Ahad, 27 Ogos 2023

Brunch di A&W Cawangan Baru di Kangar Jaya, Perlis

Salam Merdeka semua! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

Akhirnya, A&W wujud juga di Peghelih ni. Betapa rindunya cheq dengan RB Float dan Curly Fries! πŸ˜¬πŸ˜Ž

Member baik belanja brunch kat A&W baru-baru ni, cheq pesan Chicken Sandwich, Curly Fries dan RB Float πŸ˜†✨

Cheq makan apa di A&W? Cheq rindu sungguh kat RB Float dan Curly Fries dia, maka dua item itu mesti dipesan! Lepas tu cheq nampak dalam menu dia ada burger ayam goreng yang diberi nama Chicken Sandwich. So my style-lah, order jangan tak order! πŸ€€

Baiklah, cheq kupas pasai minuman A&W yang terpaling popular itu dulu, iaitu si RB Float. Nama penuh dia ialah Root Beer Float, dan minuman ringan berkarbonat berperisa Sarsaparilla yang ditambah dengan aiskrim vanilla ini bukanlah sejenis beer ka apa pun. Minuman ini halal ya, kerana RB Float ni langsung tiada alkohol walaupun namanya sebegitu. Dia lebih kurang macam hang minum air Sarsi sejuk yang ditambah dengan aiskrim vanilla. Manis lagi menyegarkan, suatu perisa minuman ringan yang agak nostalgik pada cheq 😚

Item seterusnya, Curly Fries. Pada pandangan cheq, A&W punya 'kentang goreng pusing' ni memang tidak boleh dibanding dengan mana-mana jenama fastfood lain punya versi curly fries. A&W punya curly fries ni semacam perintis kepada segala mak nenek curly fries yang ada di pasaran. Dia punya rempah, tahap kerangupan, tekstur, bentuk spiral, ketebalan dan sifatnya yang tidak begitu berminyak ini memang terbaiklah, cukup unik untuk membezakan identitinya dari versi-versi curly fries yang lain 🧐

Item yang terakhir, Chicken Sandwich. Dari segi portion dan saiz dia, 'burger ayam goreng' ni cukup memuaskanlah pada cheq kalau sekadar nak makan untuk mengalas perut, kira macam sesuailah untuk 'light lunch' gitu. Pada pendapat tekak cheq, burger ni hampir serupa dengan Mb punya Hotouch burger, bezanya cuma pada saiz burger yang lebih comei, rasa mayonnaise yang agak berbeza dan juga tekstur fillet ayam goreng yang lebih lembut berbanding Hotouch. Kuantiti sayur lettuce dalam burger ni pula lebih kurang sama, bertepatan dengan citarasa cheq yang sukakan sayur πŸ‘ŒπŸ»

Baiklah, setakat ini sahaja entri makan-makan free dengan bestie cheq kali ni. Alhamdulillah. Lain kali cheq pula nak belanja dia bila kami dapat keluar makan sekali lagi πŸ˜Ž✨ 


Jumpa lagi di lain entri! 

πŸ™‹

10 ulasan:

  1. Bertahun lamanya tak pekena A&w

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq pun sama, sebelum ni last time pekena A&W tak ingat dah tahun bila 🀭

      Padam
  2. chicken sandwich sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap, nanti nak order ni lagi πŸ˜†

      Padam
  3. Sunday meals :) thanks for your sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Had brunch with my bestie at A&W πŸ˜„
      Thanks for dropping by my humble blog 😘

      Padam
  4. Suka float juga. Kalaulah ia banyak cawangan. Jauh sedikit kena pergi kalau teringin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga akan ada cawangan baru A&W di kawasan cik NA nanti πŸ€“

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤