Selasa, 19 Mac 2019

Jalan-jalan Cari Sushi di Perlis

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, cheq tukaq selera makan la pulak sekali-sekala... pekena makanan Jepun pun best juga kan... πŸ£πŸ€πŸšπŸ˜‹

SUSHI KING cawangan Kangar, Perlis πŸ‘✨

Hujung minggu lepas cheq terasa macam naaak sangat pekena sushi, jadinya cheq pun singgah la Sushi King yang ada di Kangaq ni dengan member. Niat cheq memang nak melahap beberapa piring sushi sampai pengsan tekak cheq kata 'Stop! No more!!'... aishhh berangan sangat aih! Nak melayan tekak ni kena berpada-pada, dompet pun kena kesiankan jugak cek oiii! πŸ˜πŸ˜‚

Dari kiri ke kanan dan atas ke bawah - 1. Chuka Iidako (anak sotong kurita berperisa), 2. Golden Ball (telur rebus yang digoreng + crabstick dan mayonais), 3. Nasu Agedashi (terung goreng + sambal), 4. Marinated Edamame (kacang soya hijau yang diperap), 5. Ebi Fry (udang goreng + mayonais), 6. Tobikko (telur ikan terbang), 7. Norwegian Salmon Nishoku (ikan salmon Norwegian mentah + telur ikan dan mayonais) dan 8. Hanjuku Cheese Cake (kek keju Hanjuku).

Minuman pilihan cheq (Japanese milk tea/Houcha latte - RM2.90) dan member (Japanese milk tea + float/Houcha float - RM4.90). Kat tengah-tengah tu ialah semangkuk sup siput Hamaguri (RM4.90).

Licin kesemuanya. Piring warna pink (RM4 per piring), ungu (RM6 per piring) dan kuning pudar (RM3 per piring).

Baiklah, pada pendapat tekak cheq, makanan dan minuman di sini boleh dikira cukup sedaplah, licin jugalah cheq dan member melahapnya... maka penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, ianya berpatutan dengan kualiti dan saiz setiap produk makanannya. Total harga bagi kesemua makanan dan minuman yang telah dilahap dinikmati oleh cheq dan member ialah RM59.97 (termasuk caj servis dan cukai servis 6%) πŸ‘Œ

Kelazatan - Secara keseluruhannya, cheq bagi markah 4.5 bintang dari 5 bintang. Cheq paling suka sushi salmon (ikan salmonnya datang dari Norway) yang ada mayonais dan telur ikan tu, hat tu cheq bagi markah penuh 5 bintang! Ini pendapat tekak cheq sajalah, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana πŸ˜„

Keberbaloian - Cukup berbaloi dengan kualiti makanan dan servis pelanggan di sini. Sushi King ada aplikasi smartphone sekarang ni tau, canggih baq hang... kita boleh muat turun aplikasinya dari Play Store dan install kat smartphone, lepas tu bolehlah redeem Smile Points bila mai makan kat sini lagi nanti. Bertambahlah keberbaloian untuk 'menangkap sushi' lagi di sini lepas nih! πŸ˜πŸ˜†


OKlah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan pengalaman ber-sushi di Sushi King, cawangan Kangar, Perlis. Syukur Alhamdulillah 😊


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

26 ulasan:

  1. Rasanya kalau pergi masa bonanza murah sikit. Tapi tak tahulah applies dekat semua sushi ke tak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena rajin check kat app Sushi King untuk info tarikh bonanza ni, ada kat bahagian promotion 😎

      Padam
  2. Haha... Percaya atau tak, Fiza x reti makan sushi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..tak ngam dengan tekak ya..πŸ˜…

      Padam
    2. Entahla awak... Bukan tak nak makan, tapi tak terasa nak mencuba. Haha... Boleh pulak gitu.

      Padam
  3. Tak pandai makan sushi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kena dengan tekak la kot ni..😬

      Padam
  4. Mmg favourite sushi ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh geng la kita KakNo, sep! πŸ–πŸ»πŸ™πŸ»πŸ€©

      Padam
  5. Saya pernah cuba makan sushi tapi bukan di Sushi King. Lepas cuba, rasanya sushi tak kena dengan selera saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi nanti JR cubalah makan sushi di Sushi King, mana tahu kot2 selera boleh bertukar πŸ§πŸ˜†

      Padam
  6. wahh sedapnya.. shu kurang sikit makanan macam ni, lebih kepada nasi, anak jati Kedah, xleh p kalau xpekena nasi. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat Sushi King ni ada nasi juga Shu, nasi Jepun yang digabungkan dengan lauk pauk Jepun πŸ˜‹πŸ‘

      Padam
  7. sotong tuuu fevret !! sedapnya sushi. kalo ada yang ajak ni xkan tolak =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh geng la kita noo SYM! πŸ–πŸ»πŸ˜†

      Padam
    2. boleh haih.. mai Penang habaq na. jom pekena Sushi =D

      Padam
  8. kalau pi Kangar nak try la makan di restoran ni. lazat tul nampaknya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sushi King ni ada kat semua negeri di Malaysia ni rasanya, banyak jumlah cawangannya πŸ˜„

      Padam
  9. lama x mkn sushi.. wife suka makan kat sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best pi sushi king waktu ada bonanza 🀩✨

      Padam
  10. teringin nak makan....insy Allah

    BalasPadam
  11. sy hanya mampu tgk je laa sbb x mkn sushi😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaa tak boleh ajak makan sushi sekali la macam ni πŸ˜…

      Padam
  12. Kalau makan macam ini bisa gemuk .. Harus hati 2..

    assalamualaikum

    Digital Printing Jakarta

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak selalu pak, gue sebulan sekali aja bisa makan sushi begini 😬

      W'slm 😎

      Padam

Komen hangpa tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤

Popular 30 Hari Lepas