Salam Syawal semua! ππ»♀️✨
Hangpa raya sebulan ka, atau raya setakat 3 hari camtu saja, atau sehari saja sudah cukup? Berapa hari hangpa melaram pakai baju raya? Cheq ni pakai baju raya pada hari raya pertama saja, lepas tu dah back to casual wear macam biasa bila keluar jalan-jalan atau melawat sanak saudara sepanjang bulan Syawal ni π¬π
Raya ke-7 hari tu my bestie cousin ajak brunch di Mekdi Kangar. Cheq tak gemar sangat makan Mekdi sebenarnya tapi dah member baik ajak, plus insist nak belanja lagi, cheq pun ON ja lah. Bila kita keluar makan-makan dengan member baik ni, makanan yang bukan kegemaran kita pun boleh bertukar jadi sedap tau, sebab ada banyak topik perbualan menarik boleh dibawangkan dibincangkan secara berilmiah sambil menjamu selera π
Cheq makan apa di Mekdi? Setelah membelek-belek menu di touchscreen besar Mekdi tu, cheq pun pilihlah burger oblong Spicy Crispy Chicken, kentang goreng, Mango McFlurry dan Iced Latte (medium cup). Semua yang dipesan dapat dengan betul kecuali burger, tiba-tiba dia bertukar menjadi GCB (Grilled Chicken Burger). Hmmm, tak apalah... no big deal. Perasaan cheq pada kedua-dua jenis burger oblong ayam Mekdi ni sama saja, maka cheq pun terimalah GCB seadanya (member baik belanja beb!) π
Dah selesai makan, bolehlah nak bagi review kan? Okeh, cheq kupas pasai Iced Latte Mekdi dulu. First time ni cheq minum kopi ais di Mekdi, dan barulah cheq tau yang latte di sini tak dibubuh gula (syrup) siap-siap di dalamnya. Nak kena minta buh syrup kat kaunter McCafe tu, barulah dapat minuman kopi yang manis. Latte McCafe ni kira sedaplah juga pada cheq, dapatlah rasa yang kualiti kopinya tu agak premium ππ»
Kemudian perhatian cheq beralih kepada Mango McFlurry. Dari segi paras rupanya, tak begitu menarik (dalam menu nampak cantik, luar menu hmmm)... tapi rasa kelazatan gandingan aiskrim vanilla dengan biskut Oreo hancur bersama cebisan-cebisan buah mangga tu, pehh... layanzz, sedap baq hang ππ»
Kentang goreng? Ni memang sudah diketahui sejak zaman berzaman lagi yang Mekdi punya fries memang terbaiklah di kalangan semua jenama fastfood yang ada di Malaysia ni. Nak makan fries sedap pi Mekdi, nak cari nugget ayam sedap pi Kepci π¬
Last but not least, burger yang cheq 'order lain dapat lain', GCB. Dari segi portion dan saiz burger, dah cukup memuaskan lagi mengenyangkan pada cheq sebab dia sejenis burger oblong. Namun begitu, rasa hirisan ayam panggang dalam burger ni agak termasin sikit pada cheq, mungkin sebab special sauce dia tu kurang sesuai dengan citarasa cheq. Kalau dari segi tekstur dan kelembutan hirisan ayam panggangnya tu, bab ini sudah cun, nice and moist gitu. Kuantiti sayur lettuce dalam burger ni pun bertepatan dengan citarasa cheq yang sukakan sayur ππ»
Baiklah, setakat ini sahaja entri makan-makan free brunch secara santai dengan bestie cheq kali ni. Alhamdulillah. Nanti cheq pula nak belanja dia bila kami dapat keluar makan bersama-sama lagi next time ππ
Jumpa lagi di lain entri!
π
Mango McFlurry tu macam best tapi belum berkesempatan untuk cuba lagi.
BalasPadamSila² cuba, nanti cheq nak try yang blueberry pula π
Padammenu mekdi sedap ja semua tambah free kan cek
BalasPadamRezeki jangan ditolak π
PadamThanks for your sharing with us...
BalasPadamThanks for dropping by, Cam! π
PadamAlhamdulillah, ada yg belanja...GCB pun sedap...blm try lg burger ayam crispy..
BalasPadamAlhamdulillah rezeki bulan Syawal ππ€²π»
PadamWahhhhh very descriptive review Cheq πππ»
BalasPadamMakacih Poknaa π€✨
Padamfuhhh kalau ada yg sudi belanja, menu apa pon mmg jadi sedap hehehe
BalasPadamRezeki jangan ditolak la katakan π
Padampertama kali thn ni sy x pakai baju raya di hari pertama sbb cuaca panassssss yak mat. dah laa baju jenis tebal. tambah pula bz lyn tetamu dtg non stop dr pg smpi ke mlm
BalasPadamkalau org belanja mmg sedap. yg x sedap pun jd sedapπ
Cuaca panas, baju jenis kain tebal, lepas tu shawl pula kasi belit² banyak lapis kan? π
Padamsalam aidilfitri buat cik suerin sekeluarga di perlis...
BalasPadamp/s kalau ada harumanis nnt sy dtg berayaπ
Salam Syawal buat mem Anies sekeluarga juga π€π»π€
PadamNak cari harumanis, cheq rekemen mem besar pi try cari kat Kebun Harumanis Tok One. Ada info lokasi kebun tu di google maps π¬