Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, cheq ni orang baru yang turut ingin berblog. Minta lalu sikit... hihi 😉
![]() | |
Banyak lagi yang perlu cheq belajar ni dalam dunia berblog... hihi. Sumber gif: giphy.com |
Selama ini cheq asyik membaca dan melihat orang berblog saja, macam-macam cerita dan pengalaman menarik dikongsikan di blog-blog mereka dengan gaya yang santai lagi penuh kharisma... terdetik pula rasa teringin untuk turut serta. Belum pasti lagi arah tuju dan kategori blog cheq ini hendak ke mana, tetapi cheq rasa elok juga jika cheq berkongsi tentang perkara-perkara yang cheq suka buat pada masa lapang, iaitu berjalan-jalan sambil melihat keindahan alam, meninjau kedai-kedai makan yang menarik dan juga memasak (apabila datang semangat terlebih rajin sahaja, hihi 😁).
Cheq ni orang 'utagha' tulen, sebab itulah cheq memilih untuk membahasakan diri sebagai 'cheq' dalam blog ini. Cheq ni boleh dikatakan peramah jugalah orangnya, boleh panggil cheq ni CIK SUE atau SUE. Nak panggil SIS pun bolehhhh... 😄
Sekian dulu entri perkenalan bagi blog Cheq Pi Mana ini. Cheq harap blog ini akan jadi menarik dan bergaya seperti blog-blog kalian juga.... aminnnn 😊. Tunjuk ajarku sifu! 🙏
Sekian, jumpa lagi di lain entri!
hai cik sue... hmmm dah ramai org stop blogging dah sekarang, cuma tinggal beberapa ketul je yang masih steady :(
BalasPadamHai pishy! Hmm itulah kan? Sedih juga rasanya, harapnya semangat cheq ni tak akan pudarlah :'(
PadamHappy blogging..salam kenal..
BalasPadamfollower #2..
Tyvm nohas! Salam kenal juga :')
Padamsalam kenal. hehehe happy blogging =)
BalasPadamTyvm cik SYM! :')
PadamThank you for following. Salam perkenalan ^^
BalasPadamHi Farah! You're welcome dan terima kasih kembali! :')
PadamSalam kenal Cik Sue, zumal followback yer. Zumal pun orang utagha jugak
BalasPadamSalam kenai orang kampung! Hihihi :)
PadamEtuza done follow blog you. No 10 ya..comel miou
BalasPadamTQ TQ! :)
Padamhaii cik sueee. selamat berkenalan :D done follow hehhee
BalasPadamHai SN, salam perkenalan! TQ follow kembali~ :)
PadamMudah2an jadi blogger hebat suatu hari nanti
BalasPadamMudah-mudahan jika semangat blogging tak pudar huhuhu :')
Padamterima kasih senaraiakn dalam Bloglist...terharu dihargai
BalasPadamSama-sama dan timakasih kerana selalu menjenguk blog cheq juga :)
PadamWelcome to the club... kikikiki...
BalasPadamTQ TQ..hihi
PadamSalam perkenalan.. selamat berblog ye.. High5 sikit..
BalasPadamHi5 SD! 🙋♀️🤚
PadamSalam perkenalan, Cik Suerin.
BalasPadamSalam, hai JR 😄
Padam