Salam semua! ππ»♀️✨
Lain macam sikit bunyi tajuk entri kali ni kan, "dari laman rumah ke dapur" tu maksudnya cheq memungut dan memetik hasil tanaman sendiri di laman rumah, kemudian memproses dan memasak apa yang dipetik tadi tu menjadi juadah yang enak di dapur π©π»π³✨
Cheq ada tiga jenis terung yang sedang membesar di sekitar laman rumah ni: Terung hijau, terung ungu dan terung Purple Dragon, iaitu sejenis terung yang ungu keseluruhannya (tangkai dan buahnya berwarna ungu kegelapan) π€
Dengar cerita harga terung dah naik banyak sekarang ni, selain harga bawang merah dan bawang besar. Cheq ada cuba-cuba tanam benih terung dalam tahun lepas, alhamdulillah ada juga yang menjadi dan membesar dengan elok. Sekarang ni cheq tak payah pi beli terung kat kedai dah selagi ada pokok-pokok terung yang rajin berbuah kat laman rumah ni. Serangga pun tak ada yang berminat nak kacau terung-terung ni semua, baguih betoi la π¬ππ»
Resipi cheq yang ni senang saja, yang penting sedap dan tidak pernah menjemukan. Banyak kali juga dah cheq masak lauk terung style goreng celup tepung tempura ja, pastu buat kuah 'sweet n sour' yang simple untuk dipadankan dengan terung goreng ni. Lauk macam ni cukup sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Cuba bagi kat orang yang tak suka makan terung try makan tengok, cheq berani kata yang kebarangkalian untuk dia ubah persepsi asalnya itu adalah tinggi. Dia akan selalu cari lauk terung lepas ni time dia nak makan nasi. Cheq ada member yang jadi macam ni π
Cara nak masak lauk terung goreng ni senang ja, so cheq terangkan secara ringkas sajalah naa... mula-mula, bancuh tepung tempura (cheq guna cap Pak Long) dengan air dan kacau sehingga sebati. Bancuhan tu biarlah separa likat gitu, jangan bagi jadi cair sangat. Lepas tu, masukkan semua hirisan terung ke dalam sebatian tepung tempura tadi, dan goreng dalam minyak masak di atas api sederhana besar. Apabila warna tepung sudah bertukar menjadi coklat keemasan, angkat keluar dan toskan, letak tepi. Sekarang, kita buatkan kuah sweet n sour yang simple. Hiris bawang merah dan bawang putih, kemudian tumiskan dengan sedikit minyak masak. Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, air, gula perang dan sedikit serbuk perisa cendawan. Kacau di atas api sederhana kecil sehingga kuah mendidih, kemudian tutup api. Curahkan kuah ni kat atas terung goreng tempura tadi, siap! π€✨
Semoga resipi simple cheq ni berguna naa... maaflah kalau tak kena dengan selera hangpa. Pandai-pandailah hangpa adjust dan modify sendiri tambah cabai ka, udang kering ka atau nenas ka nanti, silap-silap hangpa buleh dok tambah nasi sampai berpinggan-pinggan selagi lauk ni tak habih. Bahaya tu, makanlah dengan berpada-pada π
Jumpa lagi di lain entri!
π
tu diaaaa
BalasPadamterungnya membesar dgn sihat dan kuat
πππ
Alhamdulillah rezeki menanam pokok π€²π»✨
Padampssttt nak order terung online boleh x?π€
BalasPadamDari Peghelih nak ke Selangoq tuu, maunya jadi rosak benyai dalam parcel semasa dalam perjalanan π
PadamAlhamdulillah, byk hasil terung..sedapnya..
BalasPadamAlhamdulillah rezeki berkebun di laman rumah π€²π»✨
PadamTerung purple tue CCL suka bakar makan dengan sambal belacan @ air asam
BalasPadamTerung bakaq cicah sambai ayaq asam pun layan juga π€ππ»
PadamBuat pengahantaran tak? Nak oder ni....
BalasPadamCheq tak juai hasil tanaman cheq ni uncle, just for masak sendiri dan juga untuk buat modal sistem barter apabila ada tetamu datang dengan membawa buah tangan. Cheq boleh balas balik buah tangan depa dengan hasil tanaman yang segar π¬
Padamterung segar tanam sendiri sedap tu msk apa saja
BalasPadamBagi orang yang suka makan terung, masak gaya apa pun sedap jadinya π€
Padam