Rabu, 13 September 2023

Ada Apple Pie di Marrybrown Sekarang

Salam semua! 🙋🏻‍♀️✨

Marrybrown sudah ada versi Apple Pie dia yang tersendiri sekarang ni, serius! 🤭😬

Pai epal tiru Mekdi dari Marrybrown, RM4.90 (harga dari aplikasi Foodpanda)  


Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang. Apple pie Mb ni agak berminyak dan lebih manis berbanding Mekdi punya apple pie, tetapi kerangupan serta ketebalan pie crust dia lebih kurang sama saja. Dari segi kesedapan rasa intinya tu, nampaknya pai epal Mekdi memang susah untuk dikalahkan, unbeatable gitu... but nice try anyway la Mb. Satu cubaan meniru yang agak 'menjadi' dari Marrybrown 🤭😬

Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana. Pada cheq, apple pie yang sedap tidak sepatutnya rasa manis sangat, dia kena ada rasa masam-masam epal hijau yang dipadankan dengan serbuk kulit kayu manis yang tak begitu overwhelming 🤓

Sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan pai epal tiru Mekdi dari Marrybrown cawangan Arau, Perlis. Alhamdulillah 😊 

Support Marrybrown, support our local brand 😎👍🏻




Jumpa lagi di lain entri!
🙋

12 ulasan:

  1. Balasan
    1. You're welcome Cam, and thanks for dropping by 😚✨

      Padam
  2. Nanti cuba.
    Sebenarnya lagi suka produk MB daripada MekDi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq pun lebih suka order dari Mb berbanding Mekdi, cuma bila teringin nak makan apple pie atau fries yang sedap, Mekdi akan jadi pilihan yang tepat 😬

      Padam
  3. apple pie pernah rasa bukan di merrybrown mungkin ada beza rasanya

    BalasPadam
  4. 3 1/2 dari 5 tu kira bagus lah tu!

    BalasPadam
  5. okey...boleh try juga ni...sesekali pekena benda manis kannnn ;-)

    BalasPadam
  6. i can never eat an apple pie. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Why.. pasaipaaa...? 🤔
      Alergik pada epal ya? 😅

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤