Jumaat, 23 Ogos 2019

Pabila Kelapa dan Mangga Bertemu lalu Membeku Bersama

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, sekejap saja dah nak habis pun bulan Ogos kan, rasa macam dekat sangat dah tahun 2020 nak menjelang tiba kan... huishhh begitu cepatnya masa berlalu... rasa macam seram pun iya jugak... 😅⌚⏳

Okeh, cheq nak bercakap pasai makanan lagi, kali ni kita masuk topik makanan pemanis mulut (aka dessert) pulak. Hangpa dah pakat cuba aiskrim WALL'S ASIAN DELIGHT - COCONUT MANGO belum? 😎😋❄

WALL'S ASIAN DELIGHT - COCONUT MANGO - RM3.00 (Harga dari Kedai Serbaneka U-Station)

Aiskrim ni rasanya akan kekal menjadi aiskrim favorite cheq selama beberapa bulan akan datang. Seriusan, sedap dan nyaman sangat rasanya... terasa sepertinya ada secebis kebahagiaan datang hadir di jiwa (...wah, jiwang tetiba) 😆💘❄

Aiskrim berperisa kelapa dipadankan dengan mangga ditambah dengan cebisan-cebisan isi buah mangga sekali. Marvelous sangat tau... kalau dapat makan ni time hati tengah panas bad mood ka apa, boleh teruih jadi cool & chill ja lepas pekena aiskrim ni rasanya... teruih tak jadi nak mengamuk baq hang... 😂

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

Harga - Pada cheq, harganya agak sedikit up dan kurang berpatutan dengan saiz produk makanannya. Mungkin sebab cheq beli aiskrim ni di kedai serbaneka 24 jam U-Station, maka harganya jadi sedikit mahal dari kebiasaannya, sama seperti harga barang-barangnya yang lain 😅

Kelazatan - Cheq bagi markah 4½ bintang dari 5 bintang. Selama ni cheq tak pernah sedar yang gabungan perisa kelapa dan mangga boleh menghasilkan satu kombinasi flavor yang cukup mantap, nyaman dan mampu memukau sanubari 😬

Keberbaloian - Berbaloi dengan secebis kebahagiaan yang hadir menjelma di kalbu, walaupun untuk seketika cuma hadirnya. A piece of heaven, for half a second 😂


Okeh, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan WALL'S ASIAN DELIGHT - COCONUT MANGOSyukur Alhamdulillah 😊 




Jumpa lagi di lain entri!
🙋

14 ulasan:

  1. sedapnya..ni nak pi 7-E nih, nak jg rasa..hehe..

    BalasPadam
  2. Dah beli..mmg sedap..

    BalasPadam
  3. rasanya harga dia xsmpi rm3 kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, sepatutnya RM2.++ saja harganya 😄

      Padam
  4. sedap.. saya memang suka makan aiskrim hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aiskrim perisa buah-buahan paling sedap 😄

      Padam
  5. sedap dimakan pd waktu tghari yg panas melampau.

    BalasPadam
  6. sedap nya la haiii..makan pula tika panas lit lit..walahh

    BalasPadam
  7. Kena beli dekat Agro Bazar je ni. Hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooh situ buleh dapat harga murah la kan? Kena pi borong kat sana ni...

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤