bila ada peluang berjumpa dengan pokok Mulberi hihi πŸ˜‹πŸ˜‰

      Padam
  2. hantar laa sikit ke sini. kami nk rs jg😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kita berjiran kan, cheq dah hantaq dah tau..πŸ˜‚

      Padam
  3. Tak pernah makan..yg pernah mkn daun bayam celup tepung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni rasanya lebih sedap lagi dari daun bayam tu KakNo, cubalah nanti bila ada peluang 😎

      Padam
    2. xpe kite berjiran dlm syurga nnt😊

      Padam
    3. Sayu ja cheq membaca komen cik anies ni, terharu pun ada hihi πŸ€“πŸ˜‚

      Padam
  4. Tak pernah rasa dan tak tahu langsung daun mulberi boleh dimakan..
    Nampak rangup seperti daun bayam goreng.. Lepas ni misi LZ mencari pokok mulberi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cari jangan tak cari LZ, memang sedap ni πŸ˜‰πŸ‘πŸ»

      Padam
  5. Tak sangka boleh goreng daun mulberi macam ni. Biasanya tengok bayam goreng tepung je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq pun tak sangka daun mulberi goreng ni rasanya sedap sampai macam ni, baru tahu dalam bulan ni ja bila ada orang cakap daun mulberi sedap kalau digoreng celup tepung πŸ˜‚

      Padam
  6. Nampak sedap pula.. Pasti ranggupkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rangup dan sedap! πŸ‘πŸ»✨

      Padam
  7. lain macam.. tak pernah makan lagi gini... nmpk sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap ni (bagi orang yang suka makan makanan bergoreng la hihi), rugi kalau tak dicuba πŸ˜„

      Padam
  8. daun mulberi celup tepung tak pernah buat la tapi buat ulam ada la..hehe

    salam kenal dari www.umifuzy.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat ulam pun boleh kan, memang special la daun ni πŸ‘πŸ»

      Salam kenal kakFuzy, cheq dah lama follow blog kak 😎

      Padam

Kata-kata itu mencerminkan peribadi kita, maka berkatalah akan hal-hal yang baik 😊

Popular 30 Hari Lepas