Rabu, 19 September 2018

Ribut Kelmarin di Negeri Perlis

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, warga negeri Perlis telah dikejutkan dengan kejadian ribut angin kencang pada kira-kira jam 10 malam kelmarin. Subhanallah...

Sumber: MetMalaysia

Pada waktu kejadian ribut ni, cheq sedang berehat-rehat di rumah sambil melayari internet. Rumah cheq dekat jugalah dengan kawasan Repoh. Terkejut jugalah bila tiba-tiba saja ada angin kencang dan ribut kat luar tu, menghentam tingkap dan pintu... 😓😓

Sumber: PerlisAktif FB

Tiba-tiba cheq dapat satu mesej Whatsapp daripada jiran satu taman ni, dia beritahu cheq yang pintu gerbang Repoh dekat dengan Petron di depan ni baru saja tumbang tadi, sudah menghalang laluan jalan. Berpeluh seram sejuk cheq rasa waktu tu 😓😓

Syukurlah kejadian ribut malam kelmarin ni tidak bertahan lama mana, sekejap saja dia reda. Rumah cheq tiada apa-apa kerosakan, Alhamdulillah... tetapi pagi esoknya cheq dapat tahu yang ada beberapa kawasan di Perlis ni yang telah menerima kesan kerosakan yang agak parah...

Sumber: PerlisAktif FB


Subhanallah... Innalillah dan takziah kepada semua warga Perlis yang terlibat dalam kejadian malapetaka ribut angin kencang malam kelmarin. Semoga mereka diberikan kesabaran dan kekuatan bagi menghadapi kesukaran yang melanda secara tiba-tiba ini, dan semoga ruh hamba-hamba Allah S.W.T yang terkorban dalam kejadian ribut ini ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang beriman.

Doa saat angin bertiup kencang: 

Sumber: fattabiounimalaysia FB


16 ulasan:

  1. semoga semuanya selamat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Raz, Alhamdulillah cheq dan keluarga semua selamat, tapi ada beberapa kenalan yang sedang bersedih sekarang ni... semoga mereka tabah...

      Padam
  2. takziah kpd mereka yg terlibat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Allah S.W.T merahmati mereka dan kita semua...

      Padam
  3. allahuakhbar. tengah malam sepupu whatsapp dia duduk kat Beseri. hantar gambar2. aduh seram tengok. alhamdulillah skrang da reda. apa2 pun semoga kita semua sentiasa dilindungiNya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawasan Beseri kena teruk juga, dengaq kata meja-meja kat kedai makan situ habih kena tiup angin.

      Tq SYM, semoga kita semua setiasa berada di bawah rahmatNya.

      Padam
  4. salam singgah. kami yg dok kat kedah ni pun ada terasa jugak angin kuat tu. allahu :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenai! :)
      Kedah pun buleh rasa..kuat sungguh ribut kali ni :'(

      Padam
  5. Ribut hari tu sangat menakutkan, first time jadi depan mata...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Zumal! :)
      Tu la kan....dulu cheq pernah tengok tau angin puting beliung kat Perlih ni, yg tu pun sangat menakutkan :(

      Padam
  6. moga Allah pelihara kita semua daripada malapetaka

    BalasPadam
  7. Takziah pada mereka yang terlibat.. semoga Allah melindungi kita semua.. aamiin..

    BalasPadam
  8. Sekarang nie pun musim hujan... Cuaca tak menentu...

    BalasPadam

Kata-kata itu mencerminkan peribadi kita, maka berkatalah akan hal-hal yang baik 😊

Popular 30 Hari Lepas