Jumaat, 28 September 2018

Kebaikan Membawang Putih

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, apakah amalan sihat yang hampa semua selalu buat untuk kekal sihat dan cergas? 💪😄

Boleh juga menonton video ini di YOUTUBE

Dalam entri ke-3 bagi blog cheq ni, cheq hendak berkongsi kebaikan 'membawang' secara positif, iaitu amalan memakan bawang putih secara konsisten setiap hari 😉...

Cerita cheq ni berdasarkan pengalaman cheq sendiri tau... bukan cerita mitos, bukan cerita bohong, bukan iklan apa-apa jenis produk kesihatan yang tidak mempunyai sijil kelulusan dari KKM, dan semestinya bukan sekadar merepek suka-suka untuk bagi blog yang baru sahaja wujud di alam cyber ini tidak bersawang mahupun berhabuk. Hihihi... (cheq akan merepek di entri yang lain...) 😀

Beberapa tahun yang lepas, cheq selalu berasa sakit dan sengal-sengal di bahagian lutut dan tapak kaki. Sewaktu mengerjakan solat, setiap kali bila hendak sujud dan hendak berdiri semula tu memang lutut cheq akan berasa sakit. Kadang-kadang sakitnya tidak begitu jelas menyengat, dan kadang-kadang pula sakitnya terasa begitu kuat dan amat mengganggu 😢. Makanya, cheq pun mulalah mencari jalan penyelesaian yang betul-betul berkesan bagi mengatasi permasalahan yang berkaitan dengan kesihatan fizikal cheq ini. Antara beberapa petua yang cheq jumpa, cheq berasa amat tertarik dengan amalan memakan bawang putih setiap hari. Petua tersebut menasihatkan kita agar memakan 3 ulas bawang putih yang dibakar/dipanggang secara langsung di atas api dapur selama lebih kurang 2 minit. 3 ulas bawang putih dicucuk pada lidi (macam satay) tanpa dikupas, kemudian dipanggang selama kira-kira 2 minit. Sesudah itu, barulah kupas dan terus makan. Nampak senang dan boleh diamalkan setiap hari, kan? 😄

Untuk lebih memudahkan cheq, cheq telah mengubah sedikit kaedah memanggang dengan menggunakan lidi ini kepada terus membakar 3 ulas bawang putih tanpa dikupas tu di dalam pan menggoreng (frying pan) yang kecil tanpa minyak. Cheq lambung-lambung saja 3 ulas bawang putih tu di dalam pan tu di atas api yang besar (macam gaya seorang chef Cina memasak nasi goreng sambil melambung-lambung nasi di dalam kuali), sampailah kulit bawang tu ada kesan terbakar. Sesudah itu, boleh terus kupas dengan sangat mudah dan terus makan. Pada cheq, rasanya pun sedap dan memang tiada masalah untuk makan bawang putih bakar ni hari-hari. Sekejap saja hendak membuatnya, ringkas dan amat mudah. Kos penyediaannya pun kecil yang amat 👍

Maka, setelah beberapa hari cheq mengamalkannya secara konsisten, tidak sampai seminggu pun lagi cheq sudah dapat merasakan perubahan yang drastik. Memang ternyata petua bawang putih ini cukup berkesan. Sungguh! Kesakitan pada bahagian lutut dan tapak kaki cheq terus hilang, sampailah ke hari ini. Sudah lama cheq hidup gembira tanpa dihantui kesakitan pada bahagian lutut dan tapak kaki semenjak cheq mula mengamalkan petua bawang putih ini. Cheq memang tidak berbohong dan buat apalah cheq hendak berbohong berkenaan petua bawang putih ni? Benda baik wajarlah dikongsi untuk kebaikan semua, betul tak? Bawang putih ni sebenarnya jauh lebih berkesan jika dimakan mentah-mentah, tetapi cheq tidak sanggup pula hendak makan macam itu... 😷

Bagi yang risau dengan keadaan nafas yang berbau bawang putih pula, bolehlah makan gula-gula pudina (mint candy) atau mint chewing gum untuk menghilangkan bau nafas yang tidak menyelesakan itu. Hihihi...

Sekian, jumpa lagi di lain entri! 🙋

12 ulasan:

  1. WOWWW cik sue makan 3 ulas?! hebatnyaaa hahaha. saya nak habiskan satu ulas pun payah.

    tapi memang bagus garlic ni. sangat banyak kelebihan. saya pun kalau batuk or selesema ke, hiris garlic kecil n telan dengan air (macam pil) hhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi....4 ulas pun cheq boleh makan sekali hadap sekarang. Bawang putih bakar sedappp :)

      Padam
  2. bawang putih memey sedap..tpi boleh menyebabkan bau badan..macam org bangsa asing yg mai malaysia..depa suka makan bawang.....huish...apapun thnks for the tips!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi..orang asing selalunya berbau lain macam sikit sebab malas mandi dan tak rajin nak tukar baju....

      Padam
  3. Ada jg kegunaan lain b putih ni..tumbuk halus taburkan pada kawasan yang ada semut ..pasti semut tak nak datang lagi..ada jg aplikasikan di meja hidangan boleh lah agak kurang semut. Semut degil ada jg ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq biasa guna daun kari untuk menghalau semut di meja makan, agak berkesanlah juga :)

      Padam
  4. menarik tips ni.
    aida makan bwg putih goreng time berpantang lepas bersalin.
    sedap!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bawang putih goreng memang sangat sedap! Feveret cheq sekarang ni 😋😋😋

      Padam
  5. Sedap eh.. Abah Sha memang amalkan makan bawang putih bakar ini.. sebiji cara cik sue buat.. Panggang dengan kulit pastu kopek dan makan.. Sha je tak berapa berani nak makan.. Risaukan rasa dia.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap bawang putih bakar nih..try la seulas dulu, makan sikit2 lama2 nanti terbiasa, lepas tu jatuh suka teruih 😋

      Padam
  6. Pernah juga masukkan bawang putih tu dalam nasi panas... tapi bertahan kejap je buat benda tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tak gemar dengan rasa bawang putih tu ka? 😀

      Padam

Komen hangpa tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤

Popular 30 Hari Lepas